Untuk
menjadi baik dan sempurna bukanlah mudah .Tapi apa yang aku pastikan selama ini
ia bertitik tolak daripada hidayah Allah juga.Kalau tidak mendapat hidayah
tidak mungkin manusia akan berubah menjadi baik akhlak dan sempurna akal.Tetapi
perkara itu mesti dilatih .Kalau tidak dilatih atau lebih ekstrimnya dipaksa
untuk berbuat baik ia tidak akan berhasil.Keikhlasan ?...keikhlasan akan datang
juga jika sudah terbiasa berbuat baik.
Waktu
aku remaja seusia 6 atau 7 tahun aku sudah mula cuba melakukan perbuatan
baik.Mungkin ini datang dari naluriku.Mungkin kedengaran seperti memuji
diri.Tapi itulah yang berlaku dalam kehidupanku ketika itu.Apa yang pastinya, bila
malam aku akan terkenang perbuatanku pada siangnya dan berfikir alangkah
baiknya aku dapat menolong orang itu siang tadinya.Sungguh perbuatan aku kecil
sangat jika nak dinilaikan.Kadang-kadang perbuatan baik itu datang dengan
sendirinya.
Tapi
perbuatan-perbuatan baik ini lama-kelamaan membentuk sifat dan peribadiku.Waktu
di alam kanak-kanak dan remaja aku terdorong melihat perbuatan baik, aku sangat
suka jika kawan-kawanku buat baik kepada seseorang.Atau jika aku terlihat
seseorang berbuat sesama insan, sesama makhluk lain seperti haiwan.
Rupa-rupanya
Islam pilihanku telah banyak menceritakan kebaikan-kebaikan menolong sesama
manusia baik dia itu Islam atau tidak.Satu riwayat tentang Rasulullah yang
menjadi ingatan kepadaku ialah bagaimana baginda sanggup menggunting gamisnya
semata-mata tidak menganggu tidurnya seekor kucing di atas gamisnya.Sungguh
Rasulullah mempunyai akhlak yang paling mulia.
Waktu
aku kanak-kanak dulupun aku pernah melihat ibuku memberi secupak beras kepada
jiran kami yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.Dengan beras yang ibu
beri itu jiran kami hanya masakkan bubur untuk anak-anaknya yang ramai.Mungkin
juga kebaikan yang ibuku perlihatkan itu yang membentuk jiwaku.Memang sehingga
kini pun aku dan ibu punyai jiwa yang sama.
Kadang-kadang
kebaikan yang pernah kita tonjolkan itu memang telah menjadi sifat semula jadi
tanpa paksaan.Ianya akan berlaku tanpa sedar atau di bawah sedar.Pernah juga
aku memikirkan bagaimana aku bertindak sedemikian yang tentunya memberi
kepuasan jiwa kepadaku.
Bagaimana
aku juga terdorong mengembalikan barang yang dicuri rakan di sebuah kedai Cina
berhadapan kedai ais Punniah jalan ke pasar.Aku benar-benar kecewa pada ketika
itu.Pada malam kami ke pekan Kroh semata-mata nak mencari seluar sukan untuk
perlawanan bolasepak.Tapi dalam pada itu seorang rakan mengambil kesempatan
mencuri seluar dan membahagi-bahagikan sesama rakan yang lain.Setelah pulang ke
rumah masing-masing aku tidak senang hati memikirkan hal tersebut,Rasa bersalah
dan kecewa yang amat sangat dengan sikap rakan-rakan.Malam itu aku pergi ke
rumah mereka dan minta dikembalikan barangan curi tersebut.
Keesokannya
aku seorang diri pergi ke kedai Cina itu dan memulangkan kembali seluar-seluar
sambil meminta maaf atas perangai rakan-rakanku.Taukenya seorang perempuan
mengucapkan terima kasih kepadaku.Aku berasa sungguh besar hati apabila
mendengar perkataan tersebut.
Mungkin
kalian tertanya mengapa aku memberitahu perkara remeh seperti ini.Sebenarnya
aku ingin memberitahu bahawa dalam jiwa yang tidak bertauhid pada ketika itu
aku telah cuba untuk berbuat baik sesama manusia.Inilah yang kukatakan bahawa
perbuatan itu datang dari hidayahNya.Bila hidayah telah datang maka akan
berlakulah perubahan yang paling besar dalam hidupku.
Sungguh
kini aku amat-amat bersyukur kerana aku telah temui banyak kebaikan dalam
Islam.Teringat waktu aku mula-mula diberi tugas berceramah di sebuah masjid di
dalam daerah di Negeri Sembilan ini aku hanya bercerita bab kebaikan dengan
mengambil contoh membuang ranting kayu di laluan manusia.Tidakkah itu satu
kebaikan.Serendah-rendah pahala.Belum lagi kebaikan yang amat besar yang kita
lakukan.
salam... saya telah link blog ni..
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDelete