Aku tidak tahan
menahan sebak di dada.Hatiku berbaur kesal.Laman istanaku kutinggalkan sepi.Aku
cuba mencari silapku dulu berpunca di mana.Bermula kerana dicabar juga rasa
ingin tahu nikmat berada di syurga khayalan itulah puncanya.Mula hanya
suka-suka tetapi menjadi ketagih dan semakin parah jika tidak mendapat bahan
terlarang itu.Amanah Tuhan telah kuabaikan.Kalaulah aku akur kata-kata Aisyah
dan mentaatinya.Isteriku yang baik hati dan melayan karenahku selama
itu.Tentu....ahh.
Aku tiba di laman
damai destinasi terakhir.Hening petang itu dengan redup cahaya mentari tersirna
di balik awan tebal.Angin semilir Batu Papan tidak lagi sedingin dulu.Masih
membenciku agaknya.Aku pulang memujuk hati merindui kalian yang pergi.Sepi tapi
dalam hati menangis kesal.Kesal yang tidak berkesudahan.
“Salam atas penghuni kubur,mukminin dan muslimin,engkau telah mendahului
kami dan insyaAllah kami akan menyusulmu....”
Di hujung sebelah
kanan sana tegak nisan isteriku, Aisyah dan batu-batu nisan kecil sebelahnya
tersusun rapi.Mereka menungguku dengan damai.Tiada lagi salam lembut dari Aisyah
menyapa seperti selalu tika menyambutku pulang dari kerja.Tiada lagi laungan abah balik dari putera-puteraku.Lenyap
sudah rengekan manja puteriku minta didukung kala melihatku setiap petang pulang
ke pangkuan.Airmataku bergenang lalu jatuh deras membasahi janggut
nipisku.Sebak dan hancur hati tidak tertahan lagi.Hilanglah kini senyuman
lesung pipit yang manis dan sepasang mata yang cantik di sebalik kerudung biru
seperti selalu.Tersimpan kemas ia dalam kotak fikiranku bersama kenangan lalu.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.