Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
sentimental...excessively prone to feelings of tenderness, sadness, or nostalgia. ...sebuah catatan peribadi.
21 September 2009
11 September 2009
01 September 2009
Selamat Ulang Tahun...44: Selingkar Kisah

Hari
ini (1 September 2009) genap usiaku 44 tahun.Kalau dikira aku sudah semakin
matang.Entahlah.Terlalu subjektif.Ada manusia yang muda usianya tapi kematangan
berfikir lebih dari orang yang seusia seperti ku.Ramai yang telah kujumpa
manusia-manusia yang seperti ini.Padaku, kematangan bukan terletak kepada
usia.Ada manusia yang menjangkau setengah abad tapi masih suka lepak-lepak di
pusat-pusat hiburan.Minum.Menari.Berjoget dangdut.Itu yang selalu kulihat jika terdapat
kes-kes tangkapan dibicarakan di tempat kerjaku.Ada yang bergelar warga
emas.Rambut sudah beruban.Datang ke mahkamah ditemani cucu dan menantu.Pendek
kata bukanlah usia ukuran kematangan.
Biarlah.Jangan
diulas panjang.Mungkin nanti ada yang berpolemik.Terasa mungkin.Aku ingin
menulis di sini berkaitan sambutan ulang tahunku.Ehem...!Siapa tidak gembira
jika ada yang mengingatkan.Mengucapkan Selamat Ulang Tahun atau selamat
Harijadi.Kepada isteri yang tidak pernah lupa setahun sekali.Terima
kasih.Katanya senang nak ingat..lepas merdeka.Aku pulak dimerdekakan dari rahim
ibuku, 44 yang lalu.Sebenarnya aku tidak mengharapkan sangat diingatkan tentang
hari ulang tahunku.Mungkin terasa sudah semakin hampir nyanyuk atau bahasa
lembutnya tua.Uban di kepalapun sudah boleh dikira.
Gembira...ya
juga.Tidak ada manusia yang menolak rasa gembira jika diucapkan selamat
harijadi.Disusuli dengan doa dan ucapan semoga panjang umur murah rezeki, rajin
beramal atau bertambah amal kebajikan.Mmmm..jarang pulak didengar.Mungkin kita
perlu mengubah budaya ini.Agar lebih islamik.Mengingatkan kepada diri tentang
usia yang sudah lanjut.Amalannya sudah mendarah daging.Bukan lagi kerana
terpaksa.Tidak terfikir diri ini hamba.
Zaman
remaja, indah.Budaya mengucapkan selamat harijadi memang menjadi lumrah.Poskad
dan hadiah.Seingat aku tidak pulak pernah dalam ahli keluargaku mengucapkan
sebegitu.Kawan-kawan dan taulan juga sama.Sehinggalah aku meningkat remaja.
Tetapi
satu peristiwa yang mengejutkan pernah terjadi kepada diriku.Tidak pernah
seumur hidupku ada yang mengingatkan hari jadi kepadaku.Malah aku kadang-kadang
terlupa mengucapkan kepada diri sendiri.Berlalu begitu saja.Kisah ini berlaku
ketika aku di lower six sewaktu menuntut di Yayasan Anda Akademik.Aku terima
sebungkus hadiah.Terkejut dan teruja.Hadiah dari rakan sekelas.Hadiah dari
pelajar perempuan pulak tu.Rupa-rupanya dalam berserban (waktu tu) ada jugak
yang sudi mengingatkan tarikh keramat hidupku.Sampai sekarang nama dua gadis
comel itu masih aku ingat.Dan sesungguhnya ingatan kepada mereka pada setiap
ulang tahunku sangat-sangat istimewa.
Dua
gadis comel yang kumaksudkan adalah gadis beragama kristian.Berasal dari Sabah
(Ranau).Berketurunan Kadazan Dusun.Memang aku rapat sikit dengan mereka ketika
di lower six berbanding rakan perempuan sekelas beragama Islam.Aku tidak tahu
rupanya mereka merancangkan sesuatu untuk aku.Sebuah lukisan pemandangan senja
di lautan.Di belakang frame diabadikan nama kedua-dua gadis tadi dari
Bianah dan Maura Jonip...Selamat Hari Jadi Along.
Aku
selesa berbual dengan mereka.Walaupun aku memakai serban (ketika itu) aku cuba
tunjukkan bahawa Islam itu sebenarnya adalah agama bertoleransi.Mudah.Malah aku
pernah secara bergurau mengatakan bahawa aku punya awek (teman wanita) si Bianah
ketika rakan perempuan sekelas (Normah) bertanya kepadaku secara jujur (atau
sekadar menguji) apakah aku mempunyai rakan perempuan di hati....(dalam
pertanyaannya ketika itu).Bianah, kulihat tercengang dengan jawapan selamber
aku itu.(Kalaulah dia muslim...).Dan di penghujung tahun 1988 aku juga tidak
segan menghadiahkan kepada mereka berdua sebuah buku bertajuk "Mengapa aku
pilih Islam".Aku niatkan sebagai dakwah.Agar mereka faham mengapa Islam
pilihanku.
Dan
hadiah kepada mereka juga adalah yang teristimewa dariku.Mengapa tidak.Pada
awal pagi selepas membeli sarapan di gerai makan tingkat bawah Flat Kg Kerinchi
aku berjalan pulang ke asrama.Mataku terarah kepada sehelai kertas direnyuk
berwarna perang.Aku pasti gumpalan kertas itu wang, lalu aku mengutipnya di
tengah-tengah ramai.Kubuka gumpalan kertas itu perlahan-lahan dan memang
kupastikan ianya mata wang bernilai RM 500.00 (ketika itu note RM 500.00 masih
sah laku).Tidak pernah aku terjumpa wang dengan nilai sebesar itu.Dan dengan
menggigil aku ke kedai runcit berdekatan.Seorang abang si tuan kedai runcit
yang ku kenal kuceritakan penemuan mata wang itu.Menyerahkan kepadanya agar ada
insan yang kehilangan datang mengadu dan menemukannya kembali.
Menjelang
isyak rakan sebilik si Bob memanggilku sewaktu aku menatap nota-nota untuk
kelas keesokannya.Katanya si tauke kedai runcit ingin berjumpa.Tanpa berlengah
aku turun ke tingkat bawah.Kulihat tauke itu sedang berbual dengan seseorang
yang biasa juga aku jumpa di sekitar flat itu.Abang si pekedai runcit
menghadiahkan senyum diikuti dengan ucapan salam dari teman bicaranya ketika
itu.Dia perkenalkan diri sebagai abang.Lalu mengucapkan terima kasih kepadaku
kerana menyerahkan note RM 500.00 kepada pekedai runcit kenalannya.Kami berbual
seketika dan dia menghadiahkan aku RM 50.00 sebagai hadiah dan business
kadnya.Wau... seorang kontraktor.
Dengan
duit itu aku menghadiahkan kepada diri sendiri kain serban baru dan sebuah buku
"Mengapa aku pilih Islam" yang kemudiannya aku hadiahkan kepada Maura
dan Bianah si gadis Kristian Protestan itu.
30 August 2009
Senoi Praaq..The Unsung Heroes ( Lagenda Merdeka)
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan. Mereka juga adalah pejuang yang turut serta membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand. Ibuku pernah bercerita kisah-kisah ayahku yang terlibat dengan pengganas komunis ketika zaman mudanya. Kata ibu Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone (sebagaimana yang disebut oleh ibuku) atau R.O.D.Noone.
Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang asli). Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis di kalangan penduduk minoriti orang asli. Tuan Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer, pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq, cabang pasukan bersenjata di bahawa Jabatan Orang Asli. Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.
Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit. Menjelang tahun 1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.
Aku masih ingat ayahku ada bercerita bahawa beliau juga adalah seorang bekas komunis yang ditangkap di sekitar sempadan Jelebu, N.Sembilan dan Pahang. Dibicara di hadapan OCPD British di Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan dan kemudiannya dihukum gantung sampai mati. Mungkin takdir tidak sebegitu tidak lama kemudian ayahku juga dipanggil pula untuk berkhidmat dengan kerajaan British sebagai anggota Senoi Praaq. Operasi Senoi Praaq ketika itu berpusat di Kem Wardieburn, Setapak dan Batu 12, Gombak, Selangor. Kemudian mereka berpindah ke Jalan Maxwell yang dikenali dengan Camp Lamjung, asalnya sebuah kem peninggalan askar Gurkha (99th Briged). (Di situlah ayah bertemu ibuku dan di situlah juga aku dilahirkan.:-)
Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis. Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali. Bau, rasa, jejak, tanda-tanda persekitaran, bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi. Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh, Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu. Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai, keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.
Sebenarnya kisah Senoi Praaq tidak pernah dibukukan di dalam Malaysia. Namun perjuangan mereka boleh dianggap lagenda kerana pengganas komunis amat takut dengan unit ini disebabkan skil mereka memburu dan mengesan musuh di hutan. Tidak hairanlah pada peringkat awal serangan gerila komunis dulu mereka berjaya mempengaruhi anak-anak muda orang asli untuk dijadikan sebahagian dari mereka bagi membantu mereka meloloskan diri dari serbuan tentera. Insya Allah aku akan menulis lagi tentang Senoi Praaq pada masa akan datang.
Sumber :Death Waits in The Dark,The Senoi Praaq:Malaysia's Killer Elite,Roy davis Linville Jumper.
18 July 2009
Sekadar renungan
Mereka yang berjuang ikhlas di jalan Allah.Pasti akan melihat buah budi yang indah bercahaya anugerah dari Allah.Dunia ini penuh dengan perjuangan namun manakah satu perjuangan sejujurnya seperti ketika di zaman Islam yang maha suci baru berkembang.Tidakkah pada masa itu Islam datangnya dagang (sendiri tidak dipedulikan) dan akan kembali dagang.Beruntunglah mereka merebut anugerah kasih sayang Allah yang memberi manusia hidayah lalu disambut dengan penuh rasa insaf.
Telah banyak dan telah terbentang di laluan hidup menuju hari-hari akhir kalam kita lihat manusia menabur bakti budi.Atas nama kejujuran dan ikhlas rasa khabarnya.Harta,jiwa,buah akal dan segala macam bentuk amal telah tercurah guna mencari pahala berlipat ganda.
Telah banyak dan telah terbentang di laluan hidup menuju hari-hari akhir kalam kita lihat manusia menabur bakti budi.Atas nama kejujuran dan ikhlas rasa khabarnya.Harta,jiwa,buah akal dan segala macam bentuk amal telah tercurah guna mencari pahala berlipat ganda.
24 June 2009
20/7/1979....nostalgia yang masih kuingat
Bahagian depan perisai "Pertiwi"
Rupa-rupanya pasukan konvoi tentera sedang "digasak" oleh gerombolan pengganas komunis yang berselindung di sebalik hutan pinggir bukit.Menanti konvoi renjer pulang dari Baling ,Kedah menghala ke kem di Kroh,Perak.
Ini adalah perisai tentera yang berjaya diletupkan oleh pihak komunis menggunakan launcher tepat mengena di bahagian belakang (enjin) lalu mengakibatkan letupan di dalam kabin.Tiga renjer di dalamnya mati kebakaran.hangus sama sekali.Seingat aku sewaktu itu kami dari kem bersebelahan meninjau perisai yang pada ketika itu hangus dimakan api ketika ia diletakkan berhampiran pagar kem bersebelahan.
Bangkai perisai ini kini dipamerkan di Muzium Tentera Port Dickson,N.Sembilan.
10 June 2009
Selamat Hari Bapa : Kenangan lalu.....
Bergelar abah mungkin bukan suatu gelaran yang luar biasa.Setelah mempunyai tanggungjawab berkeluarga panggilan seperti itu menjadi lumrah.Sewaktu kecil aku mengenal seorang lelaki yang punya hubungan keluarga denganku,pelindung dan pencari rezeki dalam rumah kami.Tinggi sederhana dengan wajah yang menyimpan tegas.Seringkali wajah itu mengecut perutku.Takut.
Itulah ayahku yang biasa kupanggil "abah" memang tegas dan sedikit garang.Seingat aku kali terakhir bergurau dengan bah ketika aku berusia 4 atau 5 tahun.Selebihnya untuk tahun yang mendatang aku dan abah seperti orang asing.Bukan kerana berlainan arah dan berseteru rasa tapi aku menjadi tidak biasa berbual mesra dengan abah sendiri.
Puncanya mudah saja,abah akan masuk hutan kerana operasi memburu pengganas Komunis antara awal 1970 hingga 1980.Tahun di mana Malaysia ketika itu masih bergelut menumpaskan pengganas yang berjuang secara gerila.Kadang-kadang abah akan berada jauh di mata kami adik-beradik sebulan dua.Jarak masa waktu itu kami membesar dan mengharap kasih dan perhatian seorang ayah.Apabila abah habis operasi di hutan dan pulang ke pangkuan,proses mengenal kami juga memakan masa.Tambahan sikap abah juga yang pendiam macam aku.Menambahkan lagi kerenggangan antara aku dan abah.
Abah yang ku tahu tidak pandai menulis.Setakat kenal huruf dan angka saja.Dengan pengetahuannya itu pada peringkat kanak-kanak aku diajarnya mengenal huruf.Alhamdulillah.
Memang abah seorang yang bercita-cita punya anak yang pandai dan bijak sama seperti impian abah orang lain juga.Dalam tempoh aku tidak punya ramai adik abah lebih memberi perhatian kepadaku.Apa saja yang kupinta kepada ibu pasti disampaikan.Abah hanya mengotakan.
Seingat aku kerap juga aku membanggakan abah.Dilantik sebagai Ketua Kelas,mendapat No.1 atau 2 dalam peperiksaan tahunan.Pujian dari guru mengenaiku kepada abah.Tapi itu cerita ketika aku di sekolah rendah.Setelah memasuki peringkat menengah aku tidak lagi rapat dengan abah.Maklumlah adik-beradik seramai tujuh orang.Hanya sekali-sekala saja aku berbual dengan abah.
Paling membanggakan abah apabila rakan-rakan sekerja dan bosnya mengucapkan tahniah kerana kejayaanku melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara pada tahun 1983 lalu.Pada ketika itu aku adalah contoh kepada adik-adikku.Abah tahu bahawa aku akan berjaya juga.
Aku juga pernah memberitahu ibu bahawa aku akan memeluk agama Islam ketika aku di tingkatan 4.Waktu itu abah mendapat tahu dari kawanku lalu abah marah dan mengingatkan aku supaya belajar menjadi orang pandai dan berguna dulu baru cita-cita lain dikejar.Abah tahu bahawa satu hari nanti aku akan berkata begitu sebabnya abah juga.Ketika aku masih kanak-kanak,abah akan belikan sepasang baju Melayu lengkap bersampin dan memakaikannya supaya aku dapat berhari raya bersama-sama rakan Melayuku.
Tapi abah tidak pernah menghalang.Abah tahu satu hari nanti pasti aku akan mengejar impian kecilku itu.Masih kuingat abah tidak terkejut ketika aku pulang dari Kuala Pilah selepas hilang dua hari tanpa berita.Walau pun cuba diselindung.Abah tahu aku telah Islam.Abah tidak mahu mengikut jejakku kerana sudah terlambat katanya.
Kini abah telah meninggal dunia.Walau pun kedudukannya di akhirat nanti sudah pasti tapi aku sentiasa berdoa agar abah juga mendapat keampunan dari Allah.Aku pernah tahu bahawa wan (nenek) ibu kepada abah juga pernah berkahwin dengan pemuda Melayu.Sejauh mana pegangan agama wan tidaklah ku pasti.Kata orang-orang tua di Kg.Jerang,Simpang Durian,Jelebu,N.Sembilan.Kubur wan bersebelah dengan kubur orang Islam.
05 June 2009
Mac 1993...Kuala Klawang
Pertengahan
bulan Mac 1993, aku ditukarkan ke daerah Jelebu, N.Sembilan. Waktu itu Jelebu adalah satu daerah yang
terpencil jauh sedikit dari pembangunan. Kata rakan-rakan pekan Kuala Klawang, Jelebu
merupakan pekan koboi (maknanya hanya hidup di siang hari saja). Aku biasa lalu
di pekan itu waktu merantau dulu. Benar. Ia agak ketinggalan. Taman perumahan
boleh dikira dengan jari. Pekan Klawang pula tidaklah sebesar mana.
Waktu
itu aku hanya berulang naik bas. Masuk jam 8.00 pagi dan pulang 4.15 petang. Di
pejabat baruku hanya ada dua staf. Seorang Jurutaip Kak Ani dan seorang lagi
penghantar saman, abang Hussin. Keadaan pejabat agak kecil dan sempit. Aku
masih ingat mula-mula berkerja dulu akulah penderaf surat, menaip (komputer
belum ada lagi), masukkan dalam sampul surat, letak stem dan pos surat.
Kerja-kerja
mendaftar kes ke dalam Buku daftar biasalah. Buka fail, masukkan segala
tuntutan dan dakwaan selepas tu failkan. Letak tarikh dan agih-agihkan mengikut
tarikh. Kalau borang-borang sudah kehabisan aku meminta jasa baik pejabat agama
Islam di sebelah untuk menggunakan mesin
cetak mereka. Hah buatlah sendiri.
Waktu
mula berkerja, hendak bawa kes ke mahkamah kena pakai kot hitam, songkok dan
bertali leher. Tidak pernah seumur hidup aku bertali leher. Terpaksalah belajar
cara mengikat tali leher dari kerani
pejabat Agama di sebelah. Alhamdulillah...hidup ini kena selalu merendah diri. Jika
sudah membiasakan diri menghormati orang lain mereka juga akan bersikap begitu
kepada kita. Aku belajar dari semudah-mudah perkara, selok belok pentadbiran
pejabat sehinggalah kepada mengendalikan mesyuarat.
Rakan-rakan
dari pejabat agama melayanku dengan baik. Walaupun aku dari Mahkamah Syariah, jawatan
pula lebih tinggi sikit tapi aku selalu memikirkan pengalaman kurang. Kepada
mereka selalu aku bertanyakan permasalahan yang timbul berhubung kait dengan
pentadbiran dan kewangan.
Cuaca
daerah Jelebu sejuk sedikit berbanding Seremban. Tiga hari aku bertugas, aku
mula batuk-batuk dan selsema. Maklumlah cuaca Seremban panas. Aku berulang dari
Seremban yang jaraknya lebih kurang 30 km. Keluar pagi tu agak panas berbanding
Jelebu yang masih berkabus.Tak lama kemudian aku pun demam.MC.
Itulah
pengalaman pertama bertugas di daerah ini. Sedikit sebanyak ia mengingatkan aku
mengenai Kroh di utara Semenanjung. Bezanya Kroh daerahnya agak besar dan aku
merasa bebas di sana. Di sini persamaannya cuma cuaca, pekan yang sunyi apabila
malam tiba pada 1993 dulu.
04 June 2009
Sunnah Orang Berjuang...tribute to Nadamurni
Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri
Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tidak berwaktu
rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tidak berwaktu
Orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuhnya tidak terbilang
Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri
tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati dilupa
para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
makamnya sentiasa diziarahi
walau perjuangan tak berjaya
Sudah Sunnah Orang Berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri
01 June 2009
Ketika Cinta Bertasbih...The Movie
Sebuah lagi adaptasi Novel karya Habiburrahman al-Shirazy
Selesai membaca novel ini..nak cari siri 2 pulak.
28 May 2009
Maafkan aku....
1/3/1993...
Itulah
tarikh bersejarah dalam hidupku.Saat aku mulai memegang jawatan kerajaan di
Jabatan Kehakiman Syariah N.Sembilan.Maka bermulalah episod mencabar dalam
setiap rutin harian kerja.Mencabar minda dan jiwa.Menuntut ketelitian
pertimbangan dan budi bicara dalam menyampaikan maksud dan kehendak jabatan dan
kerajaan.Segala ilmu yang kutitip sepanjang perjalanan menjadi dewasa telah
menjadi asas menjayakannya.
Aku
bersyukur sepanjang jalan itu.Aku telah melihat bahawa Allah tidak persiakan
hidupku.Banyak cerita pahit merenggut jiwa.Aku masih di sini mempertahankan
anutan yang aku yakini sejak kanak-kanak lagi.Ya sejak zaman anak-anak lagi.Mempelajari
ilmu yang asing dan tidak selari dengan impian kecilku dulu.Airmata telah
banyak menitis membawa cerita gembira dan sedih.
Aku
keseorangan berjalan di muka dunia.Ibu dan ayah serta keluarga, sanak saudara
tidak kuharapkan doa-doa dan harapan kerana mereka masih jahil.Masih tidak
mengerti dan ada juga seolah mencebik tindakan aku mencari hidayah.Kini aku
sangat-sangat berterima kasih.Aku telah dipertemukan dengan mereka-mereka yang
mendoakanku dan meyakini bahawa aku akan menemui kejayaan dalam pencarian.Aku
sedar itu semua bergerak atas izin Allah juga.Tidak sesekali aku menidakkan
tauhidku.Seperti aku yakini ketika masih di alam jahiliah begitu juga
keyakinanku bertambah-tambah setelah aku diislamkan.
Betapa
alam ini berjalan atas izin dan kehendakMu ya Tuhan.Perkelanaanku adalah dengan
jemputanMu.Ketika dulu mengetuk setiap ruang hati ini.Bangun dan sedar bahawa
apa yang aku cari adalah maksud aku dihidupkan.Aku juga selalu mengharapkan
kehadiranku dalam setiap persinggahan selama itu pohon dimaafkan jika ada
jiwa-jiwa yang berasa tersinggung dan berkecil hati.Jika ada yang merasa
terbeban dengan sikapku yang di luar jangkaku sendiri.Aku hanya ingin menumpang
seketika.Sudah tentu ada yang tidak manis di mata kerana kejahilanku diri.Tidak
mengerti adat dan budaya di setiap persinggahan melepas lelah.
Aku
mohon keampunan kepada Tuhan jika tidak berkesempatan menyampaikan rasa
bersalah.Juga kepada individu-individu istimewa yang pernah menitip harap, yang
pernah berkongsi rasa sedih hiba, yang pernah mengagumi dan dikagumi, yang
pernah cuba berkongsi rasa hati.Yang mahu menunggu dan menanti.Aku juga mohon
dimaafkan.Benar aku seperti tidak rasa bersalah tapi ketahuilah kekesalan
selalu kuadukan kepada Tuhan.Moga aku dimaafkan.Aku tahu ada jiwa yang
kecewa.Tapi sedarlah kita menuju matlamat hidup yang sama.Di sana !
Aku
terlalu cetek ilmu.Mungkin batin tidak seperti pandangan zahir.Teman-teman
mengagumi kerana persona zahirku dulu.Hakikatnya jiwaku bagai medan
peperangan.Pertembungan iman dan hasutan syaitan.Ingin jadi insan
sempurna.Insan kamil.Terkadang gelincir juga.Itulah hakikat hidup manusia.Jadi
maafkanlah.Aku ingin mengabadikan kerja ini sebagai ibadah.Kerana ini juga
amanah.Tuhan telah memberi amanahNya.Maka aku tidak boleh lengah.
16 May 2009
Hari Guru...
Tidak menidakkan apatah lagi melupakan jasa setiap guru yang
pernah berjasa, aku kembali mengimbas perjalanan yang panjang.Aku pernah
mengutip biji-biji saga, saranan dari cikgu ilmu hisab tentunya.Buat si lembab
seperti aku.Payah membilang.Tudung-tudung botol, cengkerang
kerang-kerangan.Entah apa lagi yang semuanya menjadi mainan.Memori biji saga
memang sentiasa dekat denganku bahkan mereka yang belajar sezaman dengan ku.
Seni lukisan pula membuat kami sibuk mencantas daun
pisang.Mengambil batangnya lalu dikerat secara 45 darjah.Memetik daun bunga
raya dan bunganya sekali.Wah, cantik coraknya jika ditekap ke atas kertas
lukisan.Idea kreatif cikgu zaman 70'an.Tidak terlintas langsung meneka di benak
yang bengap ini tika itu kepandaian seorang guru seni.
Sehingga aku mengagumi "Teachers is God" mereka serba
tahu dari sudut mata ku.Dunia ku disinar terang oleh kehadiran insan bernama
guru.
Namun satu nama yang masih utuh lekat kuat, terpahat dalam memori
ini tidak lain Ustaz Hassan Basri.Cikgu yang mengajar matapelajaran agama Islam
ketika aku di darjah tiga hingga enam dalam tahun 1974 hingga 1976 dulu.Ustaz
Hassan wajahnya memang jelas di ingatan.Dialah satu-satunya cikgu menjadi sebab
aku mendalami Islam zaman di awal remajaku.Walhal ketika aku menerima ilmu itu
aku bukan muslim.Butir mutiara yang pernah cikgu itu tabur telah kukutip
menjadi perhiasan di nuraniku.Atas sebab barakahnya ilmu, aku langsung menerima
hidayah dan aku tidak berpaling lagi.
Kini 23 tahun menjadi Muslim...wajah Ustaz Hassan masih tetap di
ingatan dan aku membawa bersama title
sepertinya..
Selamat Hari Guru!!!
04 May 2009
Along...
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan dengan satu panggilan.Lama
benar tak dengar sebutan tu.Sebuah nama.Dulu panggilan tu biasa bagiku.Sebabnya
aku lebih tua di kalangan rakan-rakan sewaktu menuntut di Yayasan Anda Akademik
dulu, lebih kurang 5 tahun.Antara rakan yang paling aku suka Zulkifli
(arwah)..kalau di hostel dialah rakan yang tak mau memanggil namaku yang
sebenar .Dia lebih selesa memanggil dengan panggilan "Along".Sampai
habis persekolahan pun masih terbiasa dengan memanggil nama itu.
Zul suka berceloteh.Kalau berbual memang dia becok
orangnya.Kadang-kadang kesian tengok arwah ni.Mulut becok, suka
bercerita.Kadang-kadang sampai mencungap bercerita.Kesian sebab apa? Penyakit
lelahnya tu la.Cerita sikit tarik nafas.Mencungap-cungap.Ketika entry ini ditulis.Zul dah kembali ke
rahmatullah.Aku dengar dari Azam dia meninggal kerana darah tinggi dan
macam-macam penyakit yang dihidapi.
Aku dengar dari Azam juga, Zul seorang pegawai
pemasaran kesayangan boss di tempat kerjanya.Manakan tidak sewaktu aku
berkesempatan ziarah dia di Carrefour, Subang Jaya dulu.Aku tengok cara dia
melayan customer memang aku
tabikla.Padanlah dia menjadi kesayangan bossnya tu.Artis-artis pun habis ditacklenya kantung mereka.Semoga arwah
ditempatkan bersama-sama insan yang soleh di akhirat kelak.
Seorang lagi member
yayasan yang juga memanggil namaku along, sapa lagi kalau bukan Eduan.Mesti
panggil along...macam abang pulak.Kini Eduan seorang guru B.I di selatan tanah
air.Masih berhubung denganku melalui email.Masih dulu walau dah jadi bapak
orang aku dipanggil "along"..manjanya!
Eduan terima kasih kerana sudi membalas email
aku.Apa nak buat Duan.Jodoh bukan kita yang tentukan.Cubalah dengar lagu
M.Nasir tu.."Yang Bertakhta Akhirnya"Yang lain-lain tu sebenarnya aku
dapat hubungi jugak tapi mungkin kesuntukan masa, maklumlah sekarang dah jadi
bapak orang.Jadi tak da masa nak beremail-email.Yang
berchating tu teruskanlah..moga silaturahim kita masih macam dulu.."Insan
Akademis Yang Bertaqwa"
30 April 2009
Yang Bertakhta Akhirnya..M.Nasir
Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya di saat-saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan
Dan kita terpaksa memilih
Jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya
Kesan cinta membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar
Dan harus ditelan walaupun pahit
Tidaklah kita yang berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu
Atau kata-kata yang tak bermakna
Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu
lagu ini dinyanyikan oleh M.Nasir...satu waktu dulu lagu-lagunya terkesan juga..
28 April 2009
Badai Semalam...retro 1982
Satu lagi novel yang menjadi bacaan harian waktu aku bergelar
remaja sekitar tahun 1982 sebelum melangkahkan kaki ke ITM. Ketika itu aku dapat
membayangkan watak utama si Mazni itu orangnya bagaimana. Tinggi lampai, berambut
lurus mencecah bahu, berkulit kuning langsat, muka bujur sireh, mata yang kecil
redup dan alis yang halus lentik. Fuuhhh...detail. Mulalah ketika itu cuba
mengabadikan si manis yang tabah itu di atas kertas lukisan. Tapi watak Zaki
rakan Mazni itu lebih memikatku. Dan aku dapat rasakan wataknya ada persamaan
dengan diriku.. hehehehee...perasan. Memang watak Zaki tu banyak terperasan. Tapi
kesian dia. Terperangkap dengan sifatnya yang lebih banyak menyimpan rasa. Aku
kah itu.
Rehlah Minda
Sempat mengikuti novel ini setiap sirinya waktu disiarkan di Utusan Malaysia dulu tahun 2005.Mmmmm...Faisal Tehrani termasuk dalam individu genius lingkungan karyanya.Pasti ada kejutan dalam novel yang terhasil.Karya orientasi islamik sudah mula mendapat perhatian pengemarnya.Selepas itu banyak lagi novelis yang lahir membawa mesej islam dan persoalan agama.Moga-moga terlahir nanti Habiburahman el-Shirazy versi Malaysia.
25 April 2009
Syukur kepada Mu
Peringkat
awal aku memulakan tugas sebagai Penolong Pendaftar agak kekok juga.Rakan-rakan
sejawatan terdiri dari lepasan KUSZA dan Institut Tahfiz di Pusat Islam, Kuala
Lumpur.Sedangkan aku hanya lulusan STPM Syariah.Namun aku bangga kerana
rakan-rakan juga yang agak sebaya tidak meninggikan diri.Aku tidak menerima
didikan Islam formal waktu di sekolah menengah.Seingat aku hanya ketika di
sekolah rendah aku rajin membaca buku-buku agama (tulisan jawi) dan mengambil
matapelajaran Tulisan jawi juga Pendidikan Agama Islam.
Semua
atas galakan Ustaz Hassan Basri dan rakan-rakan sebaya ketika itu.Walaupun
ketika itu aku bukan Muslim tapi aku turut saja mempelajarinya.Masih juga ingat
aku dipuji oleh Ustaz Hasan kerana mendapat markah kedua tertinggi sewaktu di
darjah 5 dalam matapelajaran Agama Islam.
Masuk
ke sekolah menengah aku tidak lagi meneruskan mempelajari dan mengambil pendidikan
Agama Islam kerana waktu itu subjek alternatif seperti pendidikan seni lukisan
boleh diganti dengan pendidikan agama Islam bagi pelajar-pelajar bukan
Islam.Namun kadang-kadang aku duduk di barisan belakang waktu subjek Agama
Islam mencuri-curi dengar Ustaz mengajar.Ketika dilantik sebagai Pustakawan
pula aku mengambil peluang mengambil buku-buku berkaitan Islam dan membawa
pulang untuk untuk dibaca di rumah.
Itulah
kali terakhir aku menerima didikan agama Islam secara formal.Alhamdulillah, semuanya
atas kehendak Allah juga.Aku boleh membaca jawi dan menulis.Sikit-sikit ada
juga ketika itu menghafal ayat-ayat lazim yang pendek.Keluarga tidak tahu
malahan rakan-rakan rapat juga tidak tahu.
Andaikata
aku berterusan mengambil subjek Islam (yang kuminat) ketika itu insyaAllah
mungkin aku juga boleh mendapatkannya hingga ke peringkat yang lebih
tinggi.Cuma setelah bergelar Muslim 23 tahun yang lalu aku berusaha
mempelajarinya.Ada juga rakan-rakan sejawatan yang bertanya di mana aku
mendapatkan didikan formal.Bekas institusi mana? Persoalan itu hanya
kujawab dengan ringkas...aku lulusan STPM jer.
Aku
berterima kasih kepada mereka-mereka yang membantuku meneruskan perdidikan
formal dengan mengambil subjek Syariah sewaktu di Yayasan Anda Akademik.Dengan kelulusan
STPM.Dengan pengalaman menghadiri kuliah-kuliah agama sebelum mendapatkan
didikan formal, aku dapat juga memahami cabang-cabang ilmu dalam Islam yang
menjadi asas kepada subjek Syariah.
Namun
semua itu atas kehendak Allah SWT juga.Aku hanya alat yang diberi hidayah untuk
berusaha mendalami ilmunya.Syukur kepada Mu ,Tuhan.
16 April 2009
sepi...
aku menyusun sepi
di tingkap hati
menjenguk dari dalam diri
mencari sinar yang terang
namun kelam.
pernah menyapa bulan
memanggil bintang
kala langit dingin sambil duduk tafakur
melafaz sepatah syukur
dan terus menjadi begini
sepi...
aku sesat di lautan rahmah
sedang sebutir bintang terang di ufuk serlah
cahaya yang tak pernah pudar
ketuklah hati yang tiada sedar
gundah hati yang tiada hilang
pimpin daku ke puncak cemerlang
sepi...
ajari aku tentang hidupmu
lemaskan daku mengenal lautan makrifahMu
moga kukenal kematian mulia
ampunan Tuhan dengan redha
12 April 2009
Cerpen la pulak...
Aku tidak tahan
menahan sebak di dada.Hatiku berbaur kesal.Laman istanaku kutinggalkan sepi.Aku
cuba mencari silapku dulu berpunca di mana.Bermula kerana dicabar juga rasa
ingin tahu nikmat berada di syurga khayalan itulah puncanya.Mula hanya
suka-suka tetapi menjadi ketagih dan semakin parah jika tidak mendapat bahan
terlarang itu.Amanah Tuhan telah kuabaikan.Kalaulah aku akur kata-kata Aisyah
dan mentaatinya.Isteriku yang baik hati dan melayan karenahku selama
itu.Tentu....ahh.
Aku tiba di laman
damai destinasi terakhir.Hening petang itu dengan redup cahaya mentari tersirna
di balik awan tebal.Angin semilir Batu Papan tidak lagi sedingin dulu.Masih
membenciku agaknya.Aku pulang memujuk hati merindui kalian yang pergi.Sepi tapi
dalam hati menangis kesal.Kesal yang tidak berkesudahan.
“Salam atas penghuni kubur,mukminin dan muslimin,engkau telah mendahului
kami dan insyaAllah kami akan menyusulmu....”
Di hujung sebelah
kanan sana tegak nisan isteriku, Aisyah dan batu-batu nisan kecil sebelahnya
tersusun rapi.Mereka menungguku dengan damai.Tiada lagi salam lembut dari Aisyah
menyapa seperti selalu tika menyambutku pulang dari kerja.Tiada lagi laungan abah balik dari putera-puteraku.Lenyap
sudah rengekan manja puteriku minta didukung kala melihatku setiap petang pulang
ke pangkuan.Airmataku bergenang lalu jatuh deras membasahi janggut
nipisku.Sebak dan hancur hati tidak tertahan lagi.Hilanglah kini senyuman
lesung pipit yang manis dan sepasang mata yang cantik di sebalik kerudung biru
seperti selalu.Tersimpan kemas ia dalam kotak fikiranku bersama kenangan lalu.
Riwayat Bidadari Syurga...Munif Ahmad (Hijjaz)
Penulis: Munif AhmadTerbitan: Hijjaz Records Publishing
Edaran: Marketing Dept. HRSB
Tarikh dipasarkan: Januari 2009
Harga Semenanjung: RM25.90
Harga Sabah/Sarawak: RM27.90
Alu-aluan Penulis
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad saw. Nabi yang telah membawa seluruh umatnya ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat, yang membawa rahmat dan cahaya keberkatan kepada seluruh manusia.
Melalui penulisan pertama saya ini, saya ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita serikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.
Idea penulisan buku ini tercetus dari tugas dan tanggungjawab sebagai composer lagu-lagu nasyid. Bagi yang sering mengikuti perkembangan saya, pasti anda sedar saya banyak menghasilkan lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Dari inspirasi sebuah lagu, saya terjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini. Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikanNya untuk para syuhada’.
Di samping itu saya sertakan juga lirik-lirik lagu sering berkumandang di radio-radio. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Jadi melalui buku ini, Insyaallah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.
Hasil dari bacaan dan rujukan buku-buku, kitab-kitab sejarah lama dan kisah-kisah dari Al-Quran maka mana yang dirasakan sesuai dan menepati kehendak penceritaan maka saya himpunkan. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk umat Islam seluruhnya dan untuk diri saya serta keluarga.
Untuk mendapatkan keberkatan di atas usaha-usaha ini sama-samalah kita mengirimkan Surah Al-Fatihah buat srikandi-srikandi ini. Moga-moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka... Al-Fatihah.
Akhir kalam, apa yang benar datangnya dari Allah swt dan yang tidak benar datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.
Hamba yang daif
Munif ahmad @ Putra Aiman
Munifhijjaz@yahoo.com
p/s salah seorang sahabat lama sewaktu di Al-Arqam Sg Penchala.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aku Kalah
Aku masih ingat, satu lewat petang di kelas tambahan Syariah. F menghampiriku dengan senyuman—senyuman yang, aku akui, memang cantik. Dia ...
-
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan. M...
-
Kenangan yang Ternoktah, Disember 1983 Hampir lima belas tahun tahun aku hidup di bumi Kroh, Perak. Sejak Mac 1968 hinggalah Disember 1983...
-
Aku masih ingat, satu lewat petang di kelas tambahan Syariah. F menghampiriku dengan senyuman—senyuman yang, aku akui, memang cantik. Dia ...






