Aku
bercadang akan ke Kroh (Pengkalan Hulu) hujung Disember ini. Semua tarikh dan
tempat telah booking awal Oktober lalu. Dalam pada itu sempat juga aku
berbual dengan recieptionist di Calet Sri Tasek, Asmah namanya....aku
nak calet berdepan dengan tasik atau di panggil takung oleh masyarakat
setempat. Asmah kata, tak boleh sebab calet menghadap takung vip punya. Majlis Daerah
pengkalan Hulu dah book, depa punyala tu...so Asmah bagi aku calet
bilik. Bolehlah. Aku ambik cuti seminggu untuk lepak habih kat sana nanti..
Teringat
waktu zaman remajaku, bersama-sama rakan memancing ikan, mandi dan berenang di
takung. Mereka kata dalam takung tu ada buaya. Tapi tak pernah pulak aku nampak
atau cerita yang didengar. Tapi tempatnya memang best. Sekolah aku dulu Sekolah
Kebangsaan Kroh terletak berhampiran takung. Boleh katakan nampaklah takung tu. Aku bersekolah kat situ dari darjah 1 sampai darjah 6 pada tahun 1972 hingga
1977.
Naik
tingkatan 1 aku bersekolah di Sekolah Menengah Tun Saban (SMTS) pada tahun 1978 hingga 1982, yang juga
terletak tidak jauh dari takung. Dari tingkatan 1 sehinggalah tamat SPM tahun
1982. Takung riak airnya tenang dan hangat. Pernah bersama rakan-rakan berenang
dari hulu hingga ke hilir tasik. Sebenarnya tak dalam pun. Katanya bekas kubang
gajah mandi-manda. Cerita ini memang ada benarnya dari cerita penduduk
setempat.