28 September 2008

Anak murid termuda

Sepanjang mengaji kitab di Masjid Jamek itu,aku dapati yang hadir hanyalah golongan tua,aku satu-satunya yang termuda.Maklumlah masa itu usiaku 22 tahun.Dan aku ni pula nampak muda dari usia.Kata anak gadisku ramai kawannya kata aku ni abang dia ..mmmm....isteriku pula kata ustazah tempat dia mengajar ada perasan aku membonceng motorsikal waktu aku dan isteri ke gerai di kawasan rumah.Katanya...hati-hati sisuami nampak muda dari isteri sini (kawasan perumahan) ramai cikgu bujang.Hehehehee....takda maknanya..!!!Nanti aku bagi rahsia macam mana nak awet muda.Mudah jer.

Sewaktu mengaji itu aku perasan ustaz selalu memandang padaku dan senyum.Aku pun hairan.Satu hari selepas kuliah ustaz itupun memanggilku.Kami berkenalan.Beliau memperkenalkan diri sebagai Imam 1 di masjid tersebut tugas lain Pengetua Sekolah Menengah Agama Arab..(tak ingat).Beliau bertanya kepadaku anak siapa.Aku senyum dan mengatakan aku anak angkat Pakcik Me.Imam tua Kg Batu Papan.Beliau kenal sangat dengan Pakcik Me.Oleh kerana aku selalu mendengar kuliahnya beliau mempelawa aku masuk sekolahnya.Aku terkejut.

Beliau menerangkan bahawa di sini,anak muda tidak minat lagi belajar agama.Yang datang golongan tua.Anak muda ketika itu dilanda zaman rock and roll.Aku senyum.Dia pelawa aku masuk tingkatan 4 sanawi.Aku terfikir...boleh ke?.Aku sekolah Arab.Aku beritahu ustaz bahawa aku perlu tanya Pakcik Me dulu.Beliau mempersilakan sambil minta sampaikan salam kepada Pakcik Me.
Aku bercerita pada Pakcik Me tentang tawaran ustaz,Pakcik Me menyerahkan kepadaku.Aku fikir kemampuan...bolehke ?.Akhirnya aku menolak kerana aku lebih senang mengaji di masjid.

No comments:

Post a Comment

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...