29 September 2008

setitis iman,ramadhan dah ayah

di sini
terkaku di saf pertama ini
di bawah sinar ramadhan
ada setitis air
jernih mengalir
menghempap sejadah putih bersih

jauh di hati
ada doa berganti
wajah ayah ibu
yang ditinggalkan jauh
dan esak kecilpun merintih

ayah
kini sendiri di rantau
mencari setitis iman
memburu kebenaran
tentanganmu,walaupun perit
adalah tunjang yakinku
akan jalan ini
akan kebenaran ini.

dan kini
sudikah kau terima, ayah
kepulangan di bulan ramadhan
bulan penuh rahmat
akan seorang anak

tapi kini
tiada perkhabaran lagi
cerita tentang dua hati
kerana yang hanya ada
titis-titis iman
dari ramadhan semalam
untuk titis-titis kasih sayang
seorang ayah
di alam barzakh
ayah.....
bersamamu doa tertadah

p/s. sajak ini kutulis dalam tahun pertama setelah aku menganut agama Islam waktu di Al-Arqam.ayatnya tidak tersusun kemas.maaf.


1 comment:

  1. Nice but a little sadness in this poem.

    Salam sejahtera rakan ku. Saya harap saudara berada dalam keadaan yang sihat walafiat bersama kaum keluarga sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada anda dan keluarga sekalian. Terimakasih.

    ReplyDelete

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Menulis.

Sudah lama tidak menulis. Rindu hendak menulis kadang-kadang datang. Namun sejak bertukar tempat kerja, masa menjadi halangan. Segalanya mer...