Hari
ini (1 September 2009) genap usiaku 44 tahun.Kalau dikira aku sudah semakin
matang.Entahlah.Terlalu subjektif.Ada manusia yang muda usianya tapi kematangan
berfikir lebih dari orang yang seusia seperti ku.Ramai yang telah kujumpa
manusia-manusia yang seperti ini.Padaku, kematangan bukan terletak kepada
usia.Ada manusia yang menjangkau setengah abad tapi masih suka lepak-lepak di
pusat-pusat hiburan.Minum.Menari.Berjoget dangdut.Itu yang selalu kulihat jika terdapat
kes-kes tangkapan dibicarakan di tempat kerjaku.Ada yang bergelar warga
emas.Rambut sudah beruban.Datang ke mahkamah ditemani cucu dan menantu.Pendek
kata bukanlah usia ukuran kematangan.
Biarlah.Jangan
diulas panjang.Mungkin nanti ada yang berpolemik.Terasa mungkin.Aku ingin
menulis di sini berkaitan sambutan ulang tahunku.Ehem...!Siapa tidak gembira
jika ada yang mengingatkan.Mengucapkan Selamat Ulang Tahun atau selamat
Harijadi.Kepada isteri yang tidak pernah lupa setahun sekali.Terima
kasih.Katanya senang nak ingat..lepas merdeka.Aku pulak dimerdekakan dari rahim
ibuku, 44 yang lalu.Sebenarnya aku tidak mengharapkan sangat diingatkan tentang
hari ulang tahunku.Mungkin terasa sudah semakin hampir nyanyuk atau bahasa
lembutnya tua.Uban di kepalapun sudah boleh dikira.
Gembira...ya
juga.Tidak ada manusia yang menolak rasa gembira jika diucapkan selamat
harijadi.Disusuli dengan doa dan ucapan semoga panjang umur murah rezeki, rajin
beramal atau bertambah amal kebajikan.Mmmm..jarang pulak didengar.Mungkin kita
perlu mengubah budaya ini.Agar lebih islamik.Mengingatkan kepada diri tentang
usia yang sudah lanjut.Amalannya sudah mendarah daging.Bukan lagi kerana
terpaksa.Tidak terfikir diri ini hamba.
Zaman
remaja, indah.Budaya mengucapkan selamat harijadi memang menjadi lumrah.Poskad
dan hadiah.Seingat aku tidak pulak pernah dalam ahli keluargaku mengucapkan
sebegitu.Kawan-kawan dan taulan juga sama.Sehinggalah aku meningkat remaja.
Tetapi
satu peristiwa yang mengejutkan pernah terjadi kepada diriku.Tidak pernah
seumur hidupku ada yang mengingatkan hari jadi kepadaku.Malah aku kadang-kadang
terlupa mengucapkan kepada diri sendiri.Berlalu begitu saja.Kisah ini berlaku
ketika aku di lower six sewaktu menuntut di Yayasan Anda Akademik.Aku terima
sebungkus hadiah.Terkejut dan teruja.Hadiah dari rakan sekelas.Hadiah dari
pelajar perempuan pulak tu.Rupa-rupanya dalam berserban (waktu tu) ada jugak
yang sudi mengingatkan tarikh keramat hidupku.Sampai sekarang nama dua gadis
comel itu masih aku ingat.Dan sesungguhnya ingatan kepada mereka pada setiap
ulang tahunku sangat-sangat istimewa.
Dua
gadis comel yang kumaksudkan adalah gadis beragama kristian.Berasal dari Sabah
(Ranau).Berketurunan Kadazan Dusun.Memang aku rapat sikit dengan mereka ketika
di lower six berbanding rakan perempuan sekelas beragama Islam.Aku tidak tahu
rupanya mereka merancangkan sesuatu untuk aku.Sebuah lukisan pemandangan senja
di lautan.Di belakang frame diabadikan nama kedua-dua gadis tadi dari
Bianah dan Maura Jonip...Selamat Hari Jadi Along.
Aku
selesa berbual dengan mereka.Walaupun aku memakai serban (ketika itu) aku cuba
tunjukkan bahawa Islam itu sebenarnya adalah agama bertoleransi.Mudah.Malah aku
pernah secara bergurau mengatakan bahawa aku punya awek (teman wanita) si Bianah
ketika rakan perempuan sekelas (Normah) bertanya kepadaku secara jujur (atau
sekadar menguji) apakah aku mempunyai rakan perempuan di hati....(dalam
pertanyaannya ketika itu).Bianah, kulihat tercengang dengan jawapan selamber
aku itu.(Kalaulah dia muslim...).Dan di penghujung tahun 1988 aku juga tidak
segan menghadiahkan kepada mereka berdua sebuah buku bertajuk "Mengapa aku
pilih Islam".Aku niatkan sebagai dakwah.Agar mereka faham mengapa Islam
pilihanku.
Dan
hadiah kepada mereka juga adalah yang teristimewa dariku.Mengapa tidak.Pada
awal pagi selepas membeli sarapan di gerai makan tingkat bawah Flat Kg Kerinchi
aku berjalan pulang ke asrama.Mataku terarah kepada sehelai kertas direnyuk
berwarna perang.Aku pasti gumpalan kertas itu wang, lalu aku mengutipnya di
tengah-tengah ramai.Kubuka gumpalan kertas itu perlahan-lahan dan memang
kupastikan ianya mata wang bernilai RM 500.00 (ketika itu note RM 500.00 masih
sah laku).Tidak pernah aku terjumpa wang dengan nilai sebesar itu.Dan dengan
menggigil aku ke kedai runcit berdekatan.Seorang abang si tuan kedai runcit
yang ku kenal kuceritakan penemuan mata wang itu.Menyerahkan kepadanya agar ada
insan yang kehilangan datang mengadu dan menemukannya kembali.
Menjelang
isyak rakan sebilik si Bob memanggilku sewaktu aku menatap nota-nota untuk
kelas keesokannya.Katanya si tauke kedai runcit ingin berjumpa.Tanpa berlengah
aku turun ke tingkat bawah.Kulihat tauke itu sedang berbual dengan seseorang
yang biasa juga aku jumpa di sekitar flat itu.Abang si pekedai runcit
menghadiahkan senyum diikuti dengan ucapan salam dari teman bicaranya ketika
itu.Dia perkenalkan diri sebagai abang.Lalu mengucapkan terima kasih kepadaku
kerana menyerahkan note RM 500.00 kepada pekedai runcit kenalannya.Kami berbual
seketika dan dia menghadiahkan aku RM 50.00 sebagai hadiah dan business
kadnya.Wau... seorang kontraktor.
Dengan
duit itu aku menghadiahkan kepada diri sendiri kain serban baru dan sebuah buku
"Mengapa aku pilih Islam" yang kemudiannya aku hadiahkan kepada Maura
dan Bianah si gadis Kristian Protestan itu.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.