Kehidupan di dalam jemaah Al-Arqam kuteruskan seperti
biasa.Bangun untuk bersolat subuh pada waktu awal paginya dan lazimnya
berjemaah sehinggalah ke waktu Isyak pada malamnya .Siang hari adakalanya
aku mengisi jadualku dengan membantu ahli jemaah menguruskan
perniagaan barang-barang runcit atau mengaji kitab feqah yang ringan bersama
ustaz-ustaz yang ada di markas Al-Aqram Kuala Pilah ketika itu.Boleh dikatakan
banyak masaku ketika itu mengaji kitab.Kebanyakan kitabnya pula kitab-kitab
lama karangan Syeikh Daud Fathani dan sebahagian yang tidak dapat kuingati lagi.
Dari situ minat mendalami
agama semakin membuak-buak.Aku pasti akan mengaji pondok satu hari nanti.Itu
tekadku ketika itu.Hujung tahun 1985, lewat tengah hari seusai solat Zohor ,
ketika ramai rakan jemaah telah berpergian dan ada antaranya beristirahat,aku
mengambil majalah tabloid mingguan (yang tidak kuingat lagi nama
akhbarnya).Satu-persatu helaiannya kubelek.Sehingga ke muka surat terakhir
ruangan sahabat pena (macam Facebook jugakla).Ruangan itu kutatapi penuh minat
dan satu persatu nama dan alamat kuteliti untuk mencari sesuai dengan
pencarianku.
Aku teruja dengan satu
alamat di Bachok Kelantan,Madrasah Yaakubiah namanya.Empunya nama alamat itu M
Mat Jusoh (sebenarnya aku tak berapa ingat nama bapanya..hanya agakkan
saja).Wah ini pencarian yang amat berguna buatku untuk mencari maklumat
mengenai madrasah tersebut. Lama juga aku berfikir untuk menulis surat kepada
rakan pena itu bertanyakan berkenaan madrasah tersebut. Akhirnya dalam minggu
itu juga aku menulis sepucuk surat menghulur salam perkenalan dan
selebihnya ingin rakan pena baruku menceritakan perihal madrasah tersebut.
Alhamdulillah..kurang
sebulan M menjawab suratku.Kesudian dia menjawab dan menjadi rakan penaku
seterusnya sudi berkongsi maklumat tentang madrasah itu membuat aku semakin
yakin dengan pencarian pondok pengajian agama di Kelantan ketika itu.Nada
tulisannya ikhlas menceritakan suasana pembelajaran dan tarbiyah yang
dijalani.Dia menggunakan alamat madrasah kerana mereka tinggal di asrama
sekitar madrasah.Dia sendiri adalah pelajar tingkatan lima yang akan menduduki
Sijil Pelajaran Malaysia tahun itu.Madrasah Yaakubiah di Nipah, Bachok itu
bertukar nama kepada SMU (Arab) Bachok dan kini Maahad Yaakubiah,
Bachok.Kelantan.
Agak
lama juga selepas surat kali pertama kulayangkan, kami tidak
berhubung.Kemungkinan jadual peperiksaan SPM sudah semakin hampir membuatkan
kesibukkan M dan aku berutusan , sementara aku pula masih tercari-cari maklumat
persekolahan pondok.Aku faham semua itu tidak memungkinkan aku bertanya lebih
lanjut. Sehingga ke hujung tahun 1985 tiada lagi surat daripada rakan pena
begitu juga aku.
Assalammualaikum ,
ReplyDeleteMasyaAllah....Tak sangka saya Bila Google YAA terjumpa blog ni.
Saya Nor Azlina Abdul Aziz...maybe anda Dah lupa saya kot. Kalau nak tau emel lah saya Azlina96@yahoo.com
eh..mana tak kenal pulak..Azlina ni duduk di belakang dulu kan.Tinggi lampai orangnya kan..??
ReplyDelete