Kroh,
sekembalinya aku ke daerah itu sebaik tamat semester 1 hujung tahun 1983,
menyemarakkan rasa kerinduan kepada kehidupan zaman kanak-kanak dan awal
remaja.Betapa tidak, kerana di sini aku membesar sepanjang 14 tahun yang lalu.Segala
ceruk mana yang tidak aku terokai, lorong, denai, sungai, bukit, belukar,
hutan, paya, tasik.Semuanya sudah dilalui bersama kawan sebaya.Belum lagi
cerita melastik, menjerat dan menggetah burung, mengail ikan, memasang jaring,
bubu dan memanah.
Sungguh,
orang selalu akan teruja apabila disebut pulang ke kampung, tapi bagiku pulang
ke daerah ini merupakan harapan yang selalu diinginkan.Walaupun dilahirkan di Selangor,
tetapi aku menganggap Kroh seperti tanah kelahiran.Pulang ke sana bererti
seperti kepulangan perantau ke desa kelahiran.Di sana aku mengenal kawan,
sahabat lelaki perempuan.Di sana aku tahu erti setiakawan.Permusuhan juga
berlaku tapi zaman kanak-kanak dan remaja kebencian ya, sampai ke mana? Tidak berpanjangan.
Kawan-kawan
pula berbagai suku kaum.melayu, cina, india, sikh, orang asli dan siam.Bila pulang
dari pengajian terasa diri sudah remaja dan mampu hidup berdikari di rantauan.Sudah
mampu hidup berseorangan jauh dari ibu bapa dan adik-adik.Senja ketika sampai
ke daerah itu, aku berjalan sambil mengusung beg dan fikiran yang sarat dengan
kisah di ITM.Pasti aku akan bercerita kepada ibubapaku bahawa sejak kembali ke
pangkuan mereka ketika aku tidak sanggup menanggung rindu dulu, aku sudah betah
untuk hidup jauh dari mereka semua.Kerinduan kepada rakan-rakan sepermainan
sudah beransur-ansur hilang, yang tinggal cuma sisa rindu kepada seseorang yang
kukenal ketika tempoh awal pengajian.
Daerah
itu, sangat mendamaikan.Beberapa lukisan kedamaian sempat kulukis sebelum aku
ke ITM Julai 1983 dulu.Pemandangan bukit bukau yang mengelilingi, tasek takung yang
terletak di tengah daerah ini dengan taman permainan kanak-kanak di pinggirnya.Memancing
di tebingnya sambil melihat manusia berehat di tebing sebelah sana.Padang
pendaratan pesawat tentera dengan sebuah padang yang luas kawasan bermain
dulu-dulu.Belukar yang mengalir di bawahnya sungai-sungai tempat bermandi-manda
bersama kawan dan juga sungai mencari ikan.Semua itu tersimpan kemas dalam
memori indah tentang Kroh.
Cuaca
yang sejuk apabila malam dan kadang-kadang berkabus sehingga jam 10
pagi.Tengahari yang sunyi dan meriah bila petang.Jalan Sri Adika Raja antara
pekan Kroh ke kem BN 19 itu adalah jalan kenangan waktu kecil.Teringat bila ke
sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Kroh, kami susuri jalan ini dengan
limpahan gugur bunga angsana yang menguning.Sepanjang jalan menghidu wangian
bunga itu.Nostalgia pilu buat seorang aku.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.