Keluargaku berhijrah ke utara tanahair sekitar
tahun 1968.Aku tidak mengingati langsung tentang perkara ini.Waktu itu aku sudah pun mempunyai seorang adik perempuan. Kata ibu, kami berpindah ketika ayah di dalam operasi memburu
pengganas di hutan Pahang. Maknanya hanya ibu, aku dan adik yang berpindah ke utara. Begitu juga lain-lain
keluarga Senoi
Praaq. Aku tidak mengetahui ke mana kami dipindahkan. Cuma aku semakin
kenal dan biasa dengan daerah itu yang cuacanya sungguh sejuk berbanding ketika
aku dan keluarga di Kuala Lumpur dulu.
Kami berpindah ke sebuah kem peninggalan askar British.Pada waktu
itu kem tersebut di namakan Kem Senoi Praaq.Terletak di Jalan Seri Adika
Raja.Jalan menuju ke padang tempat pendaratan helikopter dan kapal terbang
tentera satu ketika dulu.
Sekitar daerah terpencil ini sungguh sunyi ketika itu.Di
kelilingi bukit-bukit dan hutan tebal.Waktu pagi kabus dingin mengaburi
pandangan.Tidak ramai manusia yang aku lihat di sini.Apatah lagi ketika malam
tiba.Tidak seperti di Kuala Lumpur sekitar tahun 1960'an. Manusianya sudah
kenal cahaya lampu malam. Sini manusia hanya berkeliaran pada siangnya.Tengah
hari kembali sunyi dan petang pula hingar semula.
Seperti kanak-kanak lain,aku menjadi takut oleh kesunyian yang
begini.Tapi setiapkali bersama ibu aku menjadi berani.Maklumlah anak
jantan.Tapi itu cuma sebentar.Betapa ibulah satu-satunya kawanku.Dan aku adalah
kawan ibu yang paling setia.Ke mana dan di mana ibu pergi pasti aku dibawa
sekali.
Sekitar anak-anak sungai di pinggir Kampung Selarong sudah menjadi
taman mainan.Situlah ibu dan rakan-rakannya memancing ikan.Di celah-celah
langkahan mereka aku ada mengepit beg (jaber) ikan ibu bersama umpan
cacing.Kadang-kadang aku dijadikan bahan gurauan mereka.Aku tak kisah.
Aku ke sekolah rendah pada tahun 1972.Waktu itu negara sedang
bergelut dengan pengganas komunis.Aku mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kroh.(Nama lama
Pengkalan Hulu).Kemudian menyambung belajar di Sekolah Menengah Tun Saban pada
tahun 1978 hingga 1982.Aku bernasib baik dapat menyambung pendidikan Senilukis
dan Senireka atau disebut Art and Design di Institut Teknologi Mara pada
pertengahan tahun 1983.
Salam...dialu2kan utk link blog blog saya. Saya jg akan link blog saudara. Ceritalah lg tntang pekan Kroh zmn 70-an...byk yg sy msh belum tahu
ReplyDeleteterima kasih zz,anda boleh jadi mata dan ingatan saya di sana.!
ReplyDelete