Selesai.Tugasan
yang menjadi rutin harian ku.Mengadap client.Masalah rumahtangga.Masalah
suami tak balik berbulan-bulan hingga bertahun-tahun lamanya.Bermula dari jam
9.30 pagi tadi hingga ke angka 4 petang.Menyebut kes-kes mahkamah.Kasihan pun
ada melihatkan client yang kebanyakannya kaum wanita.Suami tak
balik...tak beri nafkah, ada perempuan lain.Pokoknya semua berkaitan suami.Ya
suami zaman ini.Terfikir juga, beginilah suami-suami zaman sekarang bertindak
apabila sudah diberi amanah menjadi ketua keluarga.Entahlah..kadang-kadang
takut juga sebab aku pun telah bergelar suami.Pernah juga godaan-godaan itu
mendatangiku.Alhamdulillah setakat ini aku masih berpegang kepada janji diriku
sendiri.
Telah
beberapa kali aku lihat deraian air mata mengalir di "opis" ku
ini.Kasihan, betapa jiwa mereka lebih parah menahan bebanan dan seksaan
jiwa.Dengan anak-anak ditinggalkan tanpa nafkah.Urusan rumahtangga pula
terletak 100% di bahu.Sebenarnya aku
tidak mahu bercerita panjang berkaitan masalah rumahtangga.Tapi inilah realiti
yang ku hadapi setiap hari..semoga ia menjadi iktibar kepada kita
semua.InsyaAllah akan aku nukilkan di sini nanti tanpa menjatuhkan aib sesama
insan.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.