26 August 2021

Hijrah

 

Aku telah menceritakan sebahagian kisah sebelum aku berhijrah ke agama suci ini. Kebanyakan cerita-ceritaku adalah paparan kehidupan awal remaja. Mencari dan menghadirkan  diri sebagai seseorang di antara jutaan remaja yang baru mengenal alam kehidupan yang masih hijau muda. Supaya aku diterima sebagai manusia juga. Setelah kegagalan ku untuk meneruskan pendidikan di dalam bidang seni lukis seni reka berlalu. Menerima hakikat dan kegagalan diri untuk kuat dalam menempuh halangan.

Bila aku menoleh ke belakang melihat suasana kehidupan kampung. Aku insaf. Ada manusia yang lebih tidak bernasib baik berbanding diriku. Namun mereka pasrah dengan kehidupan yang serba kekurangan. Aku perlu kuat. Lebih kuat. Aku pernah hidup jauh lebih selesa dari mereka.

Setelah ayah membelikan aku sebijik motorsikal jenama Yamaha Y88 pada tahun 1985, aku berusaha belajar lagi dengan mengambil SPM kembali. Belajar secara persendirian.  Kembali seperti 3 tahun sebelum. Namun bila difikirkan balik. Aku hanya membuang masa. Kerap aku memikirkan apa sebenarnya yang aku inginkan dalam kehidupan ini. Aku berperang dengan kehendak hati yang lama tersimpan. Satu waktu aku pernah bercita-cita hendak mencapainya. Tertangguh sewaktu belajar di ITM dahulu.

Aku berhijrah. Ya.. aku perlu keluar dari kampung bapaku demi untuk menunaikan hajat yang semakin lama semakin menyesakkan dadaku, fikiranku. Aku kena berhijrah.

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...