Penghujung
1992 sewaktu aku sedang meneliti beberapa artikel agama di meja,aku disapa oleh
boss bahagian dakwah Ustaz Zakaria Hitam.Ustaz Zakaria mengarahkan aku mengisi
borang permohonan kerja di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan.Katanya Dato' Hj Muhamad minta aku berbuat demikian.Aku tahu mengenai
iklan jawatan kosong tersebut melalui akhbar Utusan Malaysia namun apabila
memikirkan tanggungjawab setelah dilantik nanti aku jadi tidak berminat.(Cetek
fikiran pada masa itu)
Apa
yang kutahu jawatan tersebut lagi beberapa hari akan ditutup.Berita tersebut
sampai ke telinga Ustaz Jaafar dan beliau juga sambil mengucapkan tahniah dan
menasihatkan aku mengisi borang jawatan kosong tersebut.Aku ceritakan hal itu
kepada isteriku dan beliau juga turut gembira mendengarnya.Kata mereka kalau
Pengarah sendiri yang mengarahkan, maknanya peluang mendapat kerja tetap adalah
besar.
Aku
termenung.Aku punyai prinsipal dalam Syariah di peringkat STPM.Jawatan yang
bersesuaian Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S 5).Tanggungjawabnya agak besar
jugak.Mampukah aku?. Pembantu peribadi Dato' , kak Muhaini juga menggalakan aku
memohon kerana Dato' memang mahukan aku diserap ke jawatan tetap.Samada isteri
atau aku.Dengan dorongan ramai rakan-rakan seunit aku pun bersetuju dan mengisi
borang permohonan.Kebetulan kak Muhaini yang menguruskan pengumpulan borang-borang
permohonan tersebut , aku jadi bertambah yakin.
Walaupun
begitu aku bermohon doa kepada Allah agar permohonan ku
berjaya.Sekurang-kurangnya aku mendapat kerja tetap.Lebih terjamin untuk
kehidupan aku, isteri dan anak yang baru lahir.Alhamdullilah awal Januari 1993
surat panggilan temuduga menyusul.Apa yang kudengar itu hanyalah syarat saja
kerana Dato' Pengarah memang mahukan aku dilantik ke jawatan tetap.
Temuduga
yang kulalui pun mudah, panel-panelnya adalah terdiri dari ustaz-ustaz di
Jabatan Kehakiman Syariah N.Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
N.Sembilan yang memang kukenal.Namun begitu aku tidak mengambil mudah , aku
perlu tunjukkan kesungguhan untuk dilantik ke jawatan kerajaan.Alhamdulillah
segalanya berjalan lancar.
Mungkin
inilah yang dikatakan rezeki anak.Yang tersurat dan tersirat.1/3/1993 aku
dilantik ke jawatan kerajaan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam.Aku
diarahkan melapurkan diri ke Jabatan Kehakiman Syariah N.Sembilan sebagai
Penolong Pendaftar.Inilah jawatan yang kusandang sehingga ke saat entry ini
ditulis.
Saat
bersendirian aku termenung, mengingatkan masa lampau yang berlalu.Hidayah dan
pertolongan Allah tidak pernah terduga hingga ke ketika ini.Tidak mempunyai
asas agama yang dalam satu waktu dulu tidak mematahkan semangat mengejar
ilmu-ilmu Allah itu di masa remaja.Kata-kata guruku. "Jika awak datang
kepada Allah dengan berjalan ,Allah akan datang kepada awak dengan berlari
" sungguh mendalam dan benar sekali.Allah Maha Penyayang,Dia memberi
hidayah dan pertolongan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Saat
susah senang, tauhidku akan tetap kupertahankan kerana aku tahu Allah tidak akan
mensia-siakanku setelah pintu hati kecilku diketuk hidayah.SubhanaAllah wa
lillahilhamd.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.