Sebatang round brush bersaiz lima di jari sedang meratakan
warna hijau bercampur beberapa titis air di atas palette lalu membentuk
warna sap green yang nipis. Disapu perlahan di atas kertas kasar putih buku
sketch water color untuk membentuk dedaunan pohon sena yang berjurai.
Bila
berus lembab itu menyentuh kertas, alam menjadi senyap. Sepi mula menyelimuti
diri. Hanya terdengar bunyi geseran daun-daun disapa angin bertiup lembut. Melambai-lambai.
Kedengaran suasana mencipta lagu dan puisi. Terlukislah warna-warna alam
menuruti jejari sang pelakar.
Telinga Johan menangkap lagu-lagu alam itu ketika
ia sedang riang bernyanyi. Besiulan-siulan dalam ritma yang syahdu. Sebuah persembahan
orkestra alam yang menghiburkan. Melagukan dalam melodi yang bertempo perlahan
sambil mengiringi catan warna kehijauan. Stroke pigmen hijau yang
menyegarkan itu diharmonikan dengan warna biru langit yang nipis lalu
menghasilkan tona yang indah
dipandangan.
Disapu lembut selembut sentuhan jiwa yang tenang. Pigmen langit
yang biru nipis atau cobalt blue diserasikan pula dengan payne’s gray
membentuk tompokan awan hitam kelabu. Gambaran
awan mendung menyimpan hujan. Rangkuman irama dan motif terlukis dalam nuansa imiginasi
Johan. Mata hatinya terus dihujani ilham.
Tiba-tiba jari Johan terhenti dari
terus menompok awan. Stroke awannya
memudar tidak keruan. Tidak menjadi. Hatinya diketuk resah. Perasaan mula
menjadi gundah. Lagu merdu yang tadi riang bernyanyi telah hilang sudah. Perhatiannya
kepada objek awan kelabu itu mengajak fikiran mengimbas mimpi malam tadi.
Tenang
jiwa kini mendung pula mengganti. Fokus telah berpecah arah lalu berus setengah
inci sederhana itu diletak kasar masuk ke bekas berisi air. Pandangan
dilemparkan jauh menjangkau. Di balik bukit berjejeran kebiruan di situ hati membentuk
kerinduan. Rindunya kepada ibu.
“Apa khabar ibu..?”, bisik hati kecilnya dalam dalam nada perlahan.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.