16 February 2017

Pada Sebuah Kenangan (1983-1984)

pada sebuah kenangan
mencari diri dalam ramahnya alam
kutemu sebuah rindu
redup lembut melempar senyum
berbekas di jiwa bertahun tersimpan
tapi sekelumit itu juga ia hilang
terbang entah ke mana lagi

lalu...
menyimpan rindu pada hati yang pergi
bersama malu dijadikan azimat.
musim berganti senyummu masih terpateri
kutunduk merindu, tiada terdaya meluah sapa
yang dulu masih terpateri
pada sebuah rindu berbekas di hati

hujan rindu selalu tiba
membasahi tanah lembut yang hiba
menakung sebuah ingatan
kolam malu yang kemas disimpan
dan biarlah tersimpan.

No comments:

Post a Comment

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...