10 March 2010

Terima kasih.


20 tahun.Selama itu jua aku pendamkan sebuah penyesalan.Jika teringat akan aku cuba titipkan dalam sebaris doa paling tulus mohon ke sisi Ilahi moga pintaanku diterima.Niatku hanya kemaafan.Bukan aku cuba mengungkit kisah lama.Tapi rasa bersalah itulah yang menjadi detik hitam dalam jiwa.Telah lama kusimpan.Benar,jika kesalahan itu langsung kerana mengingkari perintah Tuhan,maka pohon ampunlah kepadaNya.Namun kesalahanku kepada manusia,tidak bisa dimaafkan melainkan manusia itu sendiri sudi memaafkan.

Terima kasih kerana memahami.Kini aku bagaikan disiram air hujan yang dingin.Selepas lelah merentasi gurun tandus.Selafaz maaf itu bagaikan setitik cahaya menyuluh dunia yang gelap.Yang menerangi.Terima kasih kerana sudi bertanya khabar.Kita sudah dewasa menelan pengalaman.Sudah punya anak-anak untuk diberi kasih sayang.Punya rumahtangga yang bahagia untuk nanti dipersembah di hadapan Ar-Rahman.Mawaddah wa rahmah.Mengecap sakinah.

InsyaAllah aku akan jadi suami paling lembut untuk si dia isteriku tercinta dan puan akan jadi isteri mithali di sisi suami sehingga ke kamar syurga.Kemaafan bagaikan merungkai ikatan sesal membelenggu jiwa.Terima kasih.Remaja kita telah menyedarkan siapa kita.Dan akhirnya taqdir melebihi segala kerana di situ terselindung rahsia Ilahi yang tidak akan kita fahami.Dialah Allah penentu segala.

Kepada Allah aku merafakkan syukur kerana gundah jiwa ini ternoktah sudah.

2 comments:

  1. Salam Ustaz..

    aiseeyyy kenangan lama mengusik jiwa tu..

    adehhh..

    ReplyDelete
  2. hehehe.....kenangan lama mengusik jiwa ya..kenangan lalu...si dia dah beranak pinak..6 semuanya.

    ReplyDelete

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...