Aku
mengenali Meng Kee, remaja yang berbadan sedikit gempal berkulit cerah dan
berkaca mata.Orangnya rendah, rambut sikat tepi dan bermata sepet.Sekali pandang
macam remaja tionghua.Tapi dia mixed Jakun dan tionghua.Gaya perbualannya agak
kasar dan laju.Tapi aku faham butir percakapannya.Aku juga senang bergurau
dengannya sebab dia tak kisah sangat.
Malam
itu aku berbual dan bertanya pada Meng Kee tentang seseorang.Siapa lagi kalau
bukan GK.Katanya, GK sekampung dan orang tua mereka ada hubungan kekeluargaan.Kalau
tak silap Meng Kee pernah memberitahu aku dia dan GK sepupu.Kebetulan mereka
berdua mixed juga.Aku katakan pada rakanku itu yang aku sukakan amoi itu.Nampak seperti orangnya lembut
dan pendiam.Meng Kee ketawa.Aku tak ingat apa katanya padaku tapi mungkin
isyaratnya, mencabar, kalau berani cubalah.Entahlah.Berani ke tidak.mmm..
Tiba-tiba
rakan perempuan memanggil aku di luar.J meminta aku tidur di sebelah biliknya
yang kosong.Katanya dia dan S berasa lain “macam” tidur di bilik hujung berdekatan
dengan ruangan rehat.Aku menurut saja.Aku tidur berseorangan di situ.Sementara rakan
yang lain tidur di bilik berasingan.Aku mengenali
J dan S sejak kecil lagi.Malah sebelum kami bersekolah.Usia kami sebaya dan
rumah kami terletak sebelah menyebelah.Kami berjiran.Kalau tidak silap J dan S
juga lahir di batu 12, Gombak.
Oleh
kerana hubungan kami agak rapat sejak kecil aku menganggap J sebagai adik
beradik.Sementara S pula anak saudara kepada J.Ketika zaman kanak-kanak kami
kerap bermain bersama-sama.Kawan-kawan pula menganggap kami sebagai pasangan.Memang
aku lebih senang berkawan dengan J sejak kecil tapi aku tidak ada apa-apa
perasaan kepadanya.Sehinggalah meningkat remaja. Apabila sudah ada perasaan
malu-malu kerana perubahan fizikal lelaki
dan perempuan.Kami tidak lagi bersama.
Pagi
esoknya aku mandi dan bersiap-siap awal.Hari itu kami akan ke Shah Alam untuk
pendaftaran masuk ke ITM.Seperti biasa aku akan menyanyi.Pantang masuk bilik
air.Aku menyanyi saja.Setelah semua
rakan-rakanku bangun dan bersiap untuk bersarapan kami beramai-ramai menuju
kedai di pangkal jalan seperti biasa.J menegurku kerana terkejut dengan
nyanyianku waktu pagi.Katanya banyaknya lagu.Apa boleh buat dah jadi hobi
pulak.
Cuaca
hari itu mendung, memang cuaca sekitar Kuala Lumpur pada awal Julai, 1983 itu selalu
hujan.Keadaan agak dingin pada pagi dan malam.Selepas bersarapan, kami
diberitahu akan bertolak ke Shah Alam sebelah petang selepas makan tengahari.Aku
seronok mendengarkan kerana akhirnya aku akan menjejakkan kaki ke pusat
pengajian tinggi itu.Aku akan bergelar siswa.Pasti aku menjadi kebanggaan keluargaku
nanti.
Cita-cita
untuk mendalami bidang senilukis memang selalu aku impikan suatu waktu dulu.Bila
peluang itu muncul betapa riangnya hati tidak dapat digambarkan.Kehidupan di
kampus dan bertemu dengan ramai kawan-kawan pasti menjanjikan pengalaman yang
tidak akan dapat dilupakan.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.