Ya Allah… Seandainya telah
engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya
tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian
yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya
telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang
maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada
langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa
bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun
tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik
buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau
sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan
dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini
mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang
pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan
hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang
soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.