Hampir setahun aku berada di dalam
jemaah Al-Arqam.Bermula pada bulan Oktober 1985 sehinggalah ke hujung
Disember 1986.Pengisian ilmu yang kudapat sepanjang berada di dalam jemaah ini
menambahkan lagi keyakinan terhadap Islam.Satu yang aku pelajari semasa tinggal
bersama jemaah ini ialah keutamaan menuntut ilmu.Namun aku tidak menghadkan
pencarian ilmu agama melalui jemaah ini saja.Niat itu aku teruskan dengan
menghadiri kuliah-kuliah di surau dan masjid.Sebagai mencari sudut pandangan
dan perbezaan amalan di luar jemaah.Alhamdulillah.mujur aku tidak fanatik
dengan apa yang ku pelajari.Aku mengambil sikap terbuka dan menuntut di mana
saja jika terbuka peluang dan ruang.
Penghujung tahun 1986 itulah detik
dan ketikanya aku beransur-ansur menjauhkan diri dari Al-Arqam.Aku sudah boleh
berdikari.Pencarian ilmu agama tidak terbatas lagi.Di mana-mana sahaja ilmu
agama boleh didapati.Di masjid, surau, dewan ,kelas.Semuanya tidak terbatas
hanya di dalam jemaah al-Arqam.Malah aku sudah berjinak-jinak dengan lain-lain
usrah dakwah.Aku pernah mengikuti kaedah jemaah tabligh berdakwah.Aku punya
ramai rakan dakwah di dalam jemaah ini.Hujung minggu kami berkumpul di Masjid
India,Kuala Lumpur.Aku turut mengikut Parti Islam Se Malaysia PAS khususnya
mengenai uslub dakwah mereka...ABIM..IRC.Hanya kerana mencari pengalaman amalan
Islam yang suatu ketika dulu asing bagiku.
Ternyata ilmu-ilmu ini amat berguna
untukku.Aku lebih berfikiran terbuka mengenai Islam tanpa meninggalkan perkara
asas dalam agama ini.Aqidah mesti sejalur dengan amalan ahli sunnah
waljamaah.Itu pesan guru-guruku dulu.Dan ternyata walau apapun jemaah yang aku
turuti semuanya sepakat dalam hal aqidah.Cuma aku berhati-hati dalam hal yang
tidak selari dengan kesepakatan ulama.Sebagai manusia yang baru mendalami
Islam,aku rasa tidaklah susah memahami Islam kerana rujukan kepada ustaz-ustaz
yang alim terlalu ramai.Tinggal lagi hati yang memang sudah tertutup untuk
mempelajari Islam itu sendiri.
Penghijrahan ku ke utara,tempat di mana aku membesar sehingga
remaja pada penghujung 1986 termakbul juga.Asing...itu yang boleh aku katakan
pada awalnya.Segalanya telah sunyi tidak seperti dulu.Dan yang terlebih sunyi
adalah hati.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.