Aku tidak mengingati
berapa lama aku berada di kedaerahan ini.Namun aku pasti waktunya terlalu
lama.Kerana rinduku belum reda hilangnya.Setiap inci buminya aku lewati.Dan
setiap langkahan aku berhenti merenung panjang pada sebuah kenangan yang lama
tersimpan.Kadang-kadang semacam seorang lelaki kurang siuman bila aku berdiri
memandang sepi kepada sesuatu tempat yang kuat masih kuingat.
Satu hari aku terima surat terselit di peti surat Masjid
Iskandari.Aku dapati namaku tertulis halus dan senyum tiba-tiba terserlah diair
mukaku.Ana membalas surat pertama sewaktu aku tiba di sini.Dia tidak menyangka
aku datang ke Kroh.Sebenarnya tujuanku ke sini bukan semata-mata mahu bertemu
Ana,tapi menziarahi saudaraku dan rakan-rakan yang lama kutinggalkan dulu.
Aku tidak nafikan Ana adalah juga sebahagian dari kembaraan ku
sini.Melalui rakannya yang tinggal di Kem Senoi Praaq ketika itu aku berpesan
untuk bertemu dengan Ana di Tasik Takung waktu petang.Rakan yang ku panggil
Bujang adalah bekas rakan sekelas dengan Ana dan amat mengenali Ana rupanya
sebelum itu.
Pada satu petang aku telah bersedia menunggu dengan rasa sedikit
keliru.Sanggupkah aku atau aku terlalu mengikut rasa.Aku keliru..Akhirnya aku
berdoa supaya Ana tidak jadi datang pada hari itu.Dari arah Rumah Rehat Kroh
,Bujang tiba dengan senyuman.Sebelum itu aku telah meminta Bujang menemani aku
untuk bertemu dengan Ana.Aku lihat Ana tidak ada..Bila Bujang tiba di tempat
aku duduk (dekat Restoran terapung sekarang) dia maklumkan aku bahawa Ana tidak
dapat datang petang itu.Ada hal katanya.Aku tertanya dalam sepi walhal dalam
masa yang sama menyembunyikan rasa lega.
Beberapa hari selepas itu aku terima sepucuk lagi surat dari
Ana.Dia mengucapkan terima kasih kerana datang sebegitu jauh untuk melihat
dirinya.Dia simpati.Akhirnya dia berterus terang bahawa sebenarnya dia telah
dimiliki orang.Tunangan orang.Katanya aku sedikit terlewat.Dia telah bertunang
dengan seorang anggota tentera di kem berdekatan.Terkilan...???.Andaikata Ana
berterus terang dulu aku tidak kisah melupakannya.Kadang-kadang aku terfikir
adakah itu alasan mudah atau sememangnya Ana tunangan orang.
Itulah surat terakhir dari Ana.Aku tidak menghubunginya lagi
selepas itu.Bujang pun tidak tahu cerita sebenar Ana.Dan aku terus tinggal di
Kroh menjejak seorang demi seorang rakanku.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.