Ini bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kroh.Namanya Zainal Mohd
Saghir.Aku punya pengalaman yang tidak manis bila mengenangkan guru ini.Namun
jasanya mendidik aku dan rakan-rakan membawa kepada apa yang aku ada pada hari
ini.Cikgu Zainal pernah memanggil aku ke biliknya kerana aku disyaki menceroboh
sekolah pada waktu petang.Ketika itu aku di darjah 4.Aku disiasat bersama
dengan dua orang rakan yang lain.
Aku menafikan kerana memang aku tidak melakukan.Setelah puas
didesak, akhirnya Cikgu Zainal menerima pengakuanku.Aku dilepaskan.Tapi aku tak
tahu apa nasib dua rakanku yang lain kerana apa yang aku tahu selepas kejadian
menceroboh itu memang mereka terlibat.
Dalam kejadian lain yang aku masih ingat sewaktu darjah lima.Kelas menulis dan
membaca jawi.Nama aku dijadikan contoh.Leh dieja dengan "Lam..Ba..
Ha"...lebah.Semua rakan sekelas tergelak.Cikgu Zainal sengaja menulis
begitu kerana nak membezakan "Ya" dengan "Ba"..satu dan dua
titik di bawah.Aku tersipu malu.Tapi dengan didikannya ketika itu aku sudah
pandai membaca dan menulis jawi.
Sekarang Cikgu Zainal sudah lama meninggal dunia.Semoga Allah
cucuri rahmatnya dengan rahmat dan barakah.