Penghujung 1986, aku
sudah meninggalkan Al-Arqam. Aku jual motorku yang satu waktu dulu hadiah dari
ayah. Aku ingin mendalami agama di sekolah pondok sebagai mengakhiri perjalanan
mencari ilmu. Dengan wang yang ada hasil menjual motor aku akan merantau jauh
dari sini.
Pada ketika itu aku memikirkan, mungkinkah Ana
sebagai gadis yang pertama dan terakhir bagiku.Sebelum aku menunaikan niatku
untuk teruskan pengajian aku perlu berjumpa dengannya atau keluarganya.Aku
perlu mendapat pandangannya.
Berbekalkan RM1500.00 aku ke utara. Pertamanya
aku akan berjumpa dengan saudara jauh yang masih menetap di Kroh dan
rakan-rakan sepermainan. Keduanya aku ingin bertemu dengan Ana. Aku sudah
berjanji bahawa aku ingin bertemu dengannya. Dan Ana mengalu-alukan
kedatanganku ke sana.
Pada ketika itu tidak tergambar riangnya hati, daerah
yang lama telah kutinggalkan akan aku jejaki kembali buat pertama kalinya sejak
ditinggalkan penghujung 1983 lalu. Aku bertolak dari Seremban ke Kuala Lumpur. Setelah
membeli tiket aku ke Masjid Jamek Kuala Lumpur menanti malam menjelang. Di sana
aku beriktikaf kerana bas yang akan membawaku ke utara akan bertolak pada jam
lebih kurang 9.00 malam.
Aku tiba awal pagi di Kroh dan terus ke Masjid
Iskandari. Aku beriktikaf di sana dan sebagai tempat berlindung sehari dua. Sebenarnya
aku tidak mahu menyusahkan saudaraku dengan memberitahu bahawa aku mahu bermalam
di rumah mereka. Aku sudah terbiasa tidur di masjid. Lagipun masjid ini punya
kenangan manis pada diriku.
Di sanalah menghimbaunya kenangan sewaktu aku
darjah 3 bermain di perkarangan masjid ini menyepak buah pinang yang gugur di
laman masjid bersama-sama rakan sekelas. Aku tidak ingat berapa batang pokok
pinang.Tapi buahnya banyak gugur di situ.Aku juga masih ingat ada tabuh besar
dari batang kayu di simpan di masjid itu. Ada tiga orang lelaki Pakistan yang
berdagang di Kroh tinggal di rumah berdekatan masjid. Aku selalu menemankan
ibuku membayar hutang kain dari "Bai".Bila pulang ke rumah kami akan
lalu pekan Kroh dan ibu akan membelikanku laksa yang disimpan dalam plastik
lutsinar.Aku masih ingat, makan laksa macam menghirup ais menggunakan straw.Dan
sejak itu aku jadi ketagih laksa...
salam.. tak nak join gath ke..
ReplyDeletesalam ijad...mungkin lain masa kita ketemu....
ReplyDeletesalam ustaz
ReplyDeleteterbaca tentang kedai 'Bai' jual kain. skrg kedai Bai di sebelah Maybank. kain yang dijual juga sentiasa laris. Bai tidak menjaga kedainya seorg diri sekarang. dia dibantu anak lelakinya. nak dekat raya ni ramailah yang serbu kedai Bai. sy selalu beli tudung kat situ : )
sunggguh ka?..mmm mungkin kunjungan kedua nnt nak singgah jugak.waktu sy ke sana disember 2006 dulu tak perasan pulak
ReplyDelete