sentimental...excessively prone to feelings of tenderness, sadness, or nostalgia. ...sebuah catatan peribadi.
31 December 2008
25 December 2008
Suatu Masa...M.Nasir 1981
Bagaimanakan
ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah
untuk diabadikan
Tiap wajah
berkisah
Tiap madah
bererti
Manakah
ilhamku
Cahaya di
matamu
Senyum di
bibirmu
mengukir
seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau
jua dalam kerinduan
Di saat begini
aku merindukah
Berhelai-helai
surat
Terbiar di
depanku
Tak dapat aku
utuskan
Ku ramas semua
Dan ku
buangkan
Jauh dari
pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul
semula
Tak dapat ku
nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau
tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau
sahut jeritan batinku
Dengarkanlah
panggilanku
Dengarkanlah
lagu untukmu
Angin lalu kau
sampaikan
Rasa rindu
yang membara
Kepadanya
Warna-warna
cintaku
Kian pudar
bersama
Malam yang
gelap gelita
Entahkan kau
rasakan
Apa yang aku
rasa
Atau kau tak
endah
Tapi ku
percaya
Semua telah
tertulis
Dan niat suciku
takkan disiakan
Dan di suatu
masa
Di hari yang
indah
Ku hulur
tanganku
Lalu kau
terima
lagu
ini akan tetap menjadi memori...
24 December 2008
22 December 2008
September 1991
Acapkali
aku berbual dengan UJ perkara sama diulangi.Aku tidak kisah.Di samping itu UJ
memaklumkan bahawa permohonannya kepada Majlis Agama Islam untuk menambah
kakitangan sokongan sambilan di bawah unitnya telahpun dibuat.Hanya menunggu
masa untuk diluluskan.Keperluan mewujudkan jawatan perlu dibuat kerana
menggantikan seorang lagi pembantunya yang telah meletakkan jawatan kerana
mendapat tawaran kerja tetap di perpustakan Negara di Kuala Lumpur.
Aku
tahu Ustaz J cuba menarik minatku kepada seorang ustazah di bawah unitnya,Unit
Ukhuwah.Selalu UJ menceritakan mengenai kebaikan,istiqomah dalam membantu
kerja-kerja ustaz dan kecantikannya juga.Itu peringkat awal yang kuingat.Aku
hanya mendengar.Aku cuba mencari-cari wajah ustazah yang diceritakan
itu.Orangnya berkulit cerah ,katanya saudara baru juga sepertiku.Waktu itu aku
tidak memikirkan perkara ini sangat kerana aku masih memujuk hati agar
melupakan kenangan lama dan tidak menerima kehadiran sesiapapun di hati ini
selagi aku masih belum bersedia.
Aku
masih ingat sewaktu membantu UJ dan unitnya menjayakan kursus kefahaman Islam
kepada saudara baru di Port Dickson pada September 1991.Waktu itu aku perasan
ustazah yang dimaksudkan turut berada di sana.Aku mencuri pandang
kepadanya.Alhamdulillah,bertudung labuh.Memang berkulit cerah orangnya.Berbeza
denganku yang gelap ini.Tidaklah pada ketika itu aku cuba mendekatinya kerana
perbezaan diriku yang daif dalam serba serbinya ini.
Sepanjang
di sana tidak juga aku berbual-bual atau mengenalinya.Kami hanya bertukar-tukar
pandangan tanpa iringan senyuman.Hati kadangkala terdetik dan gementar namun
kukawal supaya tidak terlihat perasaan di dalam.Ada perasaan bertukar ganti di
jiwa yang tidak dapat digambarkan.Namun kerjaku sebagai membantu unitnya ku
jalankan sebaik mungkin tanpa kekok.Tidak mahu terlihat nanti tindakan bodoh yang tidak
sepatutnya berlaku dalam situasi tertekan ketika itu.
Lagipun
aku hadir kerana dijemput untuk membantu UJ.Itu tujuan asal aku
menyertainya.Aku tidak tahu langsung sebenarnya UJ dan isterinya telah
merancang sesuatu.Mereka merancang untuk mempertemukan aku dan ustazah kenalan
mereka itu.Tidak sedikitpun menaruh syak wasangka.Mereka mahu aku mengenali
ustazah tersebut dengan lebih dekat dan melihat sendiri orangnya.Aku baru
teringat bahawa aku pernah terjumpa ustazah itu ketika waktu aku mula-mula
melangkah kaki ke Jabatan Agama Islam N.Sembilan untuk bertemu UJ dulu.Ustazah
dimaksudkan itulah yang menunjukkan kepadaku arah ke bilik UJ.Tidak syak lagi.
Sebenarnya
ada dua orang lagi ustazah yang membantu UJ.Semuanya masih anak dara lagi.Tapi
UJ mahu aku mengenali ustazah yang seorang ini.Ada cerita yang kudengar mereka
mengusik ustazah itu dan bertanya pendapatnya berkenaan diriku malah aku
dikatakan secocok dengannya.
Aku
terkilan.Aku masih mengingati seseorang yang bayangan wajahnya sudah semakin
pudar.Kenangan dan pengalaman
lalu membuat aku pilu.Apakah terpaksa aku lepaskan ikatan kenangan yang
membelenggu diri dan menghadapi kenyataan.Syukur ketika itu aku tidak terburu-buru
meluahkan rasa sayangnya aku kepada gadis itu dulu.Tidak tahu bagaimana
parahnya jiwa jika niatku disambut mesra dan akhirnya terpaksa berpisah.F yang
kutahu dari cerita A (sahabat di YAA) berada di Rantau Panjang , Kelantan
ketika aku bertemu sahabatku itu pada 2003 lalu.Kata A, F telah berpurdah dan terlibat dengan
perniagaan mengusahakan taman asuhan kanak-kanak Islam di sana.Baguslah
untuknya sebagai rakan aku bersyukur F meneruskan niat murninya.Mungkin,kata A,
F telah berkahwin….dan mungkin juga kata-kata F kepadaku dulu bahawa dia ingin
menyertai usrah Al-Arqam ketika itu termakbul.Mungkin.
Ketika
ini hadir pula seseorang.Kali ini dengan bantuan orang tengah yang
bersungguh-sungguh ingin mengenalkan aku dengannya,seorang ustazah.Ustazah F
namanya.(F lagi...).Aku tidak memberi kata putus.Aku mahu fikirkan sedalam-dalamnya.Apalagi
wajah F masih belum mahu berpisah.Hati
ini telah selalu kupujuk supaya melepaskannya.Namun ada juga kucabar supaya
sebaik saja menerima tawaran kerja aku akan mencari F.
Selesai
kursus di Port Dickson, UJ mempelawaku menumpang balik bersama ke Seremban.Aku
setuju tapi di dalam kereta UJ ada kelibat ustazah itu.Aduh.Mahu atau tidak aku
terpaksa kerana tidak ada lagi kenderaan yang membawa kupulang.Lagipun arah perjalanan
kami sama.Sepanjang perjalanan aku hanya sesekali berbual dengan UJ.Malu
bercampur segan.UJ memaklumkan bahawa permohonan untuk menempatkan jawatan baru
di unitnya telahpun diluluskan oleh pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan.
Aku
gembira mendengar perkhabaran itu dan rasanya aku tidak sabar lagi untuk
memulakan khidmat sebagai Pembantu Dakwah Sambilan.
19 December 2008
Cerita cinta..
Aku dan Ustaz Jaafar beza usia hanya 2 tahun.UJ mendapat pendidikan dalam bidang Usuludin dan Tarbiyah di UKM,Bangi.Perwatakan UJ amat berbeza dengan lain-lain ustaz di jabatan agama.Beliau komited dengan kerja-kerja dakwah bukan setakat di universiti tapi sejak bekerja juga.Malah ABIM adalah wadah dokongan kelangsungan dakwahnya.Beliaulah satu-satunya ustaz yang bergiat dengan badan dakwah non government seperti ABIM maka aku tidak hairan melihat betapa istiqamahnya ustaz berdakwah.
Dari situ kami berkawan.UJ sentiasa mencurahkan ilmu dakwahnya dan kadang-kadang bertanya sesuatu yang beliau sendiri kurang jelas.Maka bermulalah dari topik-topik umum kepada lebih bersifat persoalan hidup dan peribadi.Pilihan hidup !.
Aku kurang selesa ketika itu berbual mengenai calon pilihan hidupku.Maklumlah aku ni al-faqir wal masakin...hehehee...jauh lagi hendak memikirkan soal jodoh.Tapi UJ menyatakan bahawa hidup muslim mesti punyai perancangan dan matlamat.aku tidak nafikan itu.
UJ menceritakan bahawa dia juga ada pengalaman bercinta dengan kenalan (siswi ) di UKM dulu.Katanya kenalannya itu orang Melaka dan sebenarnya tidak menyukai diri beliau.UJ benar-benar menyukai gadis itu tapi setiap kali telefon tidak dilayan dengan mesra.Begitulah yang berlaku dari hari ke hari.Kata UJ lebih kurang hampir seminggu beliau menelefon tapi tidak ada layanan baik diharapkan.Sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak menghubungi gadis itu lagi.(Sebenarnya taktik tu...nak tengok apa respon si gadis bila tidak dihubungi lagi).Nyata tidak sampai sehari,sigadis itu menghubunginya balik dan bertanya kenapa tidak menelefonnya lagi.(Kan dah cakap...orang perempuan!).Namun cintanya tidak disenangi keluarga si gadis.Pinangan ditolak kerana.....title "ustaz".Maka di situlah berakhirnya cinta pertamanya.
UJ mengajarku andaikata menyukai seseorang cuba lakukan apa yang pernah beliau praktikan (ilmu ni..hehehe).Aku yang teruja mendengar ceritanya juga menceritakan pengalaman peribadi bagaimana aku juga menyukai seseorang sewaktu menuntut dulu.Aku anggap itu sebahagian pengalaman dan kenangan.Aku masih ingat pesan ayah.
Awal 1990 hingga pertengahan 1991 sedikit sebanyak ingatan ku terhadap seseorang telah semakin hilang.Bagiku itu baik untuk diriku kerana aku sendiri belum bersedia dari aspek material.Mungkin juga jodoh tidak seperti yang diimpikan.
Namun tanpa aku sendiri memahami rupa-rupanya UJ ada maksud tersendiri mengapa beliau bertanya tentang diriku.Aku dapat menangkap maksud segala pertanyaannya apabila kerap diajukan persoalan pilihan hidup.Aku hanya pendengar tapi bukan masanya memikirkan persoalan hidup di luar kemampuanku pada masa itu.
"sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"
Mengajar
saudara baru memahami Islam bukan satu perkara yang mudah. Mereka tidak biasa
dengan istilah-istilah 'Arab. Ada yang tercengang, melopong dan ada yang
memandang kepadaku dengan pandangan yang melucukan. Maklumlah mereka tidak
biasa mendengar perkataan-perkataan yang mudah seperti sunat, wajib, makruh, solat,
wudhu' dan sebagainya. Itu belum lagi perkataan yang amat asing bagi mereka
seperti lafaz-lafaz niat. Namun aku tetap bersabar kerana lambat laun aku yakin
Allah SWT akan memberi faham kepada mereka. Aku hanyalah alat perantara.
Alhamdulillah,
aku dapat membatu Ustaz Jaafar meringankan sedikit kerjanya. Tergambar kepuasan
di wajahnya ketika itu. Kami mencari uslub (kaedah) untuk menyampaikan maksud
pengajaran dan pemahaman supaya saudara baru dapat faham dengan lebih jelas. Kami
banyak menggunakan logik akal dan sesekali nas al-Qur'an dan hadis sebagai
bukti qat'i dalam menerangkan sesuatu kewajipan beramal. Memang berdepan dengan
saudara baru kita terpaksa lebih kepada logik.
Aku
tidak sunyi kerana sentiasa di dampingi oleh mereka baik waktu mengajar, rehat
bahkan waktu hendak melelapkan mata juga dihujani dengan pertanyaan berkaitan
Islam. Aku terangkan apa yang aku faham dan selebihnya Ustaz Jaafarlah
rujukanku. Ternyata mereka memang perlu
difahamkan bermula dari A hingga Z. Kadangkala kuselitkan juga kisah-kisah
Rasul dan Nabi yang biasa aku dengar dulu. Dan adakalanya juga aku menceritakan
bagaimana aku mula tertarik dengan agama suci ini.
Peringkat
awal mereka menyangka aku kaum Melayu yang asal Islam. Ya itulah yang
berlaku. Namun setelah aku jelaskan bahawa aku juga seperti mereka yang suatu
ketika dulu tidak ada pegangan agama. Mencari erti kehidupan sebenar dan maksud
aku dihidupkan. Kenapa ada kematian. Mengenal siapa rabbi yang sebenar. Alhamdulillah
hidayah itu telah lama bersarang dalam jiwaku cuma menunggu apakah aku akan
datang menyahut panggilanNya atau tidak.
Dan kini aku amat-amat
bersyukur.
14 December 2008
Kursus Saudara Baru
Aku
sudah punya kenalan di Jabatan Agama Islam N.Sembilan. Ustaz Jaafar orangnya
komited dengan kerja-kerja dakwah kepada saudara baru. Banyak yang beliau ingin
tahu tentang diriku. Beliau sedikit teruja apabila mengetahui bahawa aku juga
seorang saudara baru (dah lama convert dah !). Katanya waktu itu kurang
da'i-da'i dari kalangan saudara baru dan ini menimbulkan masalah untuk beliau
merancang kursus. Dengan adanya aku, diharap dapat membantu kerja-kerjanya itu.
Alhamdulillah. Aku nyatakan kepada UJ bahawa aku bersedia menolong mana yang terdaya.
Aku
cukup berkenan dengan ustaz seorang ini. Banyak yang aku dengar
cerita tentang ustaz yang menarik hati. Perwatakannya, cara beliau berdakwah
kepada saudara baru malah perngorbanannya juga mengagumkan.
Ustaz
Jaafar menjemput aku menghadiri kursus saudara baru sebagai tenaga pengajar
sambilan ataupun fasilitator. Aku terima dengan senang hati. Sekurang-kurangnya
ilmu yang ada akan aku curahkan kepada mereka yang baru mendalami Islam. Dalam
masa yang sama aku juga belajar bagaimana berdakwah kepada saudara baru. Alhamdulillah,
pengalamanku sebagai saudara baru suatu masa dulu banyak juga membantu dalam
memberi semangat dan motivasi kepada mereka.
Aku
mengikuti kursus pertama anjuran Unit Ukhuwah di bawah pimpinannya di Institut
Pertanian Chembong, Rembau, N.Sembilan. Di samping itu tiga orang ustazah yang
pernah aku jumpa di jabatan agama dulu juga turut membantu UJ. Di sana aku
dilantik sebagai fasilitator (pemudahcara) untuk praktikal berwudhuk, solat dan
sebagainya yang mudah-mudah. Memang kecil peranan yang diberi namun aku
bersyukur kerana aku dapat mencurahkan ilmu yang pernah kutuntut dahulu. Sekurang-kurangnya
amalan tersebut akan berterusan. InsyaAllah.
Suatu
ketika selepas solat A'sar di surau institut , UJ memanggilku. Kami mengadakan
usrah kecil. Bertukar-tukar pendapat dan percambahan idea. Selepas berbincang
UJ bertanyakan umurku. Usiaku ketika itu sudah mencecah 26 tahun. UJ bertanya
lagi kenapa "tak kahwin". Aku senyum. Aku teringat pesan ayah sewaktu
di darjah 2 dulu. Kalau diri sendiripun susah jangan susahkan hidup orang. InsyaAllah,
jika aku sudah punyai kerja tetap aku akan fikirkan.
Satu
waktu dulu, aku sentiasa memikirkan F, bagaimana aku pernah melukakan hatinya. Jika
aku punyai kerja yang bagus, insyaAllah aku akan cari dan tebus kesalahanku
semula.
Di
akhir usrah aku bertanya kepada UJ jika ada peluang kerja di jabatan agama. Aku
lihat UJ sedikit gembira kerana sememangnya dia perlukan pembantu lelaki
untuk menyelia kursus-kursus dakwah pada masa akan datang. Pada ketika itu yang
ada hanya 3 orang ustazah saja yang membantunya dan itu menyulitkankan kerana
mereka kadang-kadang sukar hendak menunjuk ajar saudara baru lelaki. UJ memberi
jaminan dan meminta ruang waktu untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis
Agama Islam N.Sembilan.
Aku
gembira mendengar jawapannya. Lalu aku sentiasa berdoa jika ini jalan yang
Allah takdirkan untukku satu masa lalu, maka aku akan teruskan
kerja-kerja dakwah kepada saudara seagamaku.
11 December 2008
Doa yang panjang...
Pertengahan
tahun 1991 aku bermastautin di Seremban. Di rumah Ustaz Razak, seorang bekas
ahli al-Arqam yang kukenali sejak aku menganut agama suci ini pada pertengahan
tahun 1985 dulu. Dia mempelawaku tinggal bersama dengannya di Seremban. Dia
bercadang hendak berniaga dan aku boleh membantunya.
Aku
tinggal di Taman Negeri Seremban sambil membantu kerja harian Ustaz Razak yang
juga seorang pakar mengurut. Di samping itu sebelah malamnya aku mengajar
anak-anak jiran mengaji di taman tersebut. Sekurang-kurangnya aku ada sumber
pendapatan sampingan. Bermula dari situ aku mula berhubung dengan kenalanku
yang bekerja di jabatan kerajaan bertanya jika ada peluang pekerjaan. Aku
juga ada bertanya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mengenai
peluang-peluang kursus.
Tempoh
dari awal 1991 hingga pertengahan tahun tersebut merupakan hari-hari yang
membosankan kerana tidak ada rutin yang luarbiasa dalam hidupku. Namun segala
doa dan tawakalku kepada Tuhan akhirnya terjawab.
Suatu
pagi aku ke jabatan agama Islam Seremban untuk bertanyakan tentang kursus yang
boleh aku sertai. Seorang kawan mencadangkan aku berjumpa Ustaz Jaafar Muhamad,
Penolong Pengarah Unit Ukhuwah yang bertanggungjawab secara terus aktiviti
dakwah dan kebajikan kepada saudara baru. Aku melangkah ke tingkat 3 bangunan
jabatan, sampai di pintu perpustakaan kulihat ada 3 orang ustazah sedang makan
sambil berbual, lalu aku memberi salam dan bertanya di mana aku boleh berjumpa
dengan Ustaz Jaafar.
Salah
seorang ustazah di situ (bertudung labuh) menunjukkan kepadaku arah ke bilik
UJ. Aku ucapkan terima kasih dan menuju ke bilik yang ditunjuk tadi. Di situ
aku berkenalan dengan UJ yang menyambutku dengan senyuman. Alhamdulillah
tafsiran awalku tentang ustaz ini melapangkan dadaku. Memang unit UJ
menganjurkan banyak kerja-kerja dakwah kepada saudara baru.
UJ
kulihat amat ceria dan mengharapkan agar aku sentiasa berhubung dengannya. Peluang
ini memang tidak akan aku lepaskan. Akupun mula memasang doa dan pasrahkan
hidup dan nasibku kepada Tuhan andaikata di situ ada jalan untuk aku meraih
rezekiNya.
Sebuah doa yang panjang.
10 December 2008
Kembali ke Negeri Sembilan
Rasanya aku tidak lama berada di bandar besar ini.Dan rasanya tempatku untuk mencari rezeki bukan di sini.Aku sentiasa memohon petunjuk Allah SWT, berfikir dan juga terkadang mencongak hari samada aku perlu meneruskan kelangsungan hidupku di sini.Rasanya ketika itu aku tidak menemui petanda yang dapat kujadikan alasan berada di ibukota ini.Aku mula berkira untuk kembali ke Negeri Sembilan.Aku mahu mencari pekerjaan tetap yang dapat menjamin masa depanku.
Aku sungguh-sungguh berterima kasih kepada rakan-rakan fuqara'ku,pengurusan masjid dan siswa-siswa Universiti Malaya yang juga menumpang sewa rumah bersebelahan Masjid Al-Rahman,UM kerana membantu menyelesaikan keperluan asas hidupku.Juga kepada kenalan-kenalan yang sama-sama menghadiri banyak kelas-kelas fardhu ain sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dulu.Dan kepada Zamzuri staf UM yang memahami diriku.
Penghujung 1990 aku kembali ke Seremban,Negeri Sembilan.Seorang ustaz yang lama mengenaliku mempelawa tinggal bersamanya yang sudah berkeluarga di Taman Negeri bersebelahan Tapian Gelanggang Paroi.Namun aku menolak kerana aku mahu kembali dulu ke kampung menjenguk keluargaku kerana sudah lama benar aku meninggalkan mereka.Alhamdulillah semuanya baik.
Di kampung ayah,ibu adik-adikku menyambutku dengan gembira.Lelah sudah kembaraku,jauh sudah rasanya perjalanan ini.Kini tiba masa untuk berbakti kepada kedua orangtuaku.Sebak dan sesal tidak terucap lagi.Hakikatnya Islam masih kekal di hati.Aku tidak lama di kampung kerana waktu itu usiaku sudah hampir 25 tahun aku wajib mencari pekerjaan.
Dan aku akan mencuba nasib diri di Seremban kerana di sana aku masih punya kawan-kawan dan kenalan yang bekerja di institusi kerajaan dan swasta.InsyaAllah kepada Allah bertawakal.
07 December 2008
Kuala Lumpur
Kehidupanku di kota besar seperti Kuala Lumpur ini tidaklah seindah yang diimpikan.Sebelum aku bekerja secara tetap aku telah banyak mencuba di pelbagai bidang pekerjaan.Apa yang aku dapati kebanyakan kerja agak sukar dan payah jika kita tidak menetapkan atau pandai membahagikan waktu.Kadangkala juga halangan dari majikan yang membuat aku sedikit kecewa.Aku mengambil contoh mudah seperti solat.
Aku dapati amat sukar menerangkan kepada majikan bahawa aku perlu menunaikan solat jika sudah sampai waktunya.Mereka tidak membenarkan solat ketika kerja-kerja perlu diselesaikan.Kebanyakan kerja kutinggalkan begitu saja kerana aku terpaksa mendahului tuntutan agamaku.Ada juga aku mengambil jalan dengan mudah iaitu berhenti kerja.Aku tidak mahu mengadaikan agamaku.Rezeki yang kudapat tidak kurelakan bercampur yang haram.
Memang aku banyak bertukar tempat kerja terutama swasta.Mengapa perlu bertegang urat semata-mata hendak mengerjakan amalan ibadah.Malangnya ada supervisor beragama Islam sendiri tidak membenarkan aku dan rakan solat.Melampau.Aku rela berhenti dari terus-terusan bersekongkol dengan orang seperti ini.
03 December 2008
Cerita dari ibu.
Aku tidak ingat berapa lama aku di kota besar ini.Kadang-kadang ada juga aku balik ke kampung menjenguk adik-adik dan ibu ayahku.Sudah agak lama aku merantau di tempat orang.Jadi pasti kerinduan kepada mereka terjemput juga.Walaupun mereka tidak seakidah denganku.Adik perempuanku, Sarina akhirnya memeluk juga agama suci ini.Maka dalam keluargaku hanya aku dan adik perempuan saja yang beragama Islam.
Aku juga punyai sepupu perempuan yang bernikah dengan orang Sabah dan menetap di Ranau,Sabah. Nurhidayah namanya.Alhamdulillah sejak aku tinggalkan kampungku,aku dapat tahu dari ibu sudah ramai penduduk mula menganut Islam.Malah di kampungku telah didirikan surau begitu juga kampung bersebelahan.
Nikmat ini perlu disyukuri.
01 December 2008
Awal 1990...Masjid Al-Rahman,Universiti Malaya
Awal 1990 aku masih lagi berada di kota Kuala Lumpur.Bersama teman dari jemaah Tabligh.Aku hanya mengikuti aktiviti anjuran mereka kerana aku ingin merasai pengalaman berdakwah dengan jemaah Tabligh.Banyak perbezaan jika dibandingkan dengan corak dakwah bil-hal al-Arqam.Masing-masing punyai kelebihan sendiri.Namun bagiku,aku hanya mengambil yang terbaik sahaja.Aku tidak mahu taksub kepada sesuatu amalan dan menjadikan hujah dalam berdakwah.Aku lebih suka cara bil-hal.Menunjukkan contoh-contoh terbaik.Oleh kerana aku jenis yang kurang bercakap jadi berdakwah dengan pebuatan adalah lebih utama dan aku fokuskan ke situ.
Tabligh merupakan satu cabang dakwah dan sifat wajib bagi Rasulullah SAW.Jemaah ini dinamakan tabligh kerana mereka keluar berdepan orang awam dan menyampaikan risalah thoyibbah terus kepada masyarakat.Di sinilah ujian sebenar dalam menyampaikan dakwah secara lisan.Tidak tahu samada yang mendengarnya suka atau tidak.Benci atau minat.Aku pernah merasakan ujian-ujian itu.Beginilah rupanya secebis ujian yang pernah dirasai oleh Nabi-nabi terdahulu.Malah bagiku ini adalah terlalu jauh dengan ujian yang pernah ditimpakan kepada para Rasul.
Selain itu aktiviti mingguan ialah beriktikaf di Masjid India,Kuala Lumpur.Memang penuh sesak dengan jemaah dari dalam dan luar negeri.Terutama jemaah yang datang dari Pakistan dan India.Semuanya berpakaian putih.Terdapat juga watak-watak popular tempatan yang pernah biasa terlihat di kaca tv.Tidak sangka mereka juga aktif berdakwah malah mesra bila ditegur.
Itulah kehidupanku yang biasa.Pada pagi Sabtu pula, aku dan rakan dari sekitar Kuala Lumpur akan ke Kampung Baru untuk mendengar kuliah agama di rumah Pak Yazid.
Untuk menampung kehidupan di sini (KL) aku bekerja di kilang Lever Brothers ,Jalan Bangsar.Cukuplah untuk lepaskan aku seorang.Aku biasa tinggal di masjid jadi Masjid al-Rahman,Universiti Malaya semacam rumah bagiku.Tambah lagi kulihat ramai juga golongan fuqara' yang menumpang tidur dan iktikaf di situ.Alhamdulillah ramai juga kenalan.Pihak pengurusan masjid tidak menghadapi masalah dengan golongan itu kerana di samping dapat membuat amalan malam sekurang-kurangnya masjid mempunyai pengawalnya di malam hari.
Itulah kehidupanku di awal 1990 dulu.Bekas rakan dari Yayasan Anda Akademik,Noor Azam kadangkala singgah di masjid dan menziarahiku jika kelapangan.Kami berbual dan adakala Azam turut iktikaf di masjid berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menulis.
Sudah lama tidak menulis. Rindu hendak menulis kadang-kadang datang. Namun sejak bertukar tempat kerja, masa menjadi halangan. Segalanya mer...
-
ASTRO meneruskan lagi inisiatif dan komitmennya dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Mal...
-
Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan. M...
-
Aku bukanlah manusia yang sempurna, namun aku menginginkan kesempurnaan itu hadir dalam hidupku dan mewarnai setiap langkah yang akan ...