Di kelas 6B2 pula aku
terperasan ada seorang pelajar perempuan yang wajahnya ada iras rakan ketika di
ITM dulu.Berkaca mata dan wajah kecinaan.Hati selalu terdetik ingin mengenali, bila terpandang atau berselisih dengannya.Tapi
takut hendak menyapa.Pernah juga dia melemparkan senyuman padaku tapi kubalas
kosong saja.Memang padaku ketika itu wajahnya seakan-akan seseorang yang
kukenal lama dulu.Lama-kelamaan aku mencari jalan bagaimana hendak
mengenali gadis yang kukenali sebagai F ini.Kebetulan pula aku dan F dilantik
sebagai Pustakawan jadi inilah peluang aku mengorek rahsia dirinya.
Tapi aku ni jenis
yang lembab.Segan sangat hendak menegur F.Dalam hati berdebar-debar aku mencari
data peribadi F melalui rekod pustakawan.Aku
cuba mencari rahsia F.Alhamdulillah aku dapat nombor telefon dan alamat F.Lalu
kutuskan kad kepada F, kad salam
perkenalan tetapi menggunakan nama samaran.(Pandai jugak aku).Tapi
bukanlah secret admirer.Aku tulis bahawa aku dari kelas 6B1 hendak
mengenali F.
Pada mulanya F tidak
dapat meneka (sapalah mamat ni…) siapa aku.Sehinggalah satu hari selepas pulang
ke hostel rakan sebilikku, Bus (B, budak Tawau,Sabah juga rakan sekelas F)
bertanya kepadaku kerana dia tahu nama samaranku.Aku mengaku bahawa akulah yang
menulis kad pada F.Malam itu aku bertekad menelefon F agar tidak timbul
kontroversi nantinya.Aku terangkan pada F tujuan utamaku hendak mengenali
F.Tekaanku jauh meleset.Namun yang membuatku tidak kehampaan ketika itu
ialah F melayan pertanyaanku dengan mesra.Mmm...
Aku tidaklah berniat
hendak mengenali F seterusnya.Cerita itu tamat begitu saja.Namun setiap kali
terpandang F hatiku sangat teruja dan serba salah.Kecil molek orangnya dengan
wajah seakan-akan anak gadis cina.Ciri-ciri yang kusuka sebenarnya.
Hi, how are you? I read all your latest writeup. Wonderful! You have a lot of memories to share here. Thank you. Take care.
ReplyDeletei'm fine.thanks venus66 for the comment.everyone of us have their owns...mine nothing interesting just simple story to share.thanks!
ReplyDelete