Tidak menidakkan apatah lagi melupakan jasa setiap guru yang
pernah berjasa, aku kembali mengimbas perjalanan yang panjang.Aku pernah
mengutip biji-biji saga, saranan dari cikgu ilmu hisab tentunya.Buat si lembab
seperti aku.Payah membilang.Tudung-tudung botol, cengkerang
kerang-kerangan.Entah apa lagi yang semuanya menjadi mainan.Memori biji saga
memang sentiasa dekat denganku bahkan mereka yang belajar sezaman dengan ku.
Seni lukisan pula membuat kami sibuk mencantas daun
pisang.Mengambil batangnya lalu dikerat secara 45 darjah.Memetik daun bunga
raya dan bunganya sekali.Wah, cantik coraknya jika ditekap ke atas kertas
lukisan.Idea kreatif cikgu zaman 70'an.Tidak terlintas langsung meneka di benak
yang bengap ini tika itu kepandaian seorang guru seni.
Sehingga aku mengagumi "Teachers is God" mereka serba
tahu dari sudut mata ku.Dunia ku disinar terang oleh kehadiran insan bernama
guru.
Namun satu nama yang masih utuh lekat kuat, terpahat dalam memori
ini tidak lain Ustaz Hassan Basri.Cikgu yang mengajar matapelajaran agama Islam
ketika aku di darjah tiga hingga enam dalam tahun 1974 hingga 1976 dulu.Ustaz
Hassan wajahnya memang jelas di ingatan.Dialah satu-satunya cikgu menjadi sebab
aku mendalami Islam zaman di awal remajaku.Walhal ketika aku menerima ilmu itu
aku bukan muslim.Butir mutiara yang pernah cikgu itu tabur telah kukutip
menjadi perhiasan di nuraniku.Atas sebab barakahnya ilmu, aku langsung menerima
hidayah dan aku tidak berpaling lagi.
Kini 23 tahun menjadi Muslim...wajah Ustaz Hassan masih tetap di
ingatan dan aku membawa bersama title
sepertinya..
Selamat Hari Guru!!!
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.