Satu waktu aku pernah
mencabar diriku sendiri.
Sekitar
tahun 1984 aku ke kampung sebelah ibu terletak di Lanchang, Pahang.Aku ke sana
berseorangan.Saja-saja jalan.Tinggal di kampung datuk (aki) sebelah ibu lebih
tenang dari kampung ayahku di Jelebu.Suasana sungguh sunyi tatkala malam
hari.Di sini suasana kampung masih tidak berubah sejak aku kecil lagi.Tiada
bekalan air dan api.Masih menggunakan air perigi.Seperkara yang aku ingat mandi sungai.Itulah pengalaman
masa kanak-kanak yang masih kuat di ingatan ini.Sememangnya, mana-mana kanak-kanak
pun akan teruja bila sebut "mandi sungai".
Bila
musim buah-buahan pula, bermacam-macam jenis buah yang pelik tidak pernah aku jumpa
akan terhidang.Kampung ibu terletak agak pedalaman sikit jadi buah-buahan dari
hutan berdekatan sering dibawa keluar oleh penduduk kampung.Seingat aku ada
sejenis buah yang rasanya lebih lemak dari kacang tanah pernah aku rasa di
sini.Pokoknya pulak terlalu tinggi.Bila masak buahnya akan jatuh dan oleh
kerana kulitnya terlalu keras terpaksa menggunakan parang untuk mengopeknya.Tapi
bila dimakan memang lebih ranggup daripada kacang.
Rumah
aki masih lagi dibuat daripada lantai papan dan berdinding kulit kepong
sebahagiannya.Sewaktu aku berusia 6 hingga 11 tahun aku masih ingat atapnya
dari daun bertam yang dianyam.Sungguh sejuk bila malam.
Setelah
seminggu aku di kampung aki, akupun mengambil keputusan drastik untuk pulang ke
Jelebu.Pakcikku tidak bersetuju kerana hari sudah beransur petang.Biasanya bas terakhir
saja yang ada dari kampung untuk keluar ke pekan Lanchang.Dari pekan
Lanchang ke Karak pun bas yang terakhir juga.Bimbang, aku tidak bersempatan menaiki bas
dari Karak ke Manchis dan seterusnya dari Manchis ke Kuala Pilah yang akan melalui kampung ayah.
Aku berdegil.Aku bersiap dan menunggu bas di pinggir kampung.Ketika itu jam sudah menunjukkan lima petang.Sementara menunggu bas aku bermonolog.Aku akan menjadikan diriku sebagai
mangsa kali ini.Aku cuba melihat bagaimana Allah menolong aku atau aku akan menjadi
mangsa kedegilanku sendiri.Pelik bukan.Aku mencabar supaya Allah membantuku sekiranya ia benar-benar wujud.
Apabila bas
tiba.Aku naik dan turun di Lanchang.Dari Lanchang aku ke Karak.Tiba di Karak, aku menunggu bas dari pekan Karak ke pekan Manchis yang lama juga aku menanti.Sedang hari sudah menuju senja.Aku berdegil
lagi.Aku akan menunggu bas yang terakhir itu.Pakcik yang kutanya di sekitar
bandar Karak mengiyakan ada bas yang terakhir.Lapang sikit hati masa itu.
Bas yang ditunggu pun tiba, tapi hari sudah senja.Takpa aku naik jugak.Ketika itu wajah konduktor sudah antara nampak dan tidak.Perjalanan ke Manchis sedikit mengugatku.Kadang-kadang timbul perasaan kesal.Tapi aku anak jantan.
Bas yang ditunggu pun tiba, tapi hari sudah senja.Takpa aku naik jugak.Ketika itu wajah konduktor sudah antara nampak dan tidak.Perjalanan ke Manchis sedikit mengugatku.Kadang-kadang timbul perasaan kesal.Tapi aku anak jantan.
Akhirnya aku tiba juga di Manchis.Aku berharap sempat menaiki bas dari Manchis ke
Kuala Pilah.Tetapi dimaklumkan oleh penduduk pekan Manchis.Tiada lagi bas ke Kuala Pilah.Aku tergamam.Jarak dari Manchis ke kampungku 26 kilometer.Perjalanan pula di
kiri kanan jalan hutan maklumlah sempadan Pahang dan Negeri Sembilan.Bagaimana, bisik hati kerasku.Aku tekadkan semangat.Aku akan berjalan kaki sepanjang malam itu.Aku akan
berhenti di sebuah rumah kosong di tepi jalan jika aku terlalu letih.Ya sebuah rumah yang aku perasan ketika waktu mula aku ke
kampung aki dulu.Rumah itu terletak sebelah kanan jalan.Sebenarnya, rumah itu rumah di atas tanah wakaf perkuburan Islam.
Sewaktu
melangkah, anjing-anjing peliharaan cina di pekan Manchis mengelilingiku.Haiwan itu menyalak seakan-akan mahu menerkam diriku.Tapi aku masih boleh bertenang.Aku tahu mengawal haiwan itu.Secara psikologinya, jangan cuba melarikan diri atau
menunjukkan ketakutan kita kepada haiwan itu.Walaupun aku tidak Islam ketika itu tapi haiwan ini paling
aku benci.Aku melangkah yakin.Akhirnya pekan Manchis aku tinggalkan dan
anjing-anjing itu pun berhenti menyalak.
Dalam
terang yang semakin samar dan cahaya lampu kenderaan saja yang menerangi jalan.Aku sudah berjalan 2 kilometer.Pekan Manchis sudah tidak lagi kelihatan.Perasaan menyesal
kerana mengikutkan kedegilan hati mula menyelubungi mindaku.Cahaya lampu motor
dari arah hadapan silih berganti begitu juga kenderaan yang melintasiku dari
belakang.Mereka mungkin takut nak berhenti dan bertanya.Maklumlah hari sudah gelap, mana ada manusia masih berkeliaran sekitar sempadan hutan lagi.Aku dengan ego yang tinggi.Tidak
mahu meminta tolong.Sesekali aku risau sendiri.Dapatkah aku pulang ke kampung malam itu.
Dari
arah depan kulihat sebuah motorsikal perlahan-lahan menghampiriku.Bila dia
mendekatiku.Seorang lelaki India dengan bau arak senyum dan bertanya padaku
mahu ke mana.Aku was-was dan takut.Aku menerangkannya bahawa aku ingin pulang ke
kampung.Dia menjawab bahawa dia boleh menolongku tetapi kasi duit.Aku hanya ada
RM5.00 sahaja dalam beg.Dia berkata "Takpa.."Seterusnya dalam keadaan
mabuk aku membonceng motorsikalnya.Sekejap ke tengah dan sekejap ketepi.Aduh
sakit jiwa macam ni.
Dalam
perjalanan itu perasaanku bercambur baur.Aku takut kalau-kalau manusia yang
menolong aku ini ada berniat lain di hatinya.Tapi tidak mengapa aku sudah bersedia andaikata berlaku perkara yang tidak diingini nanti.Aku bertekad akan terjun dari motorsikalnya dan berlari sekuat hati dalam perjalanan yang gelap
ini.
Akhirnya aku
selamat sampai ke kampung ayah.Aku menghulurkan duit sambil ucapkan terima kasih.Dia kata
"Takpa.."
Ibuku
terkejut.Aku tiba dalam keadaan hari sudah gelap.Tiada bas atau teksi sapu masih berlegar
di jalan raya ketika itu.Aku menerangkan kepada ibu bahawa aku menumpang motor lelaki india mabuk.Ibu menggelengkan kepala.Waktu berbaring
selepas makan aku memikirkan peristiwa sebelumnya.
Tadi
siang aku telah mencabar diriku dan dalam pada masa yang sama memohon Allah
menolongku.Ya, Allah telah membantuku walau dalam keadaan sesulit manapun.Dia
mengutuskan seorang hamba yang telah digerakkan hatinya untuk menolongku.Dalam
keadaan mabuk!.Bayangkanlah, sanggupkah dengan jarak yang semakin dekat dengan
rumahnya dia membantuku kembali di tempat di mana dia datang selepas meminum minuman keras itu.Allah mencampakkan ilham kepada lelaki
itu untuk menolongku.
Aku mengambil iktibar pada masa itu.Manusia yang sebegini janganlah dikeji.Perbuatannya hanya berlaku ketika dia
tidak beriman.Boleh jadi satu hari nanti dia kembali kepada Islam.Bila Allah
telah membuka pintu hatinya, sesiapapun tidak boleh menolak hidayah yang datang.
Dan
tanpa terduga peristiwa ini telah menjadikan jiwaku semakin kuat untuk mendekati
Islam.Jauh di dalam hati yang masih belum Islam ketika itu, aku mengiyakan bahawa Allah itu benar-benar wujud.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.