Duhai
guru
kelmarin
kita pun berlabuh di dermaga indah ini
kita
hiasi pelantar buat pelayar yang singgah dan pergi
pelayar
muda yang sepi, kehausan dan sirna
pedoman
kita
bekalkan kandil ilmu buat penyuluh budi dan kompas kehidupan
agar
perahu pelayar tak kecundang dipukul gelombang
agar
layaran pelayar tak tertewas menahan bayu ganas menerkam
bila
mereka lepas bebas di lautan luas tak bertepian.
Duhai
guru
amirul
bahar dermaga nan indah
kau
telah sirami hati warga ini
dengan
permaidani kasih sayang
buat
kami bersimpuh menadah bakti
buat
memugar taman benih ilmuan
dengan
kejayaan dan kegemilangan
Duhai
guru,
santunmu
pelembut jiwa-jiwa yang hilang arah
lembut
bahasa mendidik warga yang mendesah
menjadi
tinta keramat tersimpan kemas sebagai bukti
akan
warga ini, saksi kepada kebesaran jiwa yang kau miliki.
Duhai
guru
rafakkan
buat kami doa ikhlas dari nuranimu
kejayaan
dan kematangan juga kecemerlangan
menjadi
bara merah yang mengisi setiap genggaman
menyambung
budi yang ditinggalkan
amanah
yang tidak berkesudahan.
Duhai
guru
hari
ini, pelayar datang dan pergi
merentas
lautan menjunjung bakti
waktunya
juga telah tiba, dirimu telah dicemburui masa
pergi
meninggalkan wajah-wajah yang pasrah
dalam
ratap kesedihan yang kami sembunyikan
kami
titipkan doa buatmu guru tercinta
semoga
selagi hayat masih ada
kasihnya
Tuhan kepadamu selama-lamanya
berkat
usia dan kehidupan dalam lingkungan iman
semoga
perpisahan ini menjadi saksi kasihnya kami kepada mu puan
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.