Seingat
aku, selesai majlis berkhatan awal tahun 1986 dan beberapa bulan
selepas itu ada ura-ura untuk menghantar aku ke sekolah tajaan Al-Arqam di
Melaka.Berita itu telah sampai juga ke telingaku kerana niat jemaah Al-Arqam
itu telah lama dibincangkan memandangkan aku saudara baru dan sebagai saudara
baru keperluan memantapkan pengetahuan Islam menjadi wajib.Malahan jemaah
Al-Arqam Kuala Pilah berasa itu satu tanggungjawab mereka untuk
menerapkan pengetahuan agama Islam kepadaku.
Pertengahan
tahun itu juga aku dihantar memasuki sekolah tajaan Al-Arqam di Alai, Melaka.Kutinggalkan
kenangan jemaah Al-Arqam Kuala Pilah bersama motor Yamaha Y88ku.Kepada mereka
kuamanahkan menjaga satu-satunya hartaku itu.Aku ke Alai, Melaka memasuki
Sekolah Rendah Al-Arqam yang ala-ala pondok itu.Pelajar di sana tidaklah ramai
seperti di Sungai Penchala, di Selangor namun suasana pembelajaran membuat aku
selesa dan bertekad untuk menuntut ilmu agama sebaik mungkin.
Sebelum
kepergianku ke sana aku sempat berbalas surat dengan M rakan pena dari Pantai
Timur.Dan kami bersetuju untuk bertukar-tukar foto selepas itu.Tidak lama
kemudian M mengirimkan sekeping fotonya yang agak kabur.Bertudung hitam.Tetapi
belum sempat aku membalas surat beserta fotonya itu aku terima sepucuk lagi
surat darinya.
Apabila
surat yang baru diterima kubuka, aku agak celaru kerana foto yang baru ini
lebih jelas wajah seorang gadis bertudung pink dan berkulit cerah.Berbanding
foto sebelumnya yang agak kabur.M menjelaskan kepadaku itulah sebenar
dirinya.Sambil membariskan ayat-ayat kemaafan kerana agak gementar mengirimkan
foto dirinya kepada seseorang apatah lagi kepada lelaki.
Foto
itu tidak kusimpan lama.Aku memulangkan kembali kepada M.Niatku hanya ingin
mengenali wajahnya sahaja.Aku tidak kisah dan marah kerana faham gementar
hatinya.Seminggu kemudian M membalas dan mempersoalkan mengapa aku kembalikan
fotonya itu.Dengan panjang lebar aku terangkan bahawa aku tidak biasa menyimpan
foto perempuan dan sementelah lagi aku akan belajar ke sekolah pondok
jadi tidak pantas bagi aku menyimpan foto itu.M faham.
M
lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1985 dan berjaya
memasuki Tingkatan 6 bawah yang bakal menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia dua
tahun akan datang.Aku ucapkan tahniah dan dia mengaku tidak berapa puas
hati dengan keputusan SPMnya.M menceritakan bahawa dahulu dia adalah seorang
pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran tetapi tiba-tiba sahaja mendapat
sakit misteri sehinggakan terpaksa tinggal di rumah berbulan-bulan lamanya untuk
berubat.
Setelah
aku meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Islam Al-Arqam Alai, Melaka semua
surat menyurat pun turut terhenti.Kami tidak lagi berutus surat.Tentunya aku
ketika itu berasa sedikit rindu kerana perkenalan itu telah menjadi selesa dan
mesra.Namun keutamaanku ketika itu adalah ilmu.