Aku dan Ustaz Jaafar beza usia hanya 2 tahun.UJ mendapat pendidikan dalam bidang Usuludin dan Tarbiyah di UKM,Bangi.Perwatakan UJ amat berbeza dengan lain-lain ustaz di jabatan agama.Beliau komited dengan kerja-kerja dakwah bukan setakat di universiti tapi sejak bekerja juga.Malah ABIM adalah wadah dokongan kelangsungan dakwahnya.Beliaulah satu-satunya ustaz yang bergiat dengan badan dakwah non government seperti ABIM maka aku tidak hairan melihat betapa istiqamahnya ustaz berdakwah.
Dari situ kami berkawan.UJ sentiasa mencurahkan ilmu dakwahnya dan kadang-kadang bertanya sesuatu yang beliau sendiri kurang jelas.Maka bermulalah dari topik-topik umum kepada lebih bersifat persoalan hidup dan peribadi.Pilihan hidup !.
Aku kurang selesa ketika itu berbual mengenai calon pilihan hidupku.Maklumlah aku ni al-faqir wal masakin...hehehee...jauh lagi hendak memikirkan soal jodoh.Tapi UJ menyatakan bahawa hidup muslim mesti punyai perancangan dan matlamat.aku tidak nafikan itu.
UJ menceritakan bahawa dia juga ada pengalaman bercinta dengan kenalan (siswi ) di UKM dulu.Katanya kenalannya itu orang Melaka dan sebenarnya tidak menyukai diri beliau.UJ benar-benar menyukai gadis itu tapi setiap kali telefon tidak dilayan dengan mesra.Begitulah yang berlaku dari hari ke hari.Kata UJ lebih kurang hampir seminggu beliau menelefon tapi tidak ada layanan baik diharapkan.Sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak menghubungi gadis itu lagi.(Sebenarnya taktik tu...nak tengok apa respon si gadis bila tidak dihubungi lagi).Nyata tidak sampai sehari,sigadis itu menghubunginya balik dan bertanya kenapa tidak menelefonnya lagi.(Kan dah cakap...orang perempuan!).Namun cintanya tidak disenangi keluarga si gadis.Pinangan ditolak kerana.....title "ustaz".Maka di situlah berakhirnya cinta pertamanya.
UJ mengajarku andaikata menyukai seseorang cuba lakukan apa yang pernah beliau praktikan (ilmu ni..hehehe).Aku yang teruja mendengar ceritanya juga menceritakan pengalaman peribadi bagaimana aku juga menyukai seseorang sewaktu menuntut dulu.Aku anggap itu sebahagian pengalaman dan kenangan.Aku masih ingat pesan ayah.
Awal 1990 hingga pertengahan 1991 sedikit sebanyak ingatan ku terhadap seseorang telah semakin hilang.Bagiku itu baik untuk diriku kerana aku sendiri belum bersedia dari aspek material.Mungkin juga jodoh tidak seperti yang diimpikan.
Namun tanpa aku sendiri memahami rupa-rupanya UJ ada maksud tersendiri mengapa beliau bertanya tentang diriku.Aku dapat menangkap maksud segala pertanyaannya apabila kerap diajukan persoalan pilihan hidup.Aku hanya pendengar tapi bukan masanya memikirkan persoalan hidup di luar kemampuanku pada masa itu.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.