Benar.Kematangan hidupku bermula kebanyakannya di sini (Yayasan Anda Akademik).Berada di tengah-tengah kehidupan kota Kuala Lumpur aku banyak mengenali sikap dan sifat manusia.Manusia mengejar kemajuan dan kemodenan tapi harga diri menjadi taruhan.Mulanya aku tidak faham mengapa manusia harus menjadi hipokrit.Mana nilai kebaikan dan kejujuran.Kadangkala sukar menjadi manusia yang baik dan tidak dapat dipastikan pula sejauh mana keimanan jika tidak diuji.
Mujur juga aku bertemu dengan rakan yang menyayangi nilai hidup bertauhid.Di Kuala Lumpur ketika itu pertembungan mengejar keduniaan dan mereka yang mengejar akhirat terlalu sengit.Nilai moral selalu tergadai.Aku sedar aku tidak perlu terikut-ikut dengan kehidupan yang berpura-pura ini.Dengan kawan kadangkala aku berhujung minggu di Masjid India mengikuti aktiviti kumpulan Tabligh dan pada pagi minggunya akan ke rumah Pak Yazid di Kampung Baru mendengar kuliah agama.Atau setidak-tidaknya mendengar kuliah agama di Masjid Jamek Universiti Malaya berdekatan.Sesuatu yang aku rindukan.
Aktiviti dakwah memang selalu diadakan.Masjid Negara,Pusat Islam, surau Hospital Universiti dan sebutlah berapa banyakpun pasti tidak terbilang.Keterbatasan hanyalah modal untuk bergerak kerana hidup di Kuala Lumpur bermula dengan duit.Aku bersyukur dan itulah aktiviti sampinganku di Kuala Lumpur.Jiwa juga perlukan sentuhan dan ransangan.Tidakkah pernah guru kita berkata "hati yang tidak mendengar ilmu akhirat selama 3 hari berturut-turut boleh menjadi mati".
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.