Penghujung 1986
aku masih di sini mengutip sisa-sisa kenangan yang masih belum jelas di
fikiran.Aku cuba menjejaki rakan-rakan sepermainan dan sepersekolahan. Hampa. Kebanyakan
mereka mungkin telah berpisah arah, mencuba nasib mencari rezeki di tempat
lain. Kroh pada ketika itu tidak banyak menjanjikan apa-apa. Kebanyakan mereka
bukan berasal dari sini. Seperti aku juga yang berada di sini atas urusan kerja
ayahku. Kecualilah mereka yang tinggal di kampong berdekatan.
Tapi mereka juga tiada, mungkin mencuba nasib sepertiku. Aku telah menjadi perantau bermula aku menjadi muslim. Bezanya aku perantau mencari diriku dalam agama suci ini. Di mana tempatku nanti. Ilmu belum begitu mantap. Masjid Iskandari tempatku beriktikaf juga kurang menganjurkan kuliah agama ketika itu. Sedang diri kehausan ilmu-ilmu itu. Memang tarbiyah di Darul Arqam dulu telah menjadikan aku seorang yang merindui ilmu-ilmu agama.
Dulu ilmu keduniaan (seni) menjadi hafalan dan fahamanku. Kini fikiranku lebih terarah mencari sesuatu yang dinamakan Islam. Aku telah faham cabang-cabang ilmu dalam Islam. Sejak itulah aku berniat untuk mendalaminya di pondok-pondok agama (kalau boleh).
Mungkin Kroh adalah stesen terakhir. Saudara jauh yang kuziarahi telah menceritakan bahawa ayahnya akan pencen hujung 1986 dan mereka akan pulang ke kampung di Gua Musang , Kelantan. Aku sudah biasa mendengar Negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai ratusan pondok-pondok mengaji agama tersohor di Malaysia. Kesempatan itu aku khabarkan kepada mereka bahawa aku akan mengikuti mereka untuk mencari pondok agama yang berdekatan nanti.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.