Aku juga suka menulis. Minat ini datang setelah aku berada di tingkatan 4 aliran sastera. Subjek Kesusasteraan Melayu yang diajar oleh Cikgu Amin, guru kelasku dan juga guru disiplin sekolah. Cara pengajaran yang kadang-kadang menarik minatku dan kadangkala menyeramkan. Apa tidaknya, guru disiplin!.Tapi apabila cikgu memimpin cara menghayati sajak-sajak moden dengan bahasa-bahasa puitis, aku mula berjinak-jinak mencipta sajak yang sama. Pada tahun 1981, aku sudah pun menulis sajak tentang Kroh, daerah yang aku bermastautin ketika itu.Cinta..? maaf tiada sajak bertema cinta sebab aku sendiri tidak mengalaminya. Naif.
Kebetulan ibuku telah
membeli mesin taip jenama Singer pada
tahun itu. Jadi ada masanya aku mengadap mesin taip dan mula berkarya. Seingat aku
ada juga menulis cerpen dan naskhah cerpen itu kuhantar ke akhbar Utusan Malaysia
untuk tujuan siaran. Malang, mungkin aku tiada pengalaman dan mungkin tidak
menepati ciri-ciri cerpen yang menjadi minat umum pada masa itu, maka cerpenku
tidak pernah tersiar.
Namun semua itu hanya
menjadi koleksi peribadi saja. Aku simpan dan sesekali jika teringat aku buka
kembali lembaran sajak-sajakku. Menulis sajak adalah cara aku mengambarkan alam
di fikiran. Lalu gambaran alam itu kutulis atau kulukis di atas kertas. Itu saja
yang aku tahu cara mentafsir perasaan ini.
Maka lengkaplah sudah kekosongan
jiwa yang aku rasai dengan aktiviti menulis, melukis dan bernyanyi dan mendengar
lagu. Aktiviti biasa bagi kebanyakan remaja sekitar tahun 1980’an berbanding
remaja zaman sekarang yang serba canggih.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.