sentimental...excessively prone to feelings of tenderness, sadness, or nostalgia. ...sebuah catatan peribadi.
Showing posts with label Al-Arqam. Show all posts
Showing posts with label Al-Arqam. Show all posts
09 July 2018
29 March 2014
Rakan pena
Aku perlu berubah dan aku perlu berhijrah.Itulah
tekad yang aku ambil pada penghujung tahun 1987. Aku kembali ke ibukota Kuala Lumpur dan dengan
bantuan rakan-rakan dan pertolongan seorang pegawai kerajaan aku disyorkan
meneruskan pengajian. Cuma tekad aku ketika itu hanya satu. Iaitu meneruskan
pengajian kefahaman Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim , Jalan
Universiti, Petaling Jaya yang dibuka khusus untuk saudara baru sepertiku. Bangunannya
terletak berhadapan Hospital Universiti. Namun hasratku itu tidak dipersetujui
dan beliau mencadangkan aku meneruskan di peringkat STPM. Katanya aku seorang
yang boleh dikatakan pandai kerana pernah menuntut di Institut Teknologi Mara
pada tahun 1983-1984 dulu.
Kisah ini telah kuceritakan pada entry
yang lalu. Lalu aku pun memilih seperti apa yang dicadangkan. Yayasan Anda
Akademik, Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur. Memasuki tingkatan enam bawah pada
tahun 1988 hingga 1989. Tempoh dua tahun itu sebahagiannya telah kuceritakan
pada "entry" yang lepas. Itulah pengalaman bergelar pelajar
kembali.
Dalam masa dua tahun itu rakan pena dari
pantai timur ,M ada mengutuskan kepadaku sekeping fotonya bersama rakan sekelas
dalam uniform sekolah agamanya. Apa yang aku tahu dia sedang menanti keputusan
STU (Sijil Tinggi Agama). Juga seperti biasa aku tidak menyimpan lama foto itu.
Lantas kukembalikan semula. Sebenarnya aku selalu berasa bersalah jika meyimpan
foto dirinya. Mungkin didikan yang kuterima semasa di al- Arqam dulu membuat
aku berfikir dua kali.
Selesai STPM 1989 aku terus menetap di kota
Kuala Lumpur mencari rezeki. Usia pun dah mencecah 24 tahun. Bermacam-macam pekerjaan
pernah aku buat. Jadi pengawal keselamatan @ jaga. Penghantar barang,
pencuci bangunan, pekerja kilang di Jalan Bangsar Syarikat Lever Brothers , pekerja
kilang di Nestle Sdn Bhd..semua itu pengalaman.
Selama setahun di ibukota, aku pun berfikir
untuk terus mencari pekerjaan tetap di jabatan kerajaan. Berbagai jawatan kerajaan
telah kupohon. Sebenarnya aku berpeluang berkhidmat bersama PDRM satu waktu
dulu. Namun di saat-saat akhir aku tidak
meneruskan niat tersebut. Dan pernah juga dipanggil temuduga jawatan Pelukis
Pelan di Pejabat Daerah Jelebu, N.Sembilan. Namun peluang itu juga aku
sia-siakan.
Lama-kelamaan aku terfikir untuk menetap di
N.Sembilan terutamanya di Seremban kerana aku mendapat tahu dari seorang rakan
di jabatan kerajaan peluang pekerjaan yang ada di Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam N.Sembilan di Seremban. Aku berminat untuk mengembangkan pengetahuan
Islam sebenarnya. Menetap di Taman Negeri berhadapan Tapian Gelanggang
Paroi,Seremban , aku menumpang di sebuah rumah kepunyaan Ustaz Razak, kenalan
lama sewaktu di al-Arqam awal 1986 dulu. Biasanya kupanggil abang. Abang Ajak
mengalu-alukan kedatanganku. Penerimaannya terhadapku tidak pernah berkurang.
Di rumahnya , aku mengambil upah mengajar
Muqaddam kepada anak anak jiran setaman. Dengan itu ada jugalah wang saku. Di
situ , sekitar hujung tahun 1990 aku juga berkesempatan berkerja di kedai
runcit kenalan Ustaz Razak di Ampangan, Seremban pada siangnya. Namun tidak
lama. Aku tidak pernah dibayar upah walau sehari sekalipun. Aku nekad berhenti.
Pertengahan tahun 1991 aku meminta izin untuk
pulang ke kampungku di Kampung Putra, Simpang Durian. Rindu benar rasanya
dengan keluargaku. Tinggal di desa aku membantu ibu dan ayahku menebas tanah
kebun getah yang semak samun. Sempat juga kuhabiskan. Itulah bakti kepada ibu
ayahku sejak aku bergelar muslim. Kata ibu durian dan rambutan yang kutanam
tahun 1984 dulu dan mula berbuah. Tapi tuannya tak pernah datang menjenguk. Terpukul
dengan kata-kata ibu.Terharu.
Suatu hari aku terima sepucuk surat. Aku pasti
surat dari M , rakan pena kerana kukenal
tulisannya. Tapi cop di setemnya dari Kuala Lumpur. Hairan. Lantas kubuka dan
baca. M menulis, dia sekarang (tahun 1991) berada di Keramat, Kuala Lumpur. Dan
ayat lainnya ingin berjumpa denganku secepat mungkin kerana ada perkara ingin
dibincangkan. Ada juga nombor telefon untuk dihubungi. Wah..inilah masanya aku
dapat mendengar suara rakan pena yang dihubungi sejak tahun 1985 dulu. Malam
itu aku tidak nyenyak tidur memikirkan bagaimana akan berjumpa dengan dirinya
sedangkan satu sen pun tiada untuk dijadikan tambang...bagaimana.?
06 February 2014
Al-Arqam 1985-1986
Hampir setahun aku berada di dalam
jemaah Al-Arqam.Bermula pada bulan Oktober 1985 sehinggalah ke hujung
Disember 1986.Pengisian ilmu yang kudapat sepanjang berada di dalam jemaah ini
menambahkan lagi keyakinan terhadap Islam.Satu yang aku pelajari semasa tinggal
bersama jemaah ini ialah keutamaan menuntut ilmu.Namun aku tidak menghadkan
pencarian ilmu agama melalui jemaah ini saja.Niat itu aku teruskan dengan
menghadiri kuliah-kuliah di surau dan masjid.Sebagai mencari sudut pandangan
dan perbezaan amalan di luar jemaah.Alhamdulillah.mujur aku tidak fanatik
dengan apa yang ku pelajari.Aku mengambil sikap terbuka dan menuntut di mana
saja jika terbuka peluang dan ruang.
Penghujung tahun 1986 itulah detik
dan ketikanya aku beransur-ansur menjauhkan diri dari Al-Arqam.Aku sudah boleh
berdikari.Pencarian ilmu agama tidak terbatas lagi.Di mana-mana sahaja ilmu
agama boleh didapati.Di masjid, surau, dewan ,kelas.Semuanya tidak terbatas
hanya di dalam jemaah al-Arqam.Malah aku sudah berjinak-jinak dengan lain-lain
usrah dakwah.Aku pernah mengikuti kaedah jemaah tabligh berdakwah.Aku punya
ramai rakan dakwah di dalam jemaah ini.Hujung minggu kami berkumpul di Masjid
India,Kuala Lumpur.Aku turut mengikut Parti Islam Se Malaysia PAS khususnya
mengenai uslub dakwah mereka...ABIM..IRC.Hanya kerana mencari pengalaman amalan
Islam yang suatu ketika dulu asing bagiku.
Ternyata ilmu-ilmu ini amat berguna
untukku.Aku lebih berfikiran terbuka mengenai Islam tanpa meninggalkan perkara
asas dalam agama ini.Aqidah mesti sejalur dengan amalan ahli sunnah
waljamaah.Itu pesan guru-guruku dulu.Dan ternyata walau apapun jemaah yang aku
turuti semuanya sepakat dalam hal aqidah.Cuma aku berhati-hati dalam hal yang
tidak selari dengan kesepakatan ulama.Sebagai manusia yang baru mendalami
Islam,aku rasa tidaklah susah memahami Islam kerana rujukan kepada ustaz-ustaz
yang alim terlalu ramai.Tinggal lagi hati yang memang sudah tertutup untuk
mempelajari Islam itu sendiri.
Penghijrahan ku ke utara,tempat di mana aku membesar sehingga
remaja pada penghujung 1986 termakbul juga.Asing...itu yang boleh aku katakan
pada awalnya.Segalanya telah sunyi tidak seperti dulu.Dan yang terlebih sunyi
adalah hati.
04 May 2013
Coretan dari seorang kenalan.
Seingat
aku, selesai majlis berkhatan awal tahun 1986 dan beberapa bulan
selepas itu ada ura-ura untuk menghantar aku ke sekolah tajaan Al-Arqam di
Melaka.Berita itu telah sampai juga ke telingaku kerana niat jemaah Al-Arqam
itu telah lama dibincangkan memandangkan aku saudara baru dan sebagai saudara
baru keperluan memantapkan pengetahuan Islam menjadi wajib.Malahan jemaah
Al-Arqam Kuala Pilah berasa itu satu tanggungjawab mereka untuk
menerapkan pengetahuan agama Islam kepadaku.
Pertengahan
tahun itu juga aku dihantar memasuki sekolah tajaan Al-Arqam di Alai, Melaka.Kutinggalkan
kenangan jemaah Al-Arqam Kuala Pilah bersama motor Yamaha Y88ku.Kepada mereka
kuamanahkan menjaga satu-satunya hartaku itu.Aku ke Alai, Melaka memasuki
Sekolah Rendah Al-Arqam yang ala-ala pondok itu.Pelajar di sana tidaklah ramai
seperti di Sungai Penchala, di Selangor namun suasana pembelajaran membuat aku
selesa dan bertekad untuk menuntut ilmu agama sebaik mungkin.
Sebelum
kepergianku ke sana aku sempat berbalas surat dengan M rakan pena dari Pantai
Timur.Dan kami bersetuju untuk bertukar-tukar foto selepas itu.Tidak lama
kemudian M mengirimkan sekeping fotonya yang agak kabur.Bertudung hitam.Tetapi
belum sempat aku membalas surat beserta fotonya itu aku terima sepucuk lagi
surat darinya.
Apabila
surat yang baru diterima kubuka, aku agak celaru kerana foto yang baru ini
lebih jelas wajah seorang gadis bertudung pink dan berkulit cerah.Berbanding
foto sebelumnya yang agak kabur.M menjelaskan kepadaku itulah sebenar
dirinya.Sambil membariskan ayat-ayat kemaafan kerana agak gementar mengirimkan
foto dirinya kepada seseorang apatah lagi kepada lelaki.
Foto
itu tidak kusimpan lama.Aku memulangkan kembali kepada M.Niatku hanya ingin
mengenali wajahnya sahaja.Aku tidak kisah dan marah kerana faham gementar
hatinya.Seminggu kemudian M membalas dan mempersoalkan mengapa aku kembalikan
fotonya itu.Dengan panjang lebar aku terangkan bahawa aku tidak biasa menyimpan
foto perempuan dan sementelah lagi aku akan belajar ke sekolah pondok
jadi tidak pantas bagi aku menyimpan foto itu.M faham.
M
lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1985 dan berjaya
memasuki Tingkatan 6 bawah yang bakal menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia dua
tahun akan datang.Aku ucapkan tahniah dan dia mengaku tidak berapa puas
hati dengan keputusan SPMnya.M menceritakan bahawa dahulu dia adalah seorang
pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran tetapi tiba-tiba sahaja mendapat
sakit misteri sehinggakan terpaksa tinggal di rumah berbulan-bulan lamanya untuk
berubat.
Setelah
aku meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Islam Al-Arqam Alai, Melaka semua
surat menyurat pun turut terhenti.Kami tidak lagi berutus surat.Tentunya aku
ketika itu berasa sedikit rindu kerana perkenalan itu telah menjadi selesa dan
mesra.Namun keutamaanku ketika itu adalah ilmu.
12 April 2013
kenangan lalu: Rakan Pena.
Kehidupan di dalam jemaah Al-Arqam kuteruskan seperti
biasa.Bangun untuk bersolat subuh pada waktu awal paginya dan lazimnya
berjemaah sehinggalah ke waktu Isyak pada malamnya .Siang hari adakalanya
aku mengisi jadualku dengan membantu ahli jemaah menguruskan
perniagaan barang-barang runcit atau mengaji kitab feqah yang ringan bersama
ustaz-ustaz yang ada di markas Al-Aqram Kuala Pilah ketika itu.Boleh dikatakan
banyak masaku ketika itu mengaji kitab.Kebanyakan kitabnya pula kitab-kitab
lama karangan Syeikh Daud Fathani dan sebahagian yang tidak dapat kuingati lagi.
Dari situ minat mendalami
agama semakin membuak-buak.Aku pasti akan mengaji pondok satu hari nanti.Itu
tekadku ketika itu.Hujung tahun 1985, lewat tengah hari seusai solat Zohor ,
ketika ramai rakan jemaah telah berpergian dan ada antaranya beristirahat,aku
mengambil majalah tabloid mingguan (yang tidak kuingat lagi nama
akhbarnya).Satu-persatu helaiannya kubelek.Sehingga ke muka surat terakhir
ruangan sahabat pena (macam Facebook jugakla).Ruangan itu kutatapi penuh minat
dan satu persatu nama dan alamat kuteliti untuk mencari sesuai dengan
pencarianku.
Aku teruja dengan satu
alamat di Bachok Kelantan,Madrasah Yaakubiah namanya.Empunya nama alamat itu M
Mat Jusoh (sebenarnya aku tak berapa ingat nama bapanya..hanya agakkan
saja).Wah ini pencarian yang amat berguna buatku untuk mencari maklumat
mengenai madrasah tersebut. Lama juga aku berfikir untuk menulis surat kepada
rakan pena itu bertanyakan berkenaan madrasah tersebut. Akhirnya dalam minggu
itu juga aku menulis sepucuk surat menghulur salam perkenalan dan
selebihnya ingin rakan pena baruku menceritakan perihal madrasah tersebut.
Alhamdulillah..kurang
sebulan M menjawab suratku.Kesudian dia menjawab dan menjadi rakan penaku
seterusnya sudi berkongsi maklumat tentang madrasah itu membuat aku semakin
yakin dengan pencarian pondok pengajian agama di Kelantan ketika itu.Nada
tulisannya ikhlas menceritakan suasana pembelajaran dan tarbiyah yang
dijalani.Dia menggunakan alamat madrasah kerana mereka tinggal di asrama
sekitar madrasah.Dia sendiri adalah pelajar tingkatan lima yang akan menduduki
Sijil Pelajaran Malaysia tahun itu.Madrasah Yaakubiah di Nipah, Bachok itu
bertukar nama kepada SMU (Arab) Bachok dan kini Maahad Yaakubiah,
Bachok.Kelantan.
Agak
lama juga selepas surat kali pertama kulayangkan, kami tidak
berhubung.Kemungkinan jadual peperiksaan SPM sudah semakin hampir membuatkan
kesibukkan M dan aku berutusan , sementara aku pula masih tercari-cari maklumat
persekolahan pondok.Aku faham semua itu tidak memungkinkan aku bertanya lebih
lanjut. Sehingga ke hujung tahun 1985 tiada lagi surat daripada rakan pena
begitu juga aku.
08 January 2009
Pilihanku.
Dia seorang gadis biasa. Berkulit
kuning langsat. Seorang saudara baru juga sepertiku. Beza dia mendapat pendidikan
formal 4 sanawi. Bertudung labuh, itu yang menjadi tarikan
kepadaku. Entahlah... dari dulu memang aku sangat menyukai dan menghormati kaum
hawa yang bertudung labuh tidak mengira sama ada yang tua atau muda.
Aku
sangat menyukai wanita sebegitu. Aku juga mudah menyukai gadis bermata sepet
seperti anak cina dan berambut ala china
doll. Sebelum aku menganut agama Islam aku juga menyukai wanita yang
bertudung. Selayaknya wanita muslim berpakaian menutup aurat begitu kerana Islam
itu sendiri menggalakkan kaum muslimahnya berbuat begitu. Tidak kiralah
bagaimana takrifnya atau garis panduannya. Namun bagiku yang menutup aurat
dengan memakai tudung labuh sangat mengujakan.
Sebelum
aku mengenali Islam dan mendalaminya aku sudah tertarik dengan keindahan Islam
yang dibawa. Islam itu sendiri bermaksud selamat, aman, peace, tunduk
patuh. Islam menjaga kaum perempuan supaya martabat mereka tidak dipandang
rendah. Aku fikir Islamlah yang meletakkan kaum wanitanya setingkat ke atas
berbeza dengan wanita yang lain. Walaupun aku tidak mengetahui tingkah dan
perangai mereka yang bertudung labuh namun menjaga aurat sudah dikira
berpahala.
Aku
sangat tertarik kepada kaum hawa yang mengenakan tudung labuh berwarna hitam. Di
situ terserlah kelembutan ciptaan Tuhan. Bagiku, manis dan mententeramkan. Aku
masih ingat wajah-wajah rakan waktu belajar dulu. Mereka mengenakan tudung
sebegitu sehingga aku jadi malu bertentang.
Rakan
perempuan, ada yang berkata aku tidak memandang perempuan. He..he..he.. tidaklah
sampai macam tu. Sebenarnya (waktu zaman remaja) aku sangat malu pada
perempuan. Hanya mereka yang berani mendekatiku saja yang bisa aku pamerkan kemesraan. Aku
pula mudah mempercayai seseorang apabila mereka ramah padaku. Tidak hairanlah
jika aku mudah jatuh hati berkali-kali.
23 September 2008
Pencarian yang tak pernah terhenti
Aku begitu dahagakan ilmu-ilmu agama.Pada Pakcik Me aku luahkan cetusan yang membara sejak sekian lama aku mendalami Islam.Sekali kudakap Islam ini,aku akan pastikan diriku faham segala-galanya.Setidak-tidaknya untuk diri sendiri.Aku bersyukur sejak mula mendapat hidayah aku dicampakkan di kalangan mereka yang membantu aku mengenal Islam dari pelbagai sudut.Betapa kerdilnya diri bila menghadiri majlis-majlis ilmu.
Aku tidak mendapatkannya secara formal.Bagiku masjid sudah memadai tempat menimba ilmu.Selebihnya rahmat dari Allah.Syukurku padaMu Tuhan.Sesungguhnya aku juga insan yang maha lemah.Tidak terdaya memahami setiap ujian yang datang.Mengharap dan berdoa.Tawakal selebihnya.Jika dibandingkan diri ini dulunya....masyaAllah.
Pakcik Me mengalu-alukan niatku.Di rumah, Pakcik Me punyai anak-anak murid sekampung yang bertandang untuk mengaji Muqaddam dan Al-Qur'an.Dalam usianya mencecah 60 tahun orang tua itu masih gigih mengajar dan berkongsi ilmu al-Qur'an.Aku tidak terkecuali.
Tapi belum habis sehari berlalu Pakcik Me menyerahkan tanggungjawab kepadaku untuk mengajar anak muridnya.Aku terkedu.Katanya aku sudah layak mengajar.Aku akur tapi setakat mengajar Muqaddam dan hukum tajwid.
Pada masa itulah aku rindukan kelas pengajian agama di masjid.Pakcik Me beritahu jika aku mahu Masjid Jamek Gua Musang selalu adakan kuliah agama.Seingat aku kecuali hari Rabu tiada kelas dijalankan.Suasana akan lebih rancak dengan kuliah dari pukul 10.00 pagi hingga ke malam selepas Isya' pada hari Jumaat.Jauh.Lapan kilometer dari kampung.Tapi situlah satu-satunya "taman-taman syurga" yang ada di kedaerahan ini ketika itu.
Aku tidak mendapatkannya secara formal.Bagiku masjid sudah memadai tempat menimba ilmu.Selebihnya rahmat dari Allah.Syukurku padaMu Tuhan.Sesungguhnya aku juga insan yang maha lemah.Tidak terdaya memahami setiap ujian yang datang.Mengharap dan berdoa.Tawakal selebihnya.Jika dibandingkan diri ini dulunya....masyaAllah.
Pakcik Me mengalu-alukan niatku.Di rumah, Pakcik Me punyai anak-anak murid sekampung yang bertandang untuk mengaji Muqaddam dan Al-Qur'an.Dalam usianya mencecah 60 tahun orang tua itu masih gigih mengajar dan berkongsi ilmu al-Qur'an.Aku tidak terkecuali.
Tapi belum habis sehari berlalu Pakcik Me menyerahkan tanggungjawab kepadaku untuk mengajar anak muridnya.Aku terkedu.Katanya aku sudah layak mengajar.Aku akur tapi setakat mengajar Muqaddam dan hukum tajwid.
Pada masa itulah aku rindukan kelas pengajian agama di masjid.Pakcik Me beritahu jika aku mahu Masjid Jamek Gua Musang selalu adakan kuliah agama.Seingat aku kecuali hari Rabu tiada kelas dijalankan.Suasana akan lebih rancak dengan kuliah dari pukul 10.00 pagi hingga ke malam selepas Isya' pada hari Jumaat.Jauh.Lapan kilometer dari kampung.Tapi situlah satu-satunya "taman-taman syurga" yang ada di kedaerahan ini ketika itu.
01 September 2008
Perantau 1986
Penghujung 1986
aku masih di sini mengutip sisa-sisa kenangan yang masih belum jelas di
fikiran.Aku cuba menjejaki rakan-rakan sepermainan dan sepersekolahan. Hampa. Kebanyakan
mereka mungkin telah berpisah arah, mencuba nasib mencari rezeki di tempat
lain. Kroh pada ketika itu tidak banyak menjanjikan apa-apa. Kebanyakan mereka
bukan berasal dari sini. Seperti aku juga yang berada di sini atas urusan kerja
ayahku. Kecualilah mereka yang tinggal di kampong berdekatan.
Tapi mereka juga tiada, mungkin mencuba nasib sepertiku. Aku telah menjadi perantau bermula aku menjadi muslim. Bezanya aku perantau mencari diriku dalam agama suci ini. Di mana tempatku nanti. Ilmu belum begitu mantap. Masjid Iskandari tempatku beriktikaf juga kurang menganjurkan kuliah agama ketika itu. Sedang diri kehausan ilmu-ilmu itu. Memang tarbiyah di Darul Arqam dulu telah menjadikan aku seorang yang merindui ilmu-ilmu agama.
Dulu ilmu keduniaan (seni) menjadi hafalan dan fahamanku. Kini fikiranku lebih terarah mencari sesuatu yang dinamakan Islam. Aku telah faham cabang-cabang ilmu dalam Islam. Sejak itulah aku berniat untuk mendalaminya di pondok-pondok agama (kalau boleh).
Mungkin Kroh adalah stesen terakhir. Saudara jauh yang kuziarahi telah menceritakan bahawa ayahnya akan pencen hujung 1986 dan mereka akan pulang ke kampung di Gua Musang , Kelantan. Aku sudah biasa mendengar Negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai ratusan pondok-pondok mengaji agama tersohor di Malaysia. Kesempatan itu aku khabarkan kepada mereka bahawa aku akan mengikuti mereka untuk mencari pondok agama yang berdekatan nanti.
21 August 2008
Kunjungan pertama ke Kroh...November 1986
Penghujung 1986, aku
sudah meninggalkan Al-Arqam. Aku jual motorku yang satu waktu dulu hadiah dari
ayah. Aku ingin mendalami agama di sekolah pondok sebagai mengakhiri perjalanan
mencari ilmu. Dengan wang yang ada hasil menjual motor aku akan merantau jauh
dari sini.
Pada ketika itu aku memikirkan, mungkinkah Ana
sebagai gadis yang pertama dan terakhir bagiku.Sebelum aku menunaikan niatku
untuk teruskan pengajian aku perlu berjumpa dengannya atau keluarganya.Aku
perlu mendapat pandangannya.
Berbekalkan RM1500.00 aku ke utara. Pertamanya
aku akan berjumpa dengan saudara jauh yang masih menetap di Kroh dan
rakan-rakan sepermainan. Keduanya aku ingin bertemu dengan Ana. Aku sudah
berjanji bahawa aku ingin bertemu dengannya. Dan Ana mengalu-alukan
kedatanganku ke sana.
Pada ketika itu tidak tergambar riangnya hati, daerah
yang lama telah kutinggalkan akan aku jejaki kembali buat pertama kalinya sejak
ditinggalkan penghujung 1983 lalu. Aku bertolak dari Seremban ke Kuala Lumpur. Setelah
membeli tiket aku ke Masjid Jamek Kuala Lumpur menanti malam menjelang. Di sana
aku beriktikaf kerana bas yang akan membawaku ke utara akan bertolak pada jam
lebih kurang 9.00 malam.
Aku tiba awal pagi di Kroh dan terus ke Masjid
Iskandari. Aku beriktikaf di sana dan sebagai tempat berlindung sehari dua. Sebenarnya
aku tidak mahu menyusahkan saudaraku dengan memberitahu bahawa aku mahu bermalam
di rumah mereka. Aku sudah terbiasa tidur di masjid. Lagipun masjid ini punya
kenangan manis pada diriku.
Di sanalah menghimbaunya kenangan sewaktu aku
darjah 3 bermain di perkarangan masjid ini menyepak buah pinang yang gugur di
laman masjid bersama-sama rakan sekelas. Aku tidak ingat berapa batang pokok
pinang.Tapi buahnya banyak gugur di situ.Aku juga masih ingat ada tabuh besar
dari batang kayu di simpan di masjid itu. Ada tiga orang lelaki Pakistan yang
berdagang di Kroh tinggal di rumah berdekatan masjid. Aku selalu menemankan
ibuku membayar hutang kain dari "Bai".Bila pulang ke rumah kami akan
lalu pekan Kroh dan ibu akan membelikanku laksa yang disimpan dalam plastik
lutsinar.Aku masih ingat, makan laksa macam menghirup ais menggunakan straw.Dan
sejak itu aku jadi ketagih laksa...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aku Kalah
Aku masih ingat, satu lewat petang di kelas tambahan Syariah. F menghampiriku dengan senyuman—senyuman yang, aku akui, memang cantik. Dia ...
-
Kenangan yang Ternoktah, Disember 1983 Hampir lima belas tahun tahun aku hidup di bumi Kroh, Perak. Sejak Mac 1968 hinggalah Disember 1983...
-
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan. M...
-
ASTRO meneruskan lagi inisiatif dan komitmennya dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Mal...

