Sewaktu berada di tingkatan lima pada tahun 1982 aku mengambil tempat paling hadapan sebelah kanan berdekatan pintu masuk. Memang itu kesukaanku. Seingatku, aku duduk di barisan belakang cuma pada ketika aku berada di tingkatan satu. Selepas itu dari tahun ke tahun aku memilih untuk duduk di barisan paling hadapan. Barisanku hanya ada sebaris meja dan kerusi dan tidak berkembar.
Duduk di sebelah kananku seorang gadis tionghua. Namun pelajar perempuan ini tidak seperti rakan tionghua yang lain. Maksudku, gadis itu tidak bermata sepet. Rambut lurus melepasi bahu dan stail rambut ala china doll. Orangnya juga pendiam. Sesekali saja mahu berbual denganku yang juga amat pendiam.
Dari hari ke hari aku suka melihat rakanku ini bermain-main dengan juntaian rambutnya yang halus menutupi keningnya. Ditiup-tiup hujung rambut lalu berterbangan. Diulang-ulang sehingga dia puas. Aku tak pasti apa sebabnya. Tapi dari tafsiranku kemungkinan ia habit. Aku tidak mengambil kisah sangat tentang hal itu lantaran dia bukan selalu menegurku. Hal itu selalu diulangnya sebaik waktu sesi permulaan kelas waktu pagi. Aku hanya melirik pandang.
Satu hari kebosanan waktu kuisi dengan melukis potret wajah guru kelasku Cikgu Amin. Aku hanya berimiginasi bagaimana raut guru itu dapat aku abadikan di atas kertas. Menggunakan pensil 2B dan kertas lukisan. Aku cuba bayangkan setepat-tepatnya wajah guruku itu. Gaya sisir rambutnya dibelah tengah. Fesyen yang popular ketika tahun 1980’an. Aku, kadangkala cuba meniru fesyen menyikat rambut belah tengah. Tetapi oleh kerana aku berambut ikal kerinting. Hmmm... amat tak sesuai. Persis Bobby Farrel dari kumpulan Boney M pula yang kelihatan. Jadi fesyen menyisir rambut ala Hail Amir adalah sesuai buatku.
Setelah aku leka melukis seorang rakan lelaki sekelas datang melihat hasil lukisanku. Nah... sebijik raut wajah guruku telah berjaya diabadikan di atas kertas putih. Dijajanya hasil kerja tangan ku di dalam kelas. "Weyy... tengok ni Leh lukis Cikgu Amin”. Semua mata dalam kelas tertumpu. Aku malu. Rakan gadis tionghua sebelahku mendongak cuba memahami situasi. "Leh, awak lukiskan? Soalnya kepada ku. Aku jawab “ya”. Sambil senyum kelat. Sengih yang tidak menjadi. Awak pandai melukis Leh. Pujinya lagi. Aku hanya sengih lagi.
Azhari menjaja lukisanku. Sementara aku melayani pertanyaan si gadis. Bermacam jenis lontaran soalan. Bagaimana aku melukis tanpa rujukan fotonya?. Aku menggunakan apa sebagai medium?. Ada tak lukisan lain?. Fuhh... dah tak ingat lagi. Akhirnya soalan maut darinya.."Leh, awak boleh lukis gambar saya tak..?” Aku terkedu. Terkedu yang dibuat-buat atau memang terkedu betul aku mendengar rayuan lembut suaranya. Sambil menyorokkan seronok melayan soalan gadis. Aku selamba jer menjawab “boleh”!!.”. "Nanti esok , saya bagi awak gambar saya ya.” cadang si gadis tionghua itu. Wah amoi nak bagi gambar!. Aku simpan rasa suka kerana esok rakanku yang manis ini akan menyerahkan fotonya dan meminta aku melukis.
Sejak itu dia semakin mesra. Ada saja pertanyaannya. Kerja rumah dah siapkah. Itulah inilah. Pernah sekali dia meminta aku mengajarnya matematik. Sebabnya aku dah siapkan kerja rumah tu sebelum diserahkan kepada cikgu. Aku hanya berseloroh.."eh awak cina memang lagi pandai maths". Dia hanya gelak. Ada juga, oleh kerana waktu remaja aku suka memakai gelang berwarna hitam di lengan sebelah kiri. Dia turut berminat untuk memakai gelang yang sama. Mulalah bertanya dekat mana beli?. Boleh belikan untuknya satu tak?...mmmm. Aku melayan saja pertanyaan dengan memberi cadangan gelang seperti itu memang banyak terjual di pasar khamis. Kalau nak datanglah ke Kroh. (kerana dia duduk di Klian Intan).
Sebenarnya aku juga meminati dirinya dalam diam. Aku suka melihat dia bermain dengan anak rambut di dahinya. Ditiup-tiup anak rambut yang mencecah dahi. Timbul juga rasa ingin menegur tapi rasa malu masih menebal. Rambut ala china doll dan amoi chinese looks. Dalam impian zaman remajaku, sememangnya aku meminati gadis sebegitu.
Namun perbualan mesra kami cepat saja dihidu rakanku bernama Azhari. Azhari mengatakan gelang tu sebenarnya gelang penyendal tong minyak! Alamak kantoi la pulak. Mungkin itu dikatakan cinta monyet agaknya. Tetapi bagiku itulah permulaan aku menyukai gadis chinese looks.
Sebenarnya aku juga meminati dirinya dalam diam. Aku suka melihat dia bermain dengan anak rambut di dahinya. Ditiup-tiup anak rambut yang mencecah dahi. Timbul juga rasa ingin menegur tapi rasa malu masih menebal. Rambut ala china doll dan amoi chinese looks. Dalam impian zaman remajaku, sememangnya aku meminati gadis sebegitu.
Namun perbualan mesra kami cepat saja dihidu rakanku bernama Azhari. Azhari mengatakan gelang tu sebenarnya gelang penyendal tong minyak! Alamak kantoi la pulak. Mungkin itu dikatakan cinta monyet agaknya. Tetapi bagiku itulah permulaan aku menyukai gadis chinese looks.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.