Peringkat
awal aku memulakan tugas sebagai Penolong Pendaftar agak kekok juga.Rakan-rakan
sejawatan terdiri dari lepasan KUSZA dan Institut Tahfiz di Pusat Islam, Kuala
Lumpur.Sedangkan aku hanya lulusan STPM Syariah.Namun aku bangga kerana
rakan-rakan juga yang agak sebaya tidak meninggikan diri.Aku tidak menerima
didikan Islam formal waktu di sekolah menengah.Seingat aku hanya ketika di
sekolah rendah aku rajin membaca buku-buku agama (tulisan jawi) dan mengambil
matapelajaran Tulisan jawi juga Pendidikan Agama Islam.
Semua
atas galakan Ustaz Hassan Basri dan rakan-rakan sebaya ketika itu.Walaupun
ketika itu aku bukan Muslim tapi aku turut saja mempelajarinya.Masih juga ingat
aku dipuji oleh Ustaz Hasan kerana mendapat markah kedua tertinggi sewaktu di
darjah 5 dalam matapelajaran Agama Islam.
Masuk
ke sekolah menengah aku tidak lagi meneruskan mempelajari dan mengambil pendidikan
Agama Islam kerana waktu itu subjek alternatif seperti pendidikan seni lukisan
boleh diganti dengan pendidikan agama Islam bagi pelajar-pelajar bukan
Islam.Namun kadang-kadang aku duduk di barisan belakang waktu subjek Agama
Islam mencuri-curi dengar Ustaz mengajar.Ketika dilantik sebagai Pustakawan
pula aku mengambil peluang mengambil buku-buku berkaitan Islam dan membawa
pulang untuk untuk dibaca di rumah.
Itulah
kali terakhir aku menerima didikan agama Islam secara formal.Alhamdulillah, semuanya
atas kehendak Allah juga.Aku boleh membaca jawi dan menulis.Sikit-sikit ada
juga ketika itu menghafal ayat-ayat lazim yang pendek.Keluarga tidak tahu
malahan rakan-rakan rapat juga tidak tahu.
Andaikata
aku berterusan mengambil subjek Islam (yang kuminat) ketika itu insyaAllah
mungkin aku juga boleh mendapatkannya hingga ke peringkat yang lebih
tinggi.Cuma setelah bergelar Muslim 23 tahun yang lalu aku berusaha
mempelajarinya.Ada juga rakan-rakan sejawatan yang bertanya di mana aku
mendapatkan didikan formal.Bekas institusi mana? Persoalan itu hanya
kujawab dengan ringkas...aku lulusan STPM jer.
Aku
berterima kasih kepada mereka-mereka yang membantuku meneruskan perdidikan
formal dengan mengambil subjek Syariah sewaktu di Yayasan Anda Akademik.Dengan kelulusan
STPM.Dengan pengalaman menghadiri kuliah-kuliah agama sebelum mendapatkan
didikan formal, aku dapat juga memahami cabang-cabang ilmu dalam Islam yang
menjadi asas kepada subjek Syariah.
Namun
semua itu atas kehendak Allah SWT juga.Aku hanya alat yang diberi hidayah untuk
berusaha mendalami ilmunya.Syukur kepada Mu ,Tuhan.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.