sentimental...excessively prone to feelings of tenderness, sadness, or nostalgia. ...sebuah catatan peribadi.
23 March 2009
Siapa Nur 'Ainatul Mardhiah
22 March 2009
La Tahzan (Jangan Bersedih)
20 March 2009
Di pondok Kecil
Di Pondok Kecil….
Di Pondok Kecil..Di Pantai Ombak..
Berbuih Putih..Beralun-alun
Di Pondok Kecil..Di Pantai Ombak..
Berbuih Putih..Beralun-alun…
Di Suatu Hari Ayah Berkata..
Jaga Adikmu, Ayah Kan Pergi Jauh
Ku Pandang Wajah Ayah, Dahinya Ku Cium
Airmata Mengalir, Hatiku Pilu...
Diam-diamlah Sayang, Jangan Menangis
Doakan Ayah, Semoga Sejahtera..
Diam Adik Ku Sayang, Jangan Menangis
Walaupun Ayah Gugur, Pastinya ia Syahid
Di Pondok Kecil, Di Pantai Ombak..
Berbuih Putih Beralun-alun..........
Wahai Abangku.. Ke Mana Ayah..
Ku Sayang Ayah.. Ku Cinta Ayah.. Ku Sayang Ayah..2x
Duhai Adik Ku..Jangan Bersedih
Ayah Mu Pergi Menyambut Seruan Ilahi..
Tapi Ingatlah Adik Ku..Pesanan Ayah, Belajar Berusaha
Walau Di Mana Jua..
Pada Mu Tuhan Aku Bermohon
Dosa Ayahku..Minta Di Ampunkan
Ku Iringi Doa, Rahmati Dia..
Tempatkan lah Ayahku..Bersama Kekasih Mu..
Di Pondok Kecil..Di Pantai Ombak..
BerBuih Putih...Beralun-alun...
11 March 2009
Hidayah
25 February 2009
Di bumi Anbiya II
22 February 2009
Bumi Anbiya...I
Hampir setahun usia pernikahanku bersama Ustazah Fatimah.Dirinya telah berbadan dua.Usia kandungan telah masuk bulan ke lapan.Aku akan menjadi bapa dalam usiaku mecapai 27 tahun tidak lama lagi.Namun satu ujian besar menanti kami berdua.Aku akan berangkat mengerjakan umrah dan ziarah ke Tanah suci Mekah.Sementara isteriku terpaksa berjauhan beribu-ribu batu dalam keadaan sarat mengandungkan anak sulungku.
Mulanya pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan memilih kami berdua untuk pergi ke sana tetapi atas sebab-sebab keselamatan isteri menarik diri.Bimbang juga jika terjadi sesuatu di dalam perjalanan ke Tanah Suci itu nanti.
Sabtu 28/11/1992,aku terbang tinggi di awan biru bersama-sama jemaah kami seramai 10 orang.Itulah pertama kali dalam hidupku melihat bumi dari langit alam.Malaysia tinggal jauh bersama wajah isteri yang sayu melambai.Sebak juga rasanya.Bukan dekat terpaksa berjauhan.Kiranya ajal maut menjemput di tanah asing kuredhakan saja jasad disemadi di sana.Jemaah kami akan berada di Tanah Suci selama seminggu.Namun itu sudah cukup membuatkan doa setiap solatku di Tanah Suci nanti beremosi.
Kami mendarat di Jeddah,dari situ menaiki bas ke hotel berdekatan Masjid Nabawiyah.Kubah hijau di sisi bumbung masjid jelas kelihatan.Di bawah kubah itulah bersemadinya manusia agung pilihan Pencipta,Allah yang Esa.Sebak dan terharu semakin menyesak rongga hati dan jiwa.Peluang ini tidak akan aku lepaskan bermunajat sesungguh hati.Kulepas segala yang terbuku di jiwa.Raudhatul Firdaus kucari azam di hati.Situlah tempatnya makbul segala dambaan niat dan hajat.Akan kupuitiskan segala doa supaya dapat menjiwainya setenang makam Rasulullah SAW bersebelahan.Aku masih ingat cerita Raudhatul Firdaus....taman-taman syurga di muka dunia.Makbul segala permohonan jika ikhlas mengadap Tuhan.Ya Allah..Ya Rasulullah kini aku datang menyembah,sujud menyatukan dahi di lantai hening masjidmu.Mengucapkan segala syukur.Aku hadir zahir dan batin di sisi makammu.Menyampaikan salamku dan salam teman jauh di Malaysia.
Nabawiyyah...musim ziarah tenang ketika itu tidak seperti waktu-waktu lain.Manusia tidak putus-putus apabila tiba bulan Ramadhan yang penuh membanjiri setiap ruang.Padat dengan umat Muhammad SAW.Aku tidak putus-putus menyambung doa di Raudhatul Firdaus.Memohon dimaafkan segala kesalahan diri dan isteri tersayang.Dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang sempurna.Aku malu meminta lebih tapi peluang ini sekali hadir dalam hidup aku jadi tamak berdoa.Aku mohon supaya Allah memberiku kerja yang tetap terjamin kehidupanku ,isteri dan bakal cahayamata kami.
Memang suasana sungguh lapang dan tenang tidak seperti selalu manusia berebut tempat di Raudhatul Firdaus.Aku sedikit bertuah dapat meloloskan diri dan tetap berada di taman syurga itu setiap kali solat fardhu dan doa.Akhir ziarah kami menatap makam Nabi Agung untuk terakhir kalinya.Doa tidak putus ,salam tidak putus.Sejahtera ke atasmu wahai penghulu yang agung.
Bumi Madinah kami tinggalkan.Menuju lapangan terbang Jeddah dan dari situ terbang melintasi tanah gersang ke selatan menuju Mekah.Entah mengapa di dalam kabin kapal terbang Saudi Air terasa begitu tenang.Anak kabin membenarkan aku duduk di mana saja yang aku suka.Sekejap ke tengah sekejap ke sisi cermin sambil peragawatinya menghidangkan teh sarbat dan sedikit senyuman.Mungkin fikirnya aku tetamu yang jauh.
Perjalanan pagi itu sungguh cerah. Dari dalam pesawat aku dapat lihat bumi anbiya dari atas dan bumi tandus nun jauh di bawah.Payah dan susah dakwah Rasulullah satu ketika dulu kini menjadi anutan maha suci di hati.Hati terus berdoa lagi.
Tiba lapangan terbang Prince Mohamad di tanah Mekah kami menaiki bas ke hotel penginapan.Melewati Masjidil Haram.Di celah tiang aku dapat lihat dengan jelas Baitullah,binaan Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail masih tersergam kukuh di kelilingi lautan manusia.Tidak pernah putus.Manusia bertali arus seperti tidak mengenal rehat dan penat.Aku mengucapkan subhana Allah.Kerdilnya diri.
Siang kami mengerjakan ibadah umrah,malam qiamullail di sisi Kaabah.Aku amat-amat bersyukur berada di bumi Mekah.Menyentuh Kaabah.Tidak pernah sebelum ini terfikir akan bila tiba masanya aku akan ke sini.Tetapi kini ia di depan mata.Di mana tempat mustajab berdoa aku ada.Hijr Ismail,aku bersolat,berdoa sepuas hatiku.Di belakang makam Ibrahim pun begitu.Tanpa dipaksa mengalir juga airmata kesayuan keinsafan.Kecilnya aku di sisi Mu Ya Tuhan.
17 February 2009
Majlis Makan Malam bersama DSAI
10 February 2009
Monolog kasih : 1992
08 February 2009
Aku terima nikahnya..Mac 1992
31 January 2009
Ziarah dan Dakwah
24 January 2009
1992: Darul Ukhuwah dan istikharah..
21 January 2009
Yayasan Anda Akademik,Bangunan Sri Pantai
Yayasan Anda Akademik 1988-1989...rakan-rakan seperjuangan
hehehe..yg tercegat berdiri ,berserban tu aku la...
Suhairi.Meneruskan perjuangan bersama Yayasan Amal di Negeri Sembilan.

Ahmad Akhir kini berkerja di Maybank Cheras.Zul...berita yang kuterima daripada salah seorang sahabat telah pergi menemui Ilahi.Haris aku tak tahu...
18 January 2009
Inilah perjuanganku
Awal Disember 1991 aku melapurkan diri ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.Pagi itu suasana agak sibuk sedikit.Aku berurusan dengan beberapa bahagian bagi menyelesaikan urusan perlantikanku ke jabatan kerajaan ini.Aku dilantik sebagai Pembantu Dakwah Sambilan dengan gaji RM 400.00 sebulan.Alhamdulillah cukuplah bagi kegunaan diriku ketika itu.Nampak macam tidak mencukupi .Gajinya kecil mungkin, tapi aku tidak kisah lagipun aku ada juga mengambil upah mengajar muqaddam dan mengaji anak jiran di taman tempat tinggalku.Jadi dapatlah sedikit sebanyak menampung hidupku di bandar Seremban ketika itu.
Ustaz Jaafar ceria menerima kehadiranku.Aku diperkenalkan dengan lain-lain kakitangan di Bahagian Dakwah.Ketua bahagian Ustaz Zakaria Hitam kulihat agak serious orangnya tapi mesra bila aku diajak berbual.Aku tidak lagi memakai serban.Hanya mengenakan ketayap ala kumpulan nasyid Hijjaz.Ustazah Fatimah hanya tersenyum bila kami bertentang mata..Aku sedikit malu.
Selain UF ada lagi dua orang ustazah dan 5 orang ustaz di Bahagian Dakwah.Aku diletakkan di bawah unit Ukhuwah.Siapa lagi kalau bukan Ustaz Jaafar bossku.Unit aku bertanggungjawab secara terus mengendalikan dakwah dan kebajikan kepada saudara-saudara baru.Hari pertama aku diberi sedikit penerangan oleh UJ berkenaan tugas yang bakal aku lakukan.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.Sekurang-kurangnya aku telah bekerja.Aku tidak mahu menjadi muslim yang tidak punya matlamat hidup.Walaupun matlamat kehidupan abadi akhirat nanti tapi nasib di dunia perlu difikirkan.Punya ilmu,pengalaman itu adalah modalnya.Aku mahu menjadi seorang pemuda Islam yang sempurna.Mendapat rezeki dari hasil titik peluh sendiri dan bukan menjadi peminta-minta seperti kisah yang pernah aku lihat sepanjang hidup sejak bergelar muslim.
Aku ada Allah.Kepadanya segala harapan kusandarkan.Aku pernah susah,daif hidup seorang diri di rantau orang.Mencari ilmu agama atas ikhtiar sendiri.Alhamdulillah aku berasa yakin dengan diri kerana aku dapat menguasai asas-asas fardhu ain,malah dapat pula menyampaikan kepada orang lain.Tiba masanya pula untuk aku berbakti kepada golongan muallaf yang senasib dengan diriku.
Seorang muslim yang baik adalah yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan saudaranya yang lain.Aku mahu menjadi manusia seperti itu.Berkerja di unit Ukhuwah memberi peluang kepadaku merealisasikan niatku.Setiap bulan unit Ukhuwah akan mengadakan kursus kefahaman Islam untuk saudara baru yang baru memeluk agama Islam.Mereka kami kumpulkan dalam sebuah rumah dua tingkat yang disewa oleh pihak Majlis Agama Islam dan dinamakan Darul Ukhuwah.Lelaki tidur di tingkat bawah sementara perempuan di tingkat atas.Kami masak bersama-sama.Seronok begitu kerana kami membiasakan mereka berinteraksi sesama mereka yang terdiri dari pelbagai kaum.
Jadi peringkat awal mereka tidak merasa janggal mengenal Islam sementara aku pula diarah menyelia dan tinggal di rumah tersebut.Juga bertindak sebagai tenaga pengajar,menjaga kebajikan dan pemudahcara dalam kebanyakan slot praktikal.Hanya kadangkala saja dua orang ustazah datang membantu.
Itulah duniaku ketika itu.Pengisian hidup banyak merealisasikan ilmu yang kupelajari dulu.Begitu terasa berkatnya ilmu yang dituntut.Menjaga saudara baru pula bukanlah perkara yang mudah.Kebanyakan mereka masih terbiasa dengan kehidupan jahiliah sebelumnya.Malah ada juga masih mahu menyamakan Islam dengan agama nenek moyang mereka.Tauhid mereka masih lemah.Apalagi jika ada pertanyaan tentangnya.Bagaimana mahu diterangkan dan memahamkan konsep alam malakut dan ghaib sedang mereka berfikir secara logik .Inilah cabaran.
Inilah perjuanganku.
14 January 2009
Dia yang kukenal.
08 January 2009
Pilihanku.
07 January 2009
03 January 2009
Tidak yakin kepada diri.
Selepas berakhirnya kursus saudara baru di Politeknik Port Dickson ,aku pulang ke kampungku di Kampung Putra,Jelebu.Bertemu keluarga kandung yang dirindui.Selama seminggu di sana aku tidak dapat melupakan wajah-wajah yang silih berganti di fikiran.Perasaan juga bertukar ganti.Tersenyum sendiri memikirkan kisah-kisah yang berlaku sepanjang kursus.Satu perasaan yang sukar ditolak ialah bila mana aku mula menyukai seseorang untuk kali yang entah ke berapa.Kadang-kadang aku sendiri tidak berapa yakin dengan diri.Bolehkah aku menyatakan kali ini dan bagaimana pula dengan gadis itu dapatkah ia membalasnya.
Aku belum pernah menyatakan secara langsung tentang perasaanku kerana aku sendiri tidak yakin dengan diri.Pengalaman lalu telah banyak mengecewakanku.Kebanyakan itulah yang berlaku dalam hidupku.Keyakinan diriku sangat kurang meskipun aku biasa merantau dan membawa diri di tempat orang.Seingatku sewaktu tingkatan 3 di sekolah menengah dulu aku pernah juga menyukai seorang pelajar perempuan yang bernama Sarini Ab.Rahim yang berada di tingkatan 2 (Sekolah Menengah Tun Saban ,Pengkalan Hulu).Kami tinggal sama di kem Batalion 19/20.Aku jadi suka kepada gadis ini kerana renungannya ketika berteduh dari hujan sewaktu pulang dari sekolah.Matanya!Ayahnya seorang pemandu kenderaan polis berpangkat sarjan dan kebetulan berada dalam battalion yang sama dengan ayahku.
Selesai SRP 1980 aku naik ke tingkatan 4 dan gadis itu mengikuti keluarga pulang ke Jerantut ,Pahang kerana ayahnya bersara dari perkhidmatan kerajaan.Aku dengar berita itu dan tidak sanggup melihat mereka pergi.Melalui seorang kawan aku dapatkan juga alamatnya di Pahang lalu kuutus surat tapi hampa bila diberitahu oleh sepupunya (Shamsiah) keluarga gadis itu tidak tinggal lagi di alamat yang ada padaku kerana mereka telah berpindah ke Pulau Tawar,Jerantut.Alamatnya kusimpan sehingga aku melanjutkan pendidikan di ITM,Shah Alam.Itulah cinta monyet pertamaku.Tidak yakin kepada diri untuk menyatakan bahawa aku ingin berkawan dengannya sewaktu kesempatan masih ada.
Kali keduanya aku juga menyukai seseorang walaupun setiap hari bertemu di kelas yang sama malah berada dalam satu usrah pula.Bahkan dia juga menyenangiku .Tidak pula sehelai surat pun menyatakan keinginanku untuk mengenalinya lebih rapat dengan rakan sekelas itu berjaya kuutuskan.Hanya kutulis dan simpan untuk tatapan diri sendiri yang akhirnya tidak sampai kepada diri yang ditujukan.Tidak yakin dapatkah ia menerima dan membalasnya.
Namun bila difikirkan ia terlalu membebankan jiwa.Kali ini bersediakah aku sedang aku belum lagi punyai pekerjaan tetap untuk menambahkan lagi beban diri.Dari cerita Ustaz Jaafar memang perkara ini telah sampai ke pengetahuan gadis itu.Takda balasan yang boleh meyakinkan untuk kubuat alasan menghubungi terus gadis yang dimaksudkan.Dan kesempatan itu juga telah aku sia-siakan.
Sekembali dari kampung aku menghubungi UJ melalui telefon dan meminta UJ merisik ustazah itu.Malangnya UJ memberitahu kepada gadis itu bahawa aku ingin mendapatkan nombor telefonnya.Aku solat istikharah memilih arah hati untuk akhirnya kebuntuan ini.Aku tidak mendapat bayangan untuk sandaran cuma hatiku bertambah kuat untuk mengenalinya.
Lalu tanpa segan dan nekad yang tidak dapat kutahan aku mengambil langkah dengan menghubunginya.Perbualan hanya berkisar bertanya khabar dan kerja.Bila sudah mengenali aku pinta alamatnya kerana aku tidak yakin dapat menyatakan rasa hati yang aku menyukainya melalui tutur kata.Aku selesa menggambarkan cerianya hatiku melalui surat saja.Hasrat ingin mengenali dengan lebih mendalam dan mungkin ke peringkat seterusnya.
Gadis itu yang juga seorang ustazah tidak keberatan memberi alamatnya dan surat pertama kuutuskan pada 14/10/1991 di dalamnya kunukilkan terus rasa hati.Tanpa bahasa yang berbunga-bunga kerana aku tidak pandai tentang itu.Sambil berharap gadis itu lebih tahu niat hati dari terpikat dengan bahasa yang membuai.Dan sejak itu aku mula berkawan dengan seorang ustazah.
01 January 2009
Islam dan Hijrah
Aku Kalah
Aku masih ingat, satu lewat petang di kelas tambahan Syariah. F menghampiriku dengan senyuman—senyuman yang, aku akui, memang cantik. Dia ...
-
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan. M...
-
Kenangan yang Ternoktah, Disember 1983 Hampir lima belas tahun tahun aku hidup di bumi Kroh, Perak. Sejak Mac 1968 hinggalah Disember 1983...
-
Aku masih ingat, satu lewat petang di kelas tambahan Syariah. F menghampiriku dengan senyuman—senyuman yang, aku akui, memang cantik. Dia ...


