22 February 2021

1981 : Kelas 4A2 SMTS.

 

           

            Tahun 1981, aku ditempatkan di kelas 4A2. Aku mempunyai kawan yang selalu bersama. Ke mana-manapun pasti kami akan bersama-sama. Nak kata rapat sangat taklah jugak. Aku suka berkawan dengan mereka yang datang dari perkampungan Melayu berdekatan di daerah Kroh pada waktu itu. Rakan Melayu aku bertutur dalam loghat Melayu seakan-akan Melayu Pattani dan ada juga loghat Kedah dan kadang-kadang loghat Melayu Pattaninya agak pekat. Ada juga ciri-ciri Melayu Kelantan sesekali kedengaran dalam sebutan mereka. Namun loghat mereka tu tak jadi masalah bagiku sebab aku juga boleh memahami dan bertutur mengikut loghat utara. Penggunaan mu, hang, depa, aku, hangpa, sat, kenalaing, ligan, moh, pi, mampuih, kelik, pungga, pong dan macam-macam lagi sudah menjadi kebiasaan. Kadang-kadang timbul rindu nak berborak dengan rakan-rakan utara yang sudah hilang dalam radar kehidupan.

Aku berdiri di belakang. Kedua-dua rakanku di sebelah kanan sudah kembali ke rahmatullah. Arwah Mohd Hanafiah dan Azhari Yunus. Mereka dari Kg Selarung, Pengkalan Hulu. 


            Ketua kelas aku, Zainal atau biasa dipanggil Ali, Mohd Hanafiah, Azahari dan Zabidi. Semua keturunan Melayu. Ada juga keturunan India. Ganesan namanya, yang menjadi kawan aku sejak darjah satu lagi (1972). Ganesan ni seperti post aku yang lepas, adalah seorang yang tak menonjol sangat. Seorang yang pendiam dan tak banyak buat masalah berbanding kawan-kawan keturunan India yang lain. Di kelas aku duduk sebelah dia. Waktu di kelas, aku perasan dia menghormati aku sebagai kawan dan  menjadikan aku sebagai rujukan baik dalam pelajaran atau kehidupan sebagai pelajar.

(Dalam kotak bertanda biru rakan sekelas Ganesan. Kredit foto Zainal Ahmad Wasid aka Ali.)

            Di kelas aku duduk di bahagian depan di tengah-tengah kelas. Sementara rakan-rakan Melayu yang lain di belakang sebelah kiri. Tahun 1981 merupakan tahun yang terindah. Di samping tiada tekanan peperiksaan,  zaman itu juga zaman muzik mula berkembang pesat kerana medium rekod piring hitam diganti dengan kaset pita dan katrij.  Munculnya band Blues Gang dalam muzik tempatan memeriahkan lagi zaman remaja. Kalau sebelum itu band Carefree, Black Dog Bone, Flybaits, Sweet Charity dengan aliran rocknya menjadi kegilaan kini satu-satunya band blues tempatan mula diminati.


Kredit Gambar : albumretro.blogspot.com

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...