Sebuah kisah
yang masih kuingat sehingga sekarang.Walaupun jalan ceritanya itu tidak lagi
sehebat yang dituturkan oleh seorang ustaz yang pernah aku berguru
dengannya.Lamanya kisah ini tersimpan dalam ingatanku sehinggakan ustaz itupun
telah hilang nama dan rupanya.Hanya tahun saja yang masih gah kuat di ingatan.
Setelah aku
memeluk Islam , aku suka mendengar kuliah-kuliah agama.Kata ustaz-ustaz , "iman
mesti dicari...dipupuk supaya ia tetap subur dan berkembang".Majlis-majlis
agama sebegini umpama taman-taman syurga di dunia.Sayap-sayap malaikat akan
menaungi mahkluk-makhluk tuhan yang menghadirkan diri semata-mata mendengar
nasihat-nasihat agama.Di masjid Nabawi , Madinah al-Munawwarah, terdapat
tiang-tiang masjid didirikan dari marmar berwarna putih.Terletak antara di
hujung mimbar sebelah kanan dan makam Rasulullah SAW sebelah kiri.
Diceritakan, andai
ada kesempatan berdoa di dalam lingkungan tiang-tiang tersebut yang disebut "Raudhatul
Firdaus" bahawa doanya akan dimakbulkan.Ya, situlah antara taman-taman
syurga di dunia.Mengapa disebut taman syurga dan kenapa doa akan termakbul.Pada
zaman Rasulullah masih bernyawa, baginda telah mendirikan masjid berdekatan
dengan rumah Siti Fatimah r.a .Setiap kali selesai solat atau berkhutbah
baginda akan memberi tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat dan tempatnya terletak
antara mimbar dan rumah Siti Fatimah r.a.Begitulah setiap waktu berlalu.
Sehinggalah
ke akhir hayat baginda, tempat baginda mengajar sahabat-sahabat telah dijadikan
tempat pertemuan wajib mereka.Di situ masjlis berlangsung, samada mengajar atau
berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan agama Islam dan
masyarakat.Sehingga para malaikat turut hadir mendengar dan memayungi kesemua
ahli yang hadir itu.Mungkin kerana kesetiaan para malaikat itu tempat itu
lebih-lebih barakahnya berbanding lain.
Maka disebut
orang "Raudhatul Firdaus" atau taman-taman
syurga.Begitulah juga sebarang majlis agama di mukabumi ini.Sekelian makhluk
akan berkumpul mendengar majlis-majlis tersebut.Termasuklah malaikat.Mereka
akan memayungi ahli-ahli majlis sambil memohon ampun kepada Allah.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.