Kami bertolak ke Shah
Alam pada sebelah petang menaiki van.Aku dan tiga rakan lelaki dan dua orang
rakan perempuan J dan S telah sedia untuk bertolak. Sementara itu, R dan GK
tidak menyertai kami.Mereka menaiki kenderaan lain.Aku sedikit hampa kerana
tidak dapat melihat gadis itu.Kami diberitahu mereka telah bertolak awal.Kemungkinan
keluarga turut serta pergi menemani agaknya.Aku memang mengharapkan GK menaiki
van sekali dengan kami.Sekurang-kurangnya dapat juga berbual-bual dengannya
atau berkenalan sepintas lalu.
Cuaca pada petang itu
hujan.Sepanjang perjalanan ke Shah Alam melalui ibukota Kuala Lumpur juga hujan.Itu
yang aku dapat gambarkan pada ketika itu.Laluan ke sana pula tidaklah seteruk
sekarang.Perjalanan lancar setiba di Shah Alam.Di kejauhan aku dapat melihat
sebuah menara bangunan tinggi di atas bukit.Van kami masuk melalui pintu utama.
Itulah masanya aku merasa
sungguh bertuah kerana dapat menjejaki Institut Teknologi Mara, Shah Alam.Menjadi
pelajar pusat pengajian tinggi.Layak digelar siswa.Impian setiap pelajar sebaik
menamatkan SPM saban tahun.Aku akan belajar di sini selama empat tahun bersamaan
8 semester.setahun 2 semester dan setiap semester lebih kurang 4 atau 5 bulan
pembelajaran.Apa yang aku tahu dari seniorku yang masih belajar di situ.Walaupun
kami dianugerahkan diploma pada akhir pengajian tetapi diploma kami bertaraf
ijazah am.
Van kami berhenti tidak
jauh dari bangunan tinggi yang kulihat dari luar kampus tadi.Setelah mengeluarkan
beg pakaian kami berkumpul di satu tempat yang terdapat kerusi panjang.Di situ
aku Meng Kee, Sariman dan James duduk untuk menerima arahan selanjutnya.Pegawai
JOA yang mengiringi kami pergi ke bahagian pentadbiran untuk memaklumkan
kedatangan dan seterusnya mendaftarkan nama-nama kami.
Sementara menanti kami
hanya berbual-bual sambil mata ligat memerhati pelajar-pelajar yang baru
sampai.Ada di antara mereka ditemani keluarga masing-masing.Senior pulak sibuk memastikan
kedatangan pelajar baru freshies disambut sebaik mungkin.Sesekali
kami disapa ramah oleh senior itu.Pegawai
JOA kembali dan memaklumkan kepada kami urusan pendaftaran telah dibuat.Cuma,
esoknya kami perlu mendaftarkan diri untuk menentukan asrama dan sekolah
pengajian.
Kami diberi baju batik
biru tua bercorak tulisan jawi ITM dan ia merupakan pakaian rasmi untuk
aktiviti esok dan seterusnya.Dalam cuaca yang lembab dan sesekali hujan turun
aku mula merasa sepi tetapi kehadiran rakan-rakan membuatkan aku terhibur.Seketika
saja.Aku rindukan keluargaku.Kami berempat di tempatkan di asrama perindu.Dan aku
pun terus merindu.
Keesokannya bermulalah
aktiviti pendaftaran.Sekejap ke bahagian itu sekejap ke sini.Segala-galanya
perlu diuruskan dan diselesaikan segera kerana selepas itu kami akan melalui
minggu orientasi.Minggu yang menggerunkan kerana cerita-cerita budaya ragging yang pernah kami dengar
sebelumnya masih diamalkan di pusat pengajian tinggi.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.