Tinggal
di desa memang menyeronokan.Tidak bising.Manusia tidak tergesa-gesa mengejar
hari.Suasana sungguh perlahan.Anak-anak telah tadi pagi ke sekolah.Dewasanya ke
kebun menoreh getah.Masing-masing telah ada diari harian yang berulang.Aku
duduk terperuk di rumah.Menghabiskan masa lapang bermain gitar, mendengar
muzik.Sesekali menolong ayah dan ibu.Mencari kayu api.Aku masih ingat ketika
adik-adikku telah ke sekolah akulah yang menyediakan makan minum mereka.Keadaan
amat susah ketika itu.Ayah belum menerima pencen bulanannya hampir
setahun.Pencen sementara hanya RM175.00 sebulan.Itulah wang yang ada untuk
menampung kami sekeluarga.
Aku
menjadi tukang masak, mengemas rumah dan membasuh kain baju
keluargaku.Pengalaman yang tidak biasa aku lakukan.Beginilah kehidupan 6 bulan
pertama tahun 1984 ketika aku masih belajar di ITM sedangkan keluargaku di
kampong makan kais pagi petang.Pernah dalam seminggu aku hanya menggoreng pucuk
paku yang dipetik dibelakang rumah sebagai lauk harian.
Lama-kelamaan
kebosanan meneruskan hidup begini.Tanpa kerja.Aku sedar beginilah nasib jika
ilmu di dada tidak seberapa.Aku melihat jiwa-jiwa kosong hanya menyerahkan
hidup kepada takdir.Aku kini hidup dalam lingkungan masyarakatku yang tidak ada
pegangan.Aku lihat masyarakat di sini hanya hidup untuk mencari sesuap nasi.Apa
akan jadi kepada kehidupan akan datang.Hanya takdir menentukan.
Tidak
lama kemudian ada tawaran konstabel Polis Hutan diiklankan.Aku rasa inilah
peluang untuk aku mengubah hidup.Aku apply.Dan seterusnya berjaya
mendapat tawaran.Tapi hari di mana sepatutnya aku melapurkan diri untuk latihan
selama 6 bulan di Ulu Kinta, Perak tidak diteruskan.Segala-galanya bermula
apabila seorang kawan ayahku menyindir.Katanya ayahku dan bertahun menjadi
polis hutan kenapa aku pula nak menuruti jejak yang sama.Aku terfikir benar
juga katanya itu.
Begitulah
kehidupanku selanjutnya.Kerja-kerja kampung semakin lama semakin serasi
denganku.Pasang pancang anak sawit, mengangkut getah buku, memikul tebu
segalanya telah kulakukan demi mencari rezeki.Ada juga kekesalan diceritakan
ibu kepadaku.Ibu memang prihatin nasibku.Satu waktu aku pernah menjadi pelajar
di pusat pengajian tinggi.Bakal mengubah nasib keluarga.Menjadi contoh
adik-adik dan rakan-rakan.Kini aku telah menjadi sebahagian mereka.
Jiwaku
semakin lama semakin kosong dan jauh dari cahaya hidayah.Aku jadi musuh kepada
diriku sendiri.Merajuk kepada hati sendiri.Monolog diri hanya menyuarakan
kekesalan.Jiwa tertekan.Gitarku tidak lagi dapat menghiburkan perasaan yang
berkecamuk.Pandangan zahir menjadi sempit.Hidupku hanya melihat kesusahan dan
kemiskinan.Aku memikul beban diri yang amat berat ketika itu.Aku tidak mampu
membuang naluri kecil yang membenarkan yang benar.Walau dalam kehidupan yang
amat jahil.
Sekitar
pertengahan 1984 sehingga pertengahan 1985 kehidupanku terlalu kosong.Bila aku
ke pekan berdekatan hatiku jadi bertambah gundah bila bertemu gadis
bertudung.Wajah mereka tenang.Sedang aku jauh dari cahaya itu.Ketika itu juga
aku terkenangkan seseorang yang pernah membisikkan semangat.Ya..aku akan
tunaikan impianku itu.
Aku
tidak lagi dapat menahan.Aku perlu bertindak.Aku menaip surat menceritakan
masalah peribadiku dan keinginan ku untuk mencari keluarga angkat Melayu supaya
aku dapat memeluk Islam dengan sebaiknya.Surat itu aku hantar sendiri kepada
seorang peniaga Melayu di pekan Kuala Klawang, Jelebu , Negeri Sembilan.Aku
meninggalkan alamat di situ.Dengan harapan keluarga tersebut dapat
menghubungiku semula dan menunaikan hajat ku.Tapi hampa.Tiada jawapan.
Aku
membeli majalah tabloid Mingguan Islam (ketika itu) dalam tahun 1985 dan dalam
ruangan soal jawab agama aku dapatkan alamat Ustaz Ismail Kamus.Aku tuliskan
niatku untuk memeluk Islam.Tapi jawapan kuterima juga hampa.Ustaz menyuruh aku
bersabar.Ikhtiarku menemui jalan buntu.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.