08 November 2006

tasik takung...

Aku bercadang akan ke Kroh (Pengkalan Hulu) hujung Disember ini. Semua tarikh dan tempat telah booking awal Oktober lalu. Dalam pada itu sempat juga aku berbual dengan recieptionist di Calet Sri Tasek, Asmah namanya....aku nak calet berdepan dengan tasik atau di panggil takung oleh masyarakat setempat. Asmah kata, tak boleh sebab calet menghadap takung vip punya. Majlis Daerah pengkalan Hulu dah book, depa punyala tu...so Asmah bagi aku calet bilik. Bolehlah. Aku ambik cuti seminggu untuk lepak habih kat sana nanti..

Teringat waktu zaman remajaku, bersama-sama rakan memancing ikan, mandi dan berenang di takung. Mereka kata dalam takung tu ada buaya. Tapi tak pernah pulak aku nampak atau cerita yang didengar. Tapi tempatnya memang best. Sekolah aku dulu Sekolah Kebangsaan Kroh terletak berhampiran takung. Boleh katakan nampaklah takung tu.  Aku bersekolah kat situ dari darjah 1 sampai darjah 6 pada tahun 1972 hingga 1977.

Naik tingkatan 1 aku bersekolah di Sekolah Menengah Tun Saban (SMTS)  pada tahun 1978 hingga 1982, yang juga terletak tidak jauh dari takung. Dari tingkatan 1 sehinggalah tamat SPM tahun 1982. Takung riak airnya tenang dan hangat. Pernah bersama rakan-rakan berenang dari hulu hingga ke hilir tasik. Sebenarnya tak dalam pun. Katanya bekas kubang gajah mandi-manda. Cerita ini memang ada benarnya dari cerita penduduk setempat.

07 November 2006

in my life....The Beatles

lagu kenangan yang akan sentiasa bermain di minda tatkala terkenangkan daerah di hulu perak itu.very touchy and romantic.

There are places I'll remember 
All my life though some have changed 
Some forever not for better 
Some have gone and some remain 
All these places have their moments 
With lovers and friends I still can recall 
Some are dead and some are living 
In my life I've loved them all 

But of all these friends and lovers 
There is no one compares with you 
And these memories lose their meaning 
When I think of love as something new 
Though I know I'll never lose affection 
For people and things that went before 
I know I'll often stop and think about them 
In my life I love you more 

Though I know I'll never lose affection 
For people and things that went before 
I know I'll often stop and think about them 
In my life I love you moreIn my life I love you more


the beatles

yesterday....The Beatles

Ini sebuah lagu mat saleh...dari kumpulan the beatles...kalau rasa nak nyanyi aku suka lagu ni..juga sebahagian dari kenanganku dulu.

Yesterday,
all my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday.

Suddenly,
I'm not half the man I used to be,
There's a shadow hanging over me.
Oh, yesterday came suddenly.

Why she had to go I don't know she wouldn't say.
I said something wrong, now I long for yesterday.

Yesterday,
love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.

06 November 2006

episod 1

Aku percaya kita semua punya kenangan tersendiri.Yang indah, yang pahit, menakutkan , bersemangat dan bermacam-macam rasa lagi.Dan sebahagian kenangan itu mendewasakan kita.Sama ada menjadi yang terbaik atau baik atau tak baik langsung. Umumnya kenangan dikaitkan dengan pengalaman dan pengalaman itu selalu dikaitkan pula dengan sesuatu yang positif.Dan aku ingin berkongsi kenangan dan pengalamanku yang menjadikan aku manusia sempurna.

Cebisan kenanganku bukanlah yang terbaik.Hanya ingin memaparkan jalan yang kutempuh lalu mengutip kenangannya untuk santapan sendiri sebagai diari indah atau sesuatu rasa baru yang dapat dikongsi bersama anda sekalian. Aku akan bermula dari satu tempat di utara tanah air (sekarang aku di selatan). Daerah ini adalah satu kenangan bagiku yang menjadikan aku seorang manusia. Banyak kenangan dan pengalaman manis yang masih segar dalam ingatan walau sudah 20 tahun aku tidak menjejakinya dan aku catatkan di sini bermulanya.

Aku akan menceritakan bagaimana aku boleh berada di kedaerahan ini. Aku rasa keindahan daerah ini bila berada jauh darinya. Betullah kata orang , apabila kita berada di suatu tempat dan manusia lain menceritakan keindahan sesuatu tempat yang lain, yang belum pernah kita pergi tapi apabila kita berpeluang berada di bumi yang diceritakan itu, ianya biasa saja, taklah seindah mana pun. Bila direnungi keindahan daerah yang diceritakan tadi nyatalah yang indah sebenarnya itu hanyalah permainan minda, yang mengenang segala kenangan-kenangan yang dilalui.

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...