19 February 2017

Perjalanan ke ITM, Shah Alam 1983

April 1983, aku menerima keputusan SPM 1982ku dengan perasan kecewa.Aku pasrah dengan hanya mendapat gred 3 dan layak mendapat Sijil Am Pelajaran.Walaupun begitu aku teruja kerana mendapat kepujian dalam matapelajaran seni lukis dan termasuk pelajaran yang lain.Begitupun, keputusan SPM 1982ku tidak la seteruk berbanding rakan-rakan sebaya dan sepermainan denganku.

Bermula dari situ aku mula mencongak jalan-jalan kerjaya yang boleh aku lalui selari dengan keputusan SPM ku yang tidak seberapa itu.Perlukah aku mengambil sekali lagi atau cukup sekadar ini saja perjuanganku.Ruang untuk menyertai pasukan keselamatan masih lagi terbuka dan berpeluang  luas kerana aku anak polis.Tentera..?.aku juga pernah memohon untuk memasuki Perantis Putera di bawah kendalian Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1981, tapi hasrat itu telah dibangkang oleh ayah kepada rakanku yang juga memarahi aku dan anaknya kerana ingin menyertai tentera.Katanya, kami anak askar dan kami taknak anak-anak kami juga menjadi askar.Begitulah lebih kurang ayat yang kuingat.

Boleh jadi pengalaman orangtua kami yang memeritkan menyebabkan mereka tidak mahu anak-anak mereka merasainya.Sebenarnya bukan kehendakku menyertai Perantis Putera tu.Idea itu dicadangkan oleh anaknya sendiri.Aku pun tidaklah mahu memasuki mana-mana badan tentera sebaik tamat SRP 1980.Aku mahu ke menyambung pelajaran ke tingkatan 4.

Melalui surat khabar Berita Harian April tahun 1983, aku terbaca mengenai iklan pengambilan pelajar ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam akan dikeluarkan sedikit masa lagi.Iklan tersebut hanya akan dikeluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia. aku berkira-kira, inilah peluang untuk aku meneruskan pelajaran di dalam bidang senilukis kerana aku mendapat maklumat tersebut dari seorang rakan senior yang juga telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang itu di ITM Shah Alam.


Tahun 1983.Hari demi hari aku menanti bila sebenarnya iklan tersebut akan keluar.Empat bulan lebih aku hanya duduk-duduk di rumah.Melukis dan mendengar lagu.Bersembang dengan kawan-kawan.Petang-petang bermain bolasepak di padang luar kawasan kem BN 19, Kroh (Pengkalan Hulu) Perak.Merayau sekitar pekan Kroh dan menonton televisyen.Indahnya zaman remaja.Bebas tidak ada apa-apa yang hendak dirisaukan.

No comments:

Post a Comment

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Menulis.

Sudah lama tidak menulis. Rindu hendak menulis kadang-kadang datang. Namun sejak bertukar tempat kerja, masa menjadi halangan. Segalanya mer...