29 July 2008

episod 2..Islam

Minggu depan aku akan mula nukilkan sesuatu di sini tentang pencarianku mengenai agama ini.Aku akan mulakan di mana saat aku berasa kekosongan yang amat sangat.Dan seterusnya kehidupan ku di perantauan.InsyaAllah.

Find Me Artist David Gates


The skies are not as blue, when you're not with me
The stars, they never seem to shine as bright
And the hours crack like days across the ages
And a year or two pass by with every night.

It makes me know if i should ever leave this world before you do
When you follow you must promise, cross your heart and promise to

Find me...look hard, and dont stop,
I'll be waiting 'till then
Dont sleep, and dont eat 'till I'm back, back in your arms again

I dont wanna have to spend all my forever without you.
Just knowing that your out there somewhere too.
So darlin...please I'm begging you on bended knee...
Find me...

I've tried to tell this world how much i love you.
But they dont understand how deep it goes.
And i can't even find the words to tell you
So I'm the only one who really knows.
And though we have our times together, I am always wanting more
So if we get separated wont you do just like before and

Find me...look hard and dont stop,
I'll be waiting 'till then
Dont sleep, and dont eat 'till I'm back, back in your arms again

Through a hundred million faces you will see me shinning through.
'Cause I'll glow when you come close , I always do.
So darlin' please im begging you on bended knee..
We can share our love through all eternity'
Cause with you is all i ever wanna be......
Find me

22 July 2008

Pion...kelas Faraid











Rakan satu opis....






Ini sebahagian rakanku di opis ni.Kalau tak da mereka ni pening jugak kepala nak memikirkan kerja-kerja kat opis ni.Maklumlah aku ni "pion opis" jer...

Some of memories...Aubrey

And Aubrey was her name,
A not so very ordinary girl or name.
But who's to blame?
For a love that wouldn't bloom
For the hearts that never played in tune.
Like a lovely melody that everyone can sing,
Take away the words that rhyme it doesn't mean a thing.

And Aubrey was her name.
We triped the light and danced together to the moon,
But where was June.
No it never came around.
If it did it never made a sound,
Maybe I was absent or was listening to fast,
Catching all the words, but then the meaning going past,

But God I miss the girl,
And I'd go a thousand times around the world just to be
Closer to her than to me.

And Aubrey was her name,
I never knew her,
but I loved her just the same,
I loved her name.
Wish that I had found the way
And the reasons that would make her stay.
I have learned to lead a life apart from all the rest.
If I can't have the one I want, I'll do without the best.

But how I miss the girl
And I'd go a million times around the world just to say
She had been mine for a day.

lagu nyanyian David Gates dari kumpulan Bread.lagu ini berentak slow dan melankolik.bagiku ia sebuah lagu yang memberi kesan di dalam kehidupan awal remajaku.aku pernah menyukai seorang gadis.dia biasa saja.berkesempatan berbual namun dia tidak pernah sedar bahawa aku menyukainya dalam diam.memujanya.aku pernah cuba menitipkan surat buatnya melahirkan rasa hati, namun sifatku yang terlalu lemah kepadanya membuatkan aku takut tidak diterima.akhirnya aku terpaksa membiarkan dia pergi. 

18 July 2008

Jiwa yang melihat

Untuk menjadi baik dan sempurna bukanlah mudah .Tapi apa yang aku pastikan selama ini ia bertitik tolak daripada hidayah Allah juga.Kalau tidak mendapat hidayah tidak mungkin manusia akan berubah menjadi baik akhlak dan sempurna akal.Tetapi perkara itu mesti dilatih .Kalau tidak dilatih atau lebih ekstrimnya dipaksa untuk berbuat baik ia tidak akan berhasil.Keikhlasan ?...keikhlasan akan datang juga jika sudah terbiasa berbuat baik.

Waktu aku remaja seusia 6 atau 7 tahun aku sudah mula cuba melakukan perbuatan baik.Mungkin ini datang dari naluriku.Mungkin kedengaran seperti memuji diri.Tapi itulah yang berlaku dalam kehidupanku ketika itu.Apa yang pastinya, bila malam aku akan terkenang perbuatanku pada siangnya dan berfikir alangkah baiknya aku dapat menolong orang itu siang tadinya.Sungguh perbuatan aku kecil sangat jika nak dinilaikan.Kadang-kadang perbuatan baik itu datang dengan sendirinya.

Tapi perbuatan-perbuatan baik ini lama-kelamaan membentuk sifat dan peribadiku.Waktu di alam kanak-kanak dan remaja aku terdorong melihat perbuatan baik, aku sangat suka jika kawan-kawanku buat baik kepada seseorang.Atau jika aku terlihat seseorang berbuat sesama insan, sesama makhluk lain seperti haiwan.

Rupa-rupanya Islam pilihanku telah banyak menceritakan kebaikan-kebaikan menolong sesama manusia baik dia itu Islam atau tidak.Satu riwayat tentang Rasulullah yang menjadi ingatan kepadaku ialah bagaimana baginda sanggup menggunting gamisnya semata-mata tidak menganggu tidurnya seekor kucing di atas gamisnya.Sungguh Rasulullah mempunyai akhlak yang paling mulia.


Waktu aku kanak-kanak dulupun aku pernah melihat ibuku memberi secupak beras kepada jiran kami yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.Dengan beras yang ibu beri itu jiran kami hanya masakkan bubur untuk anak-anaknya yang ramai.Mungkin juga kebaikan yang ibuku perlihatkan itu yang membentuk jiwaku.Memang sehingga kini pun aku dan ibu punyai jiwa yang sama.

Kadang-kadang kebaikan yang pernah kita tonjolkan itu memang telah menjadi sifat semula jadi tanpa paksaan.Ianya akan berlaku tanpa sedar atau di bawah sedar.Pernah juga aku memikirkan bagaimana aku bertindak sedemikian yang tentunya memberi kepuasan jiwa kepadaku.

Bagaimana aku juga terdorong mengembalikan barang yang dicuri rakan di sebuah kedai Cina berhadapan kedai ais Punniah jalan ke pasar.Aku benar-benar kecewa pada ketika itu.Pada malam kami ke pekan Kroh semata-mata nak mencari seluar sukan untuk perlawanan bolasepak.Tapi dalam pada itu seorang rakan mengambil kesempatan mencuri seluar dan membahagi-bahagikan sesama rakan yang lain.Setelah pulang ke rumah masing-masing aku tidak senang hati memikirkan hal tersebut,Rasa bersalah dan kecewa yang amat sangat dengan sikap rakan-rakan.Malam itu aku pergi ke rumah mereka dan minta dikembalikan barangan curi tersebut.

Keesokannya aku seorang diri pergi ke kedai Cina itu dan memulangkan kembali seluar-seluar sambil meminta maaf atas perangai rakan-rakanku.Taukenya seorang perempuan mengucapkan terima kasih kepadaku.Aku berasa sungguh besar hati apabila mendengar perkataan tersebut.

Mungkin kalian tertanya mengapa aku memberitahu perkara remeh seperti ini.Sebenarnya aku ingin memberitahu bahawa dalam jiwa yang tidak bertauhid pada ketika itu aku telah cuba untuk berbuat baik sesama manusia.Inilah yang kukatakan bahawa perbuatan itu datang dari hidayahNya.Bila hidayah telah datang maka akan berlakulah perubahan yang paling besar dalam hidupku.

Sungguh kini aku amat-amat bersyukur kerana aku telah temui banyak kebaikan dalam Islam.Teringat waktu aku mula-mula diberi tugas berceramah di sebuah masjid di dalam daerah di Negeri Sembilan ini aku hanya bercerita bab kebaikan dengan mengambil contoh membuang ranting kayu di laluan manusia.Tidakkah itu satu kebaikan.Serendah-rendah pahala.Belum lagi kebaikan yang amat besar yang kita lakukan.

17 July 2008

mimpi-mimpi aneh..yang sunyi di hati.

Mimpi-mimpi aneh telah mula mengangguku. Kadang-kadang aku menjadi sebahagian watak dalam mimpi bertemu Nabi. Aku bertemu Nabi Ibrahim a.s. yang berlawan dengan 3 ekor syaitan lalu menang. Aku bertemu dengan seruan suara yang menunjukkan kepadaku seorang gadis anak Rasulullah SAW bernama Fatimah r.a datang ingin bertemu dan aku tidak dapat melihatnya dengan jelas kerana ia hanya berkata-kata dari jauh. Bermimpi bagaimana malam lailatul Qadar berlaku. Pohon-pohon sujud ke arah barat dan cahaya malam terang walaupun tiada bulan mengambang. 

Dan paling terkesan aku bermimpi aku dan bapa saudara sebelah ibuku berjalan di dalam hutan tebal dan tersesat lalu kami berhenti di sebuah anak sungai yang dingin untuk melepaskan kehausan lalu tanpa disedari bapa saudaraku telah dipatuk seekor ular kecil lalu mati. Pada ketika itu aku jadi takut,keseorangan di dalam hutan dan menangis. Lalu datang satu suara menyeru supaya aku memeluk Islam.

Aku masih ingat ayat itu."Masuklah Islam,nanti kau akan selamat". Seorang tua berjubah putih dan berjanggut putih pula adalah watak yang selalu datang dalam mimpiku. Anehnya, tidak pernah ia berkata-kata. Fikirkan bagaimana aku seawal 8 hingga 10 tahun pantas bermimpi sebegitu apalagi dalam keadaan aku tidak ada pegangan agama ketika itu. Aku tidak pernah bercerita tentang mimpiku pada ibu. Aku takut. Aku hanya fikirkan sesekali saat aku keseorangan. Inilah hidayah. Aku tidak menganggap mimpi-mimpi itu sekadar mainan tidur.

Hidayah boleh jadi datang dengan berbagai bentuk dan keadaan. Perkataan, perbuatan, suasana peristiwa atau mimpi sekalipun. Aku pasti Allah telah memilihku ketika itu. Cuma …bagaimana aku seusia sebegini muda akan zahir bertauhid dan menyaksikan bahawa "Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah" Kenapa aku didatangi mimpi-mimpi aneh ketika itu. Kenapa mimpiku itu berkaitan dengan agama Islam. Adakah aku selalu memikirkan mengenai agama suci ini.

Aku kini bekerja sebagai pegawai kerajaan di institusi keagamaan. Ada client memanggilku ustaz. Ya la kalau dah bekerja di institusi agama Islam, tentu selayaknya dipanggil ustaz. Satu panggilan yang asing pada asalnya. Tidak selari dengan apa yang aku pelajari waktu usia remajaku. Tidak pernah terlintas dalam cita-cita nak jadi ustaz. Satu panggilan yang cukup tinggi martabatnya dalam ertikata yang sebenar.

Jika aku renung kembali ke belakang dan mengutip butir-butir kenangan, terlalu jauh antara impian zaman remaja dan realiti kehidupanku kini. Apatah lagi aku tidak pernah menerima pendidikan agama Islam secara formal. Betapa aku telah dilorong oleh Tuhan mengenal siapa penciptaku. Kebaikan-kebaikan yang telah kuzahirkan adalah titisan ilham yang jatuh ke dalam hati yang masih bersih satu waktu dulu.

Dengan hidayah dan bimbinganMu Tuhan telah sampaikan aku ke matlamat hidup yang sebenar. Menjadikan aku sesempurna mungkin. Kini telah hampir suku abad aku bergelar muslim. Impian sejak aku kanak-kanak, untuk menunaikan janjiku tercapai. Kroh telah menemukan aku dengan manusia yang banyak mencorakkan peribadiku. Tidak mungkin kenangan itu luput di ingatan ini kecuali mati. Hanya jasadku saja nun di kejauhan namun jiwa ini hidup bersama pengalaman lalu.

Andaikata aku pernah jatuh cinta sehingga siang dan malamku terganggu oleh gambaran nikmat indahnya cintaku itu. Sehingga rinduku menjadi semakin dalam atau setinggi terbangnya burung di angkasa atau lebih tinggi daripada itu , pastilah bukan kepada gadis yang dicintai. Pastilah bukan kepada senyuman dan lirikan matanya yang memikat. Pastilah ia sebuah kedaerahan, sebuah daerah yang sunyi di celahan hati. Sewaktu aku membawa ibu menjejaki kembali daerah ini. Ibu ada berkata-kata kepada cucunya. Inilah tempat ayah kamu “membesar”. Anak-anakku tercengang. Aku pasti mereka tidak faham maksud ibuku itu. Aku duduk di kerusi besi yang mengadap tasik.

Satu waktu dulu kerusi besi itu menjadi tempat berlabuhnya punggungku ketika menunggu baur pancing disentap ikan dari dalam takung. Waktu aku sebaya mereka. Kini kerusi itu masih di situ. Betullah kata pujangga. Jika ada orang menceritakan tentang betapa indahnya tempat itu sehingga membuatkan hati kita memberontak untuk menikmati keindahan yang sama.

Tetapi apabila kita berpeluang sampai di kedaerahan itu, pastinya ia biasa saja. Yang indah dan cantik itu bukan pada zahir tapi kenangan-kenangan indah yang mengimbau. Biasanya manusia akan menyebut kenangan manis ketika berada di kedaerahan tersebut. Syukur kepada Tuhan,...Allah Yang Maha Agung !


16 July 2008

Terfikir Sesuatu

Selesai.Tugasan yang menjadi rutin harian ku.Mengadap client.Masalah rumahtangga.Masalah suami tak balik berbulan-bulan hingga bertahun-tahun lamanya.Bermula dari jam 9.30 pagi tadi hingga ke angka 4 petang.Menyebut kes-kes mahkamah.Kasihan pun ada melihatkan client yang kebanyakannya kaum wanita.Suami tak balik...tak beri nafkah, ada perempuan lain.Pokoknya semua berkaitan suami.Ya suami zaman ini.Terfikir juga, beginilah suami-suami zaman sekarang bertindak apabila sudah diberi amanah menjadi ketua keluarga.Entahlah..kadang-kadang takut juga sebab aku pun telah bergelar suami.Pernah juga godaan-godaan itu mendatangiku.Alhamdulillah setakat ini aku masih berpegang kepada janji diriku sendiri.


Telah beberapa kali aku lihat deraian air mata mengalir di "opis" ku ini.Kasihan, betapa jiwa mereka lebih parah menahan bebanan dan seksaan jiwa.Dengan anak-anak ditinggalkan tanpa nafkah.Urusan rumahtangga pula terletak 100%  di bahu.Sebenarnya aku tidak mahu bercerita panjang berkaitan masalah rumahtangga.Tapi inilah realiti yang ku hadapi setiap hari..semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.InsyaAllah akan aku nukilkan di sini nanti tanpa menjatuhkan aib sesama insan.

15 July 2008

Bermula satu hidayah

Pada ketika usiaku 9 tahun aku berada dalam darjah 3B.Aku masih ingat bagaimana aku menjadi Ketua Kelas paling pantas.Ketua kelas Roslan rakan sebelahku memang lasak tapi rajin orangnya.Tak hairanlah kalau rakan-rakan memilihnya.Tapi satu sikapnya pula suka sangat mengacau pelajar perempuan terutama Azean dari Kampung Kuak Hulu.Satu hari kerana tak tahan dengan sikap Roslan ,Azean mengadu kepada Guru Kelas Cikgu Yam (cantik molek orangnya dari Kampung Selarung)).Teruk juga Roslan "dibasuh" oleh Cikgu Yam.Lepas itu tanpa sebarang alasan dan undian Cikgu Yam melantik aku jadi ketua kelas.Roslan lucut jawatan.Azean jadi pembantuku.

Tapi Roslan seorang rakan kelas yang baik dan sporting.Anak seorang dresser Klinik Kecil Kroh pada tahun 1974.Rakanku dari kaum Melayu sangat baik pada diriku.Mereka sanggup datang ke rumahku walaupun mengetahui aku Orang Asli .Di kelas 3A pula aku punyai seorang kawan Melayu yang sikapnya tidak aku senangi sikit.Anak seorang polis di situ.Tapi dia suka mengajak aku duduk sama bersebelahannya sewaktu matapelajaran agama Islam.

Dia mengajarku cara membaca jawi dan al-Qur'an dan kadang-kadang bercerita tentang Nabi Muhammad SAW.Jangan tak tahu,aku sudah boleh baca jawi dan mengenal huruf Arab ketika itu lebih dari rakan yang lain walaupun tidak Islam.

Ada satu ketika waktu subjek agama Islam hendak bermula.Ustaz Hassan memberitahu bahawa hari itu kami akan menjalani praktikal solat di masjid berdekatan (Masjid Iskandariah).Aku serba salah kerana aku sedar aku tak Islam.Sedangkan rakanku menjerit gembira ,maklumlah dapat belajar luar dari bilik darjah.Menyedari aku mungkin tidak dibenarkan pergi sama Kamarulzaman beriya-iya memujuk Ustaz membenarkan aku turut sekali.Begitu juga rakan kelas yang lain.Bila ustaz membenarkan mereka gembira dan aku juga jadi excited akan pengalaman yang bakal aku tempuh nanti.

Di masjid aku belajar mengambil wudhuk dan solat.Tidaklah susah sebenarnya.Selepas itu kami solat dan sujud.Aku cuma ikut saja perbuatan rakan melayuku.Mereka sujud akupun turut sujud sambil Ustaz Hassan menunjuk ajar kami cara yang betul.

Ya akhir nya sujud-sujud aku ketika itu dengan memuji "Maha Suci Allah Tuhanku yang Maha Tinggi dengan Segala KepujianNya" adalah kesinambungan lalu bahawa walaupun aku tidak bertauhid padaNya ketika itu namun aku telah pernah memujiNya.

Sohaimi Mior Hassan


Penghujung tahun 1982, selepas menamatkan SPM. Aku menganggur sekejap. Relax habis. Mulalah berkira-kira nak mencari pekerjaan sambilan. Nak merasa duit sendiri. Nak harapkan duit orang tua, lebih baik lupakan saja. Dengan adik-beradik yang seramai lapan orang dan masih bersekolah lagi sesuatu perlu aku lakukan untuk duit poketku sendiri.

Pada ketika itu tidak banyak perkerjaan yang boleh aku lakukan. Sekitar daerah ini dan pekannya tidak dapat menjanjikan pekerjaan sambilan yang baik pulangannya. Hijrah. Ada jugak terfikir. Aku dan kawanku berpakat untuk mencari kerja di Ipoh berdekatan kampungnya. Katanya, kilang kacang di Menglembu , Ipoh ,Perak. Ok jugak tu. Aku pun berangkat dengan izin orang tuaku. Maka bermulalah episod baru dalam hidupku. Pertama kali aku berjauhan dengan keluarga.

Aku berusia 17 ketika itu dan sudah menjadi anak bujang yang boleh berdikari di daerah asing. Keluar jauh meninggalkan Kroh. Setiba aku di kampong kawanku itu dan menetap di situ dua tiga hari lamanya, aku dapat rasakan bahawa kawanku tidak serius mencari pekerjaan, sebaliknya pada waktu itu kampong mereka berpesta selama seminggu. Kadang-kadang aku rasa seperti tidak ujud di situ.

Akhirnya aku memohon kepada kawanku untuk kembali ke Kroh kerana kedatangan aku ke sini hanya membuang masa saja. Kembalilah aku dengan sedikit hampa. Waktu berada di Kroh ayah melihat dan dapat merasakan keinginanku. Namun dalam diam-diam dia sudah bertanyakan kepada tauke kedai basikal di pekan Kroh untuk membenarkan aku bekerja di kedainya. Kedai basikal itu terletak di di sebelah kedai BATA berhampiran simpang empat sebelah kiri dari jalan Baling ke Gerik.

Hari pertama aku bekerja tauke cina yang kurus tinggi itu menunjuk ajar asas-asas menampal tayar basikal pancit. Cara membuka tiub tayar dengan betul seterusnya membetulkan jajaran besi rim basikal. Aku bekerja dengan tekun. Boleh dikatakan aku cepat memahirkan diri dengan kerjaku itu. Maklumlah ramai jugak pelanggan yang datang dan tugasku hanya menampal tayar bocor saja.

Dalam tempoh sebulan bekerja, aku baru perasan rupanya tauke kedai basikalku itu mempunyai anak dara sunti yang bersekolah di SMTS. Bila pulang dari sekolah dia pasti melemparkan senyuman kepadaku. Aku gabra. Lagipun aku ini (pada ketika itu) pemalu sikit dengan perempuan. Segan pun ada.Isteri kepada tauke itu pula mesra denganku. Kadang-kadang pada waktu petang dia mempelawa aku minum petang bersama dengannya sambil berbual-bual. Kuihnya apam warna putih dan pink. Tawar tapi lembut. Sedikit air the ‘o’.Bolehlah untuk lepaskan dahaga.

Ayah suka aku berkerja di kedai tionghua itu. Kadang-kadang, kalau dia ke pekan Kroh pasti dia akan singgah di kedai tersebut dan berbual dengan tauke. Aku pernah mendengar isteri tauke tu memujiku ketika mereka berbual. Tidak seperti anak india sebelumnya yang panjang tangan. Mereka juga meminta izin dari ayahku untuk membawa aku bekerja di Pulau Pinang. Di sana mereka mempunyai saudara yang membuka sebuah kedai motor jadi elok aku menimba pengalaman membaiki motor pulak. Di rumah ayah juga bertanya kepadaku tentang hal itu, tapi aku menolak.

Setelah lama bekerja timbul rasa bosan. Rakan sebaya sudah lama tidak berjumpa. Aku berkerja dari lapan pagi hingga lima petang. Bola sepak (sukan kesukaanku) dan rakan-rakanpun sudah lama ditinggalkan. Bila duduk bersendirian termenung, fikiranku melayang jauh menggambarkan riuh rendah mereka bermain bola di padang.Sayu beb.

Selepas sebulan bekerja dan menerima gaji pertamaku aku pun berhenti. Kesal jugak. Bukan apa teringatkan kawan-kawan sepermainan hati boleh jadi sebak. Menganggur lagi.

Dalam tempoh awal 1983 hingga tiga bulan berikutnya, aku berasa kosong yang amat sangat. Waktu itu lagu-lagu hits tahun 70’an dan awal 80’an menjadi temanku. Boleh dikatakan semua penyanyi dan lagu era itu menjadi minatku. Sebut siapa saja nama kumpulan dan solo pasti lagunya bolehku jawab. Tambahan pula ayah memang suka membeli kaset-kaset penyanyi zaman itu.

Tapi lama kelamaan aku jadi tersangat bosan dengan lagu-lagu yang sama didengari setiap hari. Aku menunggu kelainan dalam dunia seni jika ada penyanyi baru yang akan muncul. Pada waktu itu Uji Rashid, Hail Amir, Sudirman, D.J Dave, Carefree, Black Dog Bone  dan sebagainya sudah tidak relevan denganku.

Penantianku tidak lama. Satu hari setelah membeli akhbar Berita Harian dan membacanya aku tertarik kepada iklan kecil mengenai penyanyi baru yang membawakan unsur-unsur puisi dalam lagunya. Aku teruja dan ternanti-nanti bila agaknya kaset penyanyi itu akan terjual di kedai-kedai menjual kaset di  pekan Kroh. Maklumlah jiwa aku ini sentimental sikit. Suka dengan puisi-puisi ini. Setelah berulang alik setiap hari ke Kroh akhirnya kaset penyanyi itu pun aku tiba. Aku memang berpuashati dengan lagu-lagu puitis Sohaimi Mior Hassan.Terasa amat dekat melodi dan liriknya di hatiku.

Mulalah aku menghafal lagu-lagu tersebut dan akhirnya dek kerana minat kesemua 12 lagunya aku hafal. Lagu penyanyi ini memberi impak yang besar ke atas jiwaku. Tambahan pula ramai kawan-kawan sebaya aku berkata bahawa wajahku  mirip penyanyi tersebut.Fuhh..makin  bertambahlah minatku.Tapi aku tak pasti kenapa lagu-lagunya jarang sekali diputarkan di radio.

Pengawas SMTS


Sewaktu aku berada di tingkatan 4 sekitar tahun 1981 aku dilantik sebagai pengawas sekolah.Pada hari itu datang seorang pelajar tingkatan 3 ke kelas ku dan memaklumkan kepada cikgu yang sedang mengajar bahawa cikgu Amin Tolan (Cikgu Disiplin ketika itu) hendak berjumpa aku dan Cham Noi (rakan sekelas keturunan Siam dari Kg Tasik)Kecut perut rasanya bila dengar nama itu.Siapa tak kenal cikgu Amin Tolan (dan kisah cintanya dengan cikgu yang kini bergelar isterinya).

Kami berdua pun pergi ke bangunan pinggir padang dan berdepan dengan Cikgu Amin.Perasaan yang pada awalnya terancam kini bertukar riang.Cikgu Amin memilih kami berdua dari kelas tingkatan 4 sebagai sebahagian calon pengawas.Kami menerima dengan senang hati.Maka bermulalah kisah aku menjadi pengawas sekolah.Macam tak percaya la pulak.

Setahun selepas itu ketika berada di form 5,ada satu peristiwa jika terkenangkan kembali aku tersenyum sendirian.Begini…ada satu pagi yang sungguh sejuk.Malam sebelumnya hujan lebat.Cuaca pagi pun berkabus.Aku dan rakan ke sekolah seperti biasa .Biasanya kalau berkabus macam tu kami seronok bermain wap yang dihembus.Macam mat saleh bercakap dalam siri tv.

Sedang kami berjalan menghala ke sekolah melalui padang (kini padang golf),seorang rakanku memberitahu dia ternampak dua orang murid berjalan di tepi belukar sambil menghisap rokok.Aku tak percaya kerana pada fikiranku mungkin penafasan mereka yang mengeluarkan wap.Lama-kelamaan aku terperasan jika wap tentu asapnya tidak kekal lama di udara.Ini tentu asap rokok sebab asap rokok biasanya tidak mudah terpeluwap di udara.Sampai di pagar sekolah aku letakkan beg di kelas dan mengajak salah seorang rakan pengawas (kami tak bertugas hari itu) keturunan India Mahendran namanya.

Aku dan Mahendran menunggu di pagar sekolah SMTS.Rakan pengawas lain tertanya-tanya kenapa mengawal walhal bukan giliran kami bertugas pada hari itu.Aku kata aku sedang menunggu dua pelajar tingkatan 2.Setibanya mereka di pintu pagar aku terus menahan dan minta mereka serahkan rokok.Mereka berdua bersungguh-sungguh menafikan ada merokok ,aku tak percaya.Seorang dari mereka (Azmi) rela ditahan dan aku menyuruh Mahendran serahkan kepada cikgu.Manakala seorang lagi bermatian tidak mengaku.

Datang pelajar lain memberitahu bahawa mereka ternampak pelajar berketurunan India tersebut menyorokkan rokok di pangkal tiang telefon (berdekatan dengan dewan sukan di hujung tasik sekarang ini)Tiba-tiba pelajar ( tak ingat namanya)tersebut melarikan diri.Pada mulanya aku melihat saja.Tapi timbul geram kerana dia menipu aku.Aku pun apa lagi terus ligan semacam la.

Sampai di asrama pelajar lelaki (tepi tasik di hujung jambatan),pelajar tersebut merampas basikal pelajar lain yang diletakkan di situ dan melarikan diri dengannya.Hatiku bertambah geram.Aku mengejar dari pintu pagar SMTS sehingga ke rumah rehat KROH.Aku nampak dia pecut basikal dengan laju melintas anak air.Aku teruskan mengejar.Sehingga pelajar-pelajar lain agak pelik melihat aku berlari-lari pada awal pagi dengan pakaian sekolah.Tiada siapa pun yang cuba menahan.Hampeh.

Sampai di rumah rehat aku nampak basikal tadi dicampak ke tepi jalan.Pelajar tadi hilang dari pandanganku.Mungkin dia telah jauh melarikan diri.Aku cuba mencari-cari di kawasan rumah rehat.Tapi tak jumpa.Sah dah lari menghala ke pekan Kroh budak ni fikirku.Aku mencari di belakang dapur rumah rehat.Tiba-tiba aku nampak atap-atap zing yang disandarkan ke dinding konkrit dapur bergoyang.Aku cuba amati rumput kalau-kalau ianya bergoyang disebabkan tiupan angin pada pagi itu.Tak pulak rumput tu meliuk-liuk.

Pelik.Aku cuba rapati zing-zing yang menggigil tu perlahan-lahan.Kenapa pulak zing menggigil ni?.Aku menendang zing-zing tersebut dengan kuat.Sah..!!! rupanya ada manusia yang bersembunyi di balik zing tersebut.Dalam keadaan menggigil dia minta simpati supaya dilepaskan.Aku kata aku tak mahu setelah dia banyak buat aku marah pada pagi itu.Aku minta dia bawa balik basikal tadi dan letakkan di tempat asalnya semula.Dia setuju dengan perasaan sedikit bingung dan takut.

Kami pun kembali ke sekolah dengan dia mengayuh basikal sementara aku membonceng di belakang.Dengan cara itu tentu tentu dia tak dapat melarikan diri lagi.Tiba di sekolah aku serahkan dua pelajar tadi kepada Cikgu Amin dan menyerahkan sekotak rokok dunhill.Pagi tu waktu perhimpunan pagi kedua-dua pelajar tersebut dirotan oleh Cikgu Yusoff (guru besar ) sambil menyifatkan itulah yang akan berlaku jika pelajar melanggar undang-undang sekolah.

Sejak dari hari itu aku dan Mahendran digelar “starsky and hutch” siri penyiasatan popular tv pada masa itu.Ramai yang memuji tindakan kami berdua itu.Aku pulak bagai terkejut kerana tidak menyangka sejauh itu aku bertindak.Tapi satu yang pasti antara aku dan dua pelajar tadi kami tidak pernah bermusuhan baik di sekolah mahupun di luar.Kalau aku terjumpa dua pelajar ini di pekan Kroh,kami saling menegur dan berborak.Mereka seperti tidak berdendam denganku.Itulah satu sikap pelajar dulu ,mereka akur dengan kesalahan mereka.

Cerita ini masih kekal di ingatanku.Dalam tidak sedar ia telah membentuk jiwaku supaya bertanggungjawab dan sentiasa bersifat amanah apabila diberi tugasan.Kini aku seorang pegawai kerajaan ,kadangkala bila berdepan dengan client cerita-cerita ini akan sentiasa aku kenangkan dan jadikan tauladan.


Kroh...bermula sebuah cerita

Pada awal tahun 1970’an dulu,pekan Kroh ini tidak sunyi dengan bunyi helikopter dari jenis Nuri dan Aloutte dan sekali-sekala ada juga kapalterbang dari jenis Caribou mendarat.Waktu itu aku dan rakan sebaya menganggapnya seperti biasa saja.Deruan dari enjin pesawat tentera itu kadangkala menggamit kami untuk meninjau dan mencari arah datangnya bunyi.Maklumlah budak-budak.Ada juga jet TUDM jenis Skyhawk atau kadang-kadang kami memanggilnya jet tebuan melintas di ruang angkasa daerah kami.

Kroh sebuah pekan kecil terletak di pertengahan simpang empat ,arah utara ke Betong,Thailand,timur ke Gerik dan Jeli ,Kelantan,barat ke Baling,Kedah dan selatan ke Perak Hilir,pekan ini dulunya sunyi dengan kenderaan ,bas yang berulang alik dari Gerik ke Baling pun boleh katakan sejam pun payah nak jumpa.Keadaan menjadi sunyi apabila menjelang tengah hari.Aku masih ingat kala aku terjaga sebelah malam ,bunyi deruan enjin lori balak dan bunyi mesin kilang kecil tempat memproses padi sekali sekala boleh kedengaran walaupun jaraknya hampir 2 batu.Tentu ada yang masih ingat di mana kilang tersebut.Ya sekarang berhadapan stesen Petronas di belakang deretan kedai menjual makanan.

Kecuali hari Khamis,kerana pada waktu itu , paginya ada pasar khamis.Keadaan menjadi bising dan riuh dengan suara manusia dan enjin kereta.Sekarang disebut pasar tani.Waktu aku berkunjung ke sana pertengahan bulan 12 tahun 2006 tempatnya sudah berpindah ke tapak kuarters kerajaan.di sebelah Petronas sekarang.Pengunjung pun sudah semakin ramai.Waktu kecilku dulu aku sangat suka ke pasar khamis.Macam-macam ada dijual di situ.Kebanyakan penjualnya makcik-makcik yang datang dari kampung berdekatan.Ada juga mereka yang datang dari daerah Baling dan Gerik.Jika ada duit ibu akan membawaku ke situ.Bukannya apa beli sayur-sayur dari kampung,ikan sikit dan kuih dua tiga jenis.Aku pula sangat suka makan lemang dan rendang yang dijual oleh makcik-makcik sipenjual itu.

Tapi sekarang pasar tersebut mula dibuka sejak petang Rabu hingga keesokan harinya.Lebih ramai orang berkunjung dan lebih banyak pilihan.Teringat waktu dulu ,laksa utara adalah makanan yang menjadi pilihanku .Sehingga kinipun aku tidak boleh lupakan makanan khususnya dari utara tanahair.Walaupun aku kini jauh di selatan tapi masakan dari utara boleh buat aku “meleleh ayaq lioq”.

Tempat di mana pasar tani sekarang adalah dulunya deretan kuarters kerajaan,aku masih ingat rumah Ustaz Hassan betul-betul mengadap pasar tani sekarang.rumah gurubesar sekolah kebangsaan Kroh,Guru Zainal ketika itu pula terletak selang 2 buah rumah dari situ.
Pada waktu malam pekannya hanya hidup sehingga jam 8.30 atau 10.00 malam.Ketika itu kalau ayahku tidak masuk hutan (operasi) ,ayah selalu membawaku keluar ke pekan Kroh.Dengan membonceng basikal.Bukan apa hanya minum teh di kedai kopi cina tempat ayah bertemu rakan-rakannya.
Oleh kerana ancaman pengganas komunis masih lagi berlaku di sekitar sempadan tidak ramai orang masih berkeliaran pada waktu malam.Keadaan menjadi sunyi dan penduduk sudah mula menetap di rumah masing-masing.Pada waktu itu satu-satunya hiburan yang ada hanyalah siaran televisyen berwarna hitam putih.

05 July 2008

Kroh.

Di kelilingi bukit bukau.Di sini cuacanya dingin di waktu pagi membawa ke tengah hari.Adakalanya kalau terlalu sejuk kita boleh mengeluarkan wap(kabus) melalui hembusan nafas dari perut.Ada tasik dikenali takung di tengah daerah ini.

Duniaku pada masa itu sekitar kem askar.Penempatan yang masih lagi wujud sehingga ke hari ini.Pada awal 1970'an tiba di sini aku sudah terbiasa melihat mayat askar dan komunis.Ada satu ketika askar-askar menyusun mayat rakan mereka yang gugur diserang hendap komunis di woksyop.Kami yang tidak mengerti apa-apa hanya melihat dari jauh.Ada yang pecah kepala ,bercerai anggota dari badan.Semuanya sudah kusaksikan.Begitu juga mayat komunis.Bagaimana helikopter Nuri mengangkut mayat-mayat di bawah perut heli di padang tempat pendaratannya.

Suasana ketika itu sentiasa berjaga-jaga.Jika ada lapuran tentang komunis, di sempadan Kedah atau Thailand malamnya akan ada kedengaran tembakan meriam dari kem Renjer bersebelahan kem kami sehingga benar-benar menakutkan waktu kecilku.

Tapi Kroh pada keesokannya tenang seperti tidak ada apa yang berlaku.Murid-murid sekolah seperti biasa akan ke sekolah.Begitu juga kakitangan kerajaan yang lain.

Seri Adika Raja
dan gugur bunga sena
bagai salju kenangan
lalu gugur airmata
mengenangkan.

Sajak ini ada kesinambungannya yang aku nukil dalam coretan diariku.Tapi buku itu telah hilang dalam simpanan sewaktu aku merantau dulu..Semasa kecil untuk ke sekolah rendah aku dan rakan akan melalui jalan Sri Adika Raja.Di kiri kanan jalan terdapat pokok-pokok sena yang besar.Bila tiba musim ia berbunga sepanjang jalan dari bangunan Magistret ketika itu bersebelahannya kediaman pegawai Daerah hingga ke replika gajah dekat Pejabat Pos akan terhampar bunga-bunga sena yang kuning.Sungguh pagi itu seperti salji kata rakanku.

04 July 2008

Ini adalah sebahagian dari cebisan kenangan lama....masih kekal di situ













Ini adalah sebahagian cerita yang hidup dalam diriku.Semuanya macam biasa tiada apa-apa keistimewaan pun jika dilukis di atas kanvas.Tidak memukau hati yang memandang.Tapi dalam jiwa yang menyoroti jejak kembali keperibadian diri yang aku temui adalah betapa aku sebahagian dari daerah ini.Aku terlalu dekat dengannya.Ya aku dibentuk oleh suasana apa yang aku hidup waktu aku bergelar remaja...saat-saat manis...pahit.Rakan-rakan yang kukenal dari pinggir sempadan Thailand ke Kedah...kampung-kampung yang terletak antaranya adalah tafsiran jiwaku kini...




























Pohon-pohon yang tegap gagah bertahun sejak lama kutinggalkan seperti seakan menanti aku datang menyirami dengan air tasik(takung).Dahan-dahan mereka adalah tempat aku bergayut dan bergantung.Teduhan dari panas dan hujan itu kadang-kadang bagai cintanya makhluk Tuhan yang lain kepada yang lain.

























Engkau tahu...segala yang ada di sini masih utuh di situ.Sedikit perubahan yang tidak ketara telah pihak berwajib lakukan seperti mahu mengekalkan kenangan dalam ingatan ini.Cuma aku terkilan tidak lagi dapat menjejaki padang nan luas (kini padang golf)..aku mahu lihat kembali tempat di mana aku berbaring menentang langit sambil berkata Maha luas alam ini.Dan berkata dalam diri segala yang terhidang di depan mataku adalah datang dari Pencipta Yang Satu.





















Mahu aku ceritakan realiti di mana di sinilah Islam menjadi pilihanku.Walau seusia 8 tahun aku telah kenal kebaikan dan kesempurnaan agamaNya.Mahu aku ceritakan bagaimana seusia itu aku telah sujud di lantai kaku Masjid Iskandariah memuji Tuhan...dalam keadaan zahir aku belum punyai sebarang agama ketika itu...? Bila aku kembali mengingati ini...tentu insan yang banyak jasa dan pahala wajah Ustaz Hassan singgah dalam kepalaku...
Ya aku akan ceritakan pada kalian semua rahsia daerah ini yang membentuk jiwa ini..aku tidak tahu jika Allah tidak hantar aku ke sini apakah yang akan terjadi selanjutnya.
Kepada Ustaz Hassan (yang tidak pernah ...tidak pernah marah atau memukulku) ketahuilah aku kini juga telah bergelar sebegitu.




perjalanan mencari diri...


Keluargaku berhijrah ke utara tanahair sekitar tahun 1968.Aku tidak mengingati langsung tentang perkara ini.Waktu itu aku sudah pun mempunyai seorang adik perempuan. Kata ibu, kami berpindah ketika ayah di dalam operasi memburu pengganas di hutan Pahang. Maknanya hanya ibu, aku dan adik yang berpindah ke utara. Begitu juga lain-lain keluarga Senoi Praaq. Aku tidak mengetahui ke mana kami dipindahkan. Cuma aku semakin kenal dan biasa dengan daerah itu yang cuacanya sungguh sejuk berbanding ketika aku dan keluarga di Kuala Lumpur dulu.

Kami berpindah ke sebuah kem peninggalan askar British.Pada waktu itu kem tersebut di namakan Kem Senoi Praaq.Terletak di Jalan Seri Adika Raja.Jalan menuju ke padang tempat pendaratan helikopter dan kapal terbang tentera satu ketika dulu.

Sekitar daerah terpencil ini sungguh sunyi ketika itu.Di kelilingi bukit-bukit dan hutan tebal.Waktu pagi kabus dingin mengaburi pandangan.Tidak ramai manusia yang aku lihat di sini.Apatah lagi ketika malam tiba.Tidak seperti di Kuala Lumpur sekitar tahun 1960'an. Manusianya sudah kenal cahaya lampu malam. Sini manusia hanya berkeliaran pada siangnya.Tengah hari kembali sunyi dan petang pula hingar semula.

Seperti kanak-kanak lain,aku menjadi takut oleh kesunyian yang begini.Tapi setiapkali bersama ibu aku menjadi berani.Maklumlah anak jantan.Tapi itu cuma sebentar.Betapa ibulah satu-satunya kawanku.Dan aku adalah kawan ibu yang paling setia.Ke mana dan di mana ibu pergi pasti aku dibawa sekali.

Sekitar anak-anak sungai di pinggir Kampung Selarong sudah menjadi taman mainan.Situlah ibu dan rakan-rakannya memancing ikan.Di celah-celah langkahan mereka aku ada mengepit beg (jaber) ikan ibu bersama umpan cacing.Kadang-kadang aku dijadikan bahan gurauan mereka.Aku tak kisah.

Aku ke sekolah rendah pada tahun 1972.Waktu itu negara sedang bergelut dengan pengganas komunis.Aku mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kroh.(Nama lama Pengkalan Hulu).Kemudian menyambung belajar di Sekolah Menengah Tun Saban pada tahun 1978 hingga 1982.Aku bernasib baik dapat menyambung pendidikan Senilukis dan Senireka atau disebut Art and Design di Institut Teknologi Mara pada pertengahan tahun 1983.


Menulis.

Sudah lama tidak menulis. Rindu hendak menulis kadang-kadang datang. Namun sejak bertukar tempat kerja, masa menjadi halangan. Segalanya mer...