Usai
peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia 1982 peringkat sekolah menengah,
aku hanya melepak di rumah. Masa lapang diisi dengan mendengar muzik dari radiogram yang dibeli oleh ayahku. Melayan lagu-lagu yang hit era tahun 1980’an. Antaranya kumpulan Alleycats, Black Dog Bone, Carefree, Kembara, Blues Gang dan Flybait. Itu antara kumpulan muzik yang top ketika itu. Lagu-lagu mereka sering mendapat tempat di hati peminat. Walaupun aku suka mendengar muzik ketika itu tapi aku tidaklah fanatik seperti sesetengah pendengar. Aku tidak menggantung poster kumpulan muzik atau penyanyi yang aku suka di dinding bilikku. Memang tidak terfikir hendak berbuat demikian. Setakat minat mendengar lagu saja.
aku hanya melepak di rumah. Masa lapang diisi dengan mendengar muzik dari radiogram yang dibeli oleh ayahku. Melayan lagu-lagu yang hit era tahun 1980’an. Antaranya kumpulan Alleycats, Black Dog Bone, Carefree, Kembara, Blues Gang dan Flybait. Itu antara kumpulan muzik yang top ketika itu. Lagu-lagu mereka sering mendapat tempat di hati peminat. Walaupun aku suka mendengar muzik ketika itu tapi aku tidaklah fanatik seperti sesetengah pendengar. Aku tidak menggantung poster kumpulan muzik atau penyanyi yang aku suka di dinding bilikku. Memang tidak terfikir hendak berbuat demikian. Setakat minat mendengar lagu saja.
Lagu-lagu yang dilayan pula berentak sentimental ataupun easy
listening.Tidak kisahlah tema apapun asalkan sentimental aku suka.Sebab itu
semua lagu penyanyi lelaki dan wanita
aku dengar.Tidak ada penyanyi yang betul-betul menjadi pujaan.Kadang-kadang aku
berkongsi minat yang sama dengan rakan-rakan lelaki. Ketika itu juga aku rapat
dengan seorang rakan lelaki dan kami berbincang untuk mencari pekerjaan selepas
tamat persekolahan.Alang Nan namanya.Dia mengajakku ke kampongnya di Parit
Perak dan berkerja di kilang-kilang sekitar berdekatan dengan kampungnya.Aku meminta
izin kepada orang tuaku untuk pergi mencari pekerjaan meninggalkan mereka.
Maka bermulalah episod penghijrahanku keluar dari kepompong keluarga.Jauh
dari pengawasan mereka.Setiba di kampong rakanku yang terletak di Parit Perak.kami
tidaklah pula merancang atau berbincang tentang pekerjaan.Aku ditinggalkan di
rumah keluarga saudara kawanku sementara kawanku tadi di rumah keluarganya.Pelik.Aku
tinggal di rumah keluarga yang aku tidak kenal.
Selama tiga dari di sana memang tidak ada apa-apa perancangan untuk
mencari pekerjaan.Mungkin juga mereka sibuk menguruskan persiapan sambutan perayaan
yang aku sendiri tidak tahu apa perayaan yang disambut.Yang pasti ia agak
meriah.Setiap rumah ada menyediakan juadah dan mereka saling berkunjung seperti
perayaan hari raya Idil Fitri.Berbalik di rumah yang kuinap, aku pasti keluarga
ini menganut ajaran Kristian kerana pada pagi Ahad itu mereka menjalankan ritual
biasa penganut Kristian, juga terdapat frame gambar yang didakwa Jesus itu.
Padaku ketika itu tidak membawa apa-apa makna kerana aku tidak berminat
dan tidak mengambil tahu aktiviti yang mereka jalankan.Kemungkinan juga
perayaan Krismas yang mereka sedang
sambut fikirku.
Di sana aku sempat bergambar dengan anak gadis tuan rumah atas permintaan
rakanku.Manis juga orangnya berkulit cerah berambut pendek paras bahu,sepupu
kepada rakanku.Namun sikapku hanya menurut dan berat mulut seolah-olah aku
tidak mesra pada mereka.Atau mungkin aku masih segan-segan dengan keluarga
mereka.
Sehinggalah pada satu hari aku berasa rakanku sebenarnya tidak
bersungguh-sungguh untuk mencari pekerjaan.Hari-hari berlalu cuma melepak dan merayau di perkampungan.Aku merasa
sedikit bosan dan mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarga.Aku nyatakan
hasrat kepada rakanku dan dia memahami dan tidak menghalang.Pulanglah aku pada
satu pagi dengan dihantar oleh rakanku ke pekan Parit.Menaiki bas ke Ipoh dan
kembali ke utara…Kroh.
Aku tidak menyesal atas kembara ini.Mungkin ini pengalaman pertama aku
berjauhan dari keluargaku.Belajar hidup sendirian di rantau orang.Mengenali
masyarakat dan ragam orang yang berbagai.Pengajaran penting bagi seorang remaja
lelaki berusia 17 tahun.Alam remaja era 1980’an.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.