Aku seorang remaja lelaki introverts pada awal usia belasan
tahun.Sifat itu membawa sepanjang kehidupanku semasa menuntut dulu.Aku boleh
bermain sendiri tanpa ditemani rakan.Berasa amat bebas bila bersendirian.Macam-macam
yang boleh kufikirkan.Memang benar saat bila bersendirian fikiran golongan ini
lebih kreatif dan inovasi.Banyak perkara yang kulakukan.Aku menggunakan ruang
waktu bersendirian dengan melukis, menulis sajak, bermain gitar dan mendengar
muzik kesukaan.Apalagi melukis, itulah kelebihanku waktu itu.Aku ke padang
bersandar pada pohon dan melukis keindahan alam.Aku duduk di bawah payungan
daun-daun pohon sambil melihat dedaunan dan rantingan menari-nari di atas
tatkala angin menghembus kencang.Juga memikirkan kehebatan alam.
Waktu awal belasan tahun bermain sendiri, menguji wap minyak masak yang
dibakar dan menghasilkan wap yang boleh terbakar.Laksana saintis yang sibuk di
makmal.Apa saja projek sains di sekolah aku akan mengulang-ulang mengujinya di
rumah.Waktu itulah aku mulai jatuh cinta pada subjek sains.Dengan tunjuk ajar guru
sainsku, aku berjaya menghasilkan sabun dari garam dengan mengalirkan aliran
eletrik melalui cecair natrium klorida.Buih-buih yang terhasil itu adalah bahan
asas dalam pembuatan sabun.Tahun itu juga aku terpilih sebagai wakil bagi
projek sains.Walhal aku dari kelas sastera.
Waktu remaja aku jadi pemalu bila berhadapan dengan rakan-rakan atau
berada di khalayak ramai.Tidak berasa selesa dan kehilangan kata-kata.Jadi aku
tidak punya ramai kawan.Aku hanya rapat dengan seorang dua saja.Itupun bila perkenalan
sudah menjadi mesra.Hanya itu sajalah rakan sehingga keadaan berubah.Apalagi untuk
rapat dan mengenali rakan perempuan.Memang payahlah.Bila berada di kalangan
kawan aku lebih suka tidak mendapat perhatian.Tersorok seperti tidak berada di
situ.Tidak wujud.Orang tidak akan tahu bila aku datang dan bila aku pergi.Memerhati
gelagat rakan-rakan dan berasa selesa kerana tidak menjadi tumpuan.Oleh itu
tidak hairan aku hanya rapat dengan seorang atau dua rakan dan selebihnya aku
lebih rela bersendirian.
Bila berada di kampong ayah di Jelebu Negeri Sembilan, suasana memang
amat asing kerana aku tidak membesar bersama rakan-rakan sebaya.Aku jadi kekok
dan komunikasi sering tidak menjadi.Jadi golongan introverts sepertiku
sering dianggap sombong dan antisocial bagi mereka yang tidak memahami.Walhal
mereka juga ada pertalian darah denganku.
Namun keadaan itu tidak berpanjangan.Aku mula membina keyakinan bergaul
dengan saudara dan rakan sekampung yang menjadi teman bicara dan bermain.Kadang-kadang
ada juga rasa terkilan dengan sikap sendiri.Itulah hakikat waktu itu yang aku
sendiri tidak tahu berlaku ke atasku.
Ketika menuntut di ITM, sikap ini menjadi penghalang untuk mengenali
seorang gadis yang menarik perhatianku.Rakan sesama sekuliahan.Pernah menegur
mesra dan berbual sebentar.Selepas itu
sifat maluku terus menjarak rasa suka yang mula bercambah.Pasrah.
Penghujung Disember 1983, aku mendapat keputusan peperiksaan akhir sem
1.Lulus tapi gred purataku sungguh merisaukan.Namun aku bertekad untuk lebih focus
untuk ke semester berikutnya.Aku berazam bersungguh-sungguh untuk memperbaiki
pencapaianku dalam bidang senilukis.Sesuatu yang sejak dulu memang menjadi
minat dan hobi masa lapangku.