Kami
turun di persimpangan Taman Desa Minang,Gombak dan terus menghala ke klinik
perubatan al-Arqam berdekatan.Aku meminta M masuk sementara aku duduk
menunggu di luar.Mataku terarah ke sepasang kasut M yang cantik.Belum pernah
aku lihat kasut wanita secantik itu.Mesti mahal harganya.Warna krim bersulam
bunga-bungaan ros merah.Dalam 20 minit M keluar dan kami beredar.Semasa
perjalanan ke jalan utama ,M menceritakan sesuatu kepadaku.Katanya petugas di
dalam klinik bertanya siapa lelaki yang menunggu di luar tu.M menjawab dengan
tenang,bakal tunangannya.Aku senyum, kulihat M juga tersenyum sambil
melemparkan pandangannya ke depan.Dalam hati kecil ini (ketika itu) aku hanya
berharap hubungan i ni menjadi sesuatu yang istimewa akhirnya.Tak sangka M
boleh bergurau ke tahap itu.Tiba di tepi jalan besar aku mengajak M bersarapan
kerana sejak dari pagi tadi aku tidak makan apa-apa.M bersetuju dan kami ke
warung berdekatan.
Aku
duduk berhadapan dengan M sambil menikmati nasi goreng sementara M memesan
minuman sahaja. Itulah detiknya pertama kali aku menatap wajah si gadis yang
menjadi rakan pena, pertama kali sejak enam tahun yang lalu.Pagi itu M memakai
tudung labuh berwarna kelabu dan ada sulam bunga kecil di hujung tudung
sekeliling wajahnya.Aku masih ingat itu.Ketika itu aku sudah tidak mampu
menolak perasaan yang bercampur baur dalam hati.Wajah seakan Ustazah Norhafizah
Musa (kini) .M seorang gadis yang hebat di mataku.Mendapat didikan agama
sehingga Sijil Tinggi Agama.Mempunyai azam yang tinggi.Hasrat hatinya berhijrah
ke Kuala Lumpur semata-mata ingin menjalankan perniagaan.
M
mengulangi ajakannya supaya aku menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.Semacam
ada perancangan besar yang terselit di sebalik kata-katanya itu.Lalu M
menceritakan betapa dia sudah mempunyai modal.Aku sekadar menguji dan bertanya
berapa banyak yang telah dia kumpulkan.M beritahu kepadaku jumlahnya RM
7000.00, hasil simpanannya ketika menjadi guru sandaran dulu.Semua disimpan di
akaun Bank Simpanan Nasional.Wau....Aku terkedu.Tak sangka dia boleh menyimpan
sebanyak itu.
Katanya,dia
berazam akan membuka kedai menjual kasut wanita.Patutla..!!!Aku baru teringat
kasut yang dipakainya.M meminati kasut.Patutlah kasutnya menarik perhatianku di
klinik tadi.Dia asyik bercerita perihal perniagaan kasut wanita yang belum
ramai menceburinya.Tapi apa yang lebih penting M mahu aku bersamanya
menjalankan perniagaan itu.Aku bersetuju.Tapi meminta masa untuk memikirkan.Ini
perancangan besar.Boleh jadi perniagaan ini menjadi perniagaan
keluarga.Hehehehee...
Banyak
perkara yang dibualkan di warung itu.M menceritakan berkenaan
keluarganya.Mereka membenarkan dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana terdapat
ramai saudara-maranya di sini.Tiba-tiba M beritahu aku bahawa ibunya telah tahu
hubungan dia dan aku.Ibunya mempelawa aku bertandang ke Kelantan suatu hari
nanti.Aku tersentak.Aku senyum dan kehabisan kata.Aku renung mata M.Tapi dia
tidak mengalah.M mengubah topik bicara yang lain.Dia meminta aku membawanya
berjalan di sekitar Kuala Lumpur.Mengenal tempat-tempat di kota besar ini.Aku
diam.Bagaimana mungkin aku dapat menunaikan hajatnya.Sedangkan aku tidak punya
apa-apa.
Aku
dapat rasakan ada perasaan yang membara terhadap M.Dia hebat.Bertenaga.Punyai
wawasan yang jauh.Bidang perniagaan memang menjadi keutamaan bagi kebanyakan
wanita Kelantan.Aku masih ingat ibu angkatku juga seorang peniaga di pasar
bandar Gua Musang,Kelantan.Aku pernah melawat ibu angkatku semasa beliau sedang
sibuk berniaga.Ada jual pelbagai barangan.Dan itu memang telah menjadi rutinnya
setiap hari.Kini aku berhadapan dengan gadis pantai timur ini.Berpendidikan
sekolah agama arab hingga ke tahap yang tinggi dalam aliran itu.Minat pula
menjalankan perniagaan.Aku jadi kecil.
Aku
jadi amat kecil.Merendah diri , sedangkan M berjiwa besar.Perancangan itu telah
lama menjadi fokusnya.Jiwanya kental.Perniagaan telah bersebati
dengannya.Sebagai rakan dia tidak malu mengajakku.Aku adalah orang dia kenali
sejak lama dulu walaupun hanya melalui surat.Lelaki yang rapat dengan dirinya
....untuk pertama kali.
Selesai
bersarapan kami beredar ke tempat menunggu bas.Ketika itu M sudah berani
berjalan di sisiku.Sementara menanti bas.Ada juga ceritanya tapi tak ingat apa-apa
lagi (ketika itu).Sungguh aku dapat rasakan perkenalan ini sudah semakin
mesra.Aku masih malu memandang M.Semua ciri-ciri yang kuingini kini (ketika
itu) berada di depanku.Tapi kenapa aku masih berasa kurang pada diri ketika
itu.Aku memandang M dengan rasa takjub.Dia bersemangat.Sementara aku masih
lemah dari segala segi.
Namun
aku bisa saja mendengar segala luahan ceritanya.Semuanya berkisar keluarga dan
dunia perniagaan.Berbalas senyum.Bas tiba ,aku dan M segera naik dan kami ke
arah ibu kota.Tengah hari itu aku mengikuti M ke tempat tinggalnya di sekitar
Taman Sri Keramat,KL.M tinggal bersama sepupunya di premis perniagaan salun
rambut.Katanya,perniagaan itu milik sepupunya.Ketika kami berjalan ke arah
tempat tinggalnya, M ada memberitahuku saudaranya di hujung jalan pula
menjalankan bisnes gerai menjual makanan dan minuman.Ramainya saudara.
Aku
perasan di depan premisnya tinggal ada surau.Bila aku jejaki kembali di dalam
google maps.Tak salah lagi tempat itu kini Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.di
Taman Keramat.Aku kembali ke Jalan Pantai Baru dan ke Masjid Ar-Rahman.M ada
meminta aku membawanya menyusuri kota Kuala Lumpur.Tapi aku menolak dan
berjanji akan menunaikannya satu hari nanti.Satu hari nanti yang aku sendiri
tidak pasti.Sebelum zuhur aku sudah tiba di masjid ar-Rahman.
Malam
tiba dan aku tidak dapat menahan rasa suka
kepadanya.Rindu.Teringat pertemuan pertama siang itu.Apalagi yang harus
kubuat untuk meluah rasa suka kalau tidak menelefon mendengar suaranya.Ya
itulah yang kulakukan.Aku tidak teragak untuk menelefonnya malam itu.Suara
halusnya menjawab dengan ceria.Aku tahu dia juga menunggu saat itu.Malam itu
kami berbual banyak perkara.Tapi perniagaan memang menjadi topik yang meniti
dibibirnya.
Di
hujung perbualan....aku tidak dapat lagi menahan rasa.Lalu kuluahkan rasa
sayang kepadanya.Buat kali pertama dalam hidup.Keberanian yang bukan
dibuat-buat.Dia menjawab.."betul ke ni..?".Aku pula terdiam.Kami
terdiam.Jauh dibenak hati aku memang tahu bahawa M juga menyenangiku dan sanggup
menerima aku.Dan aku tahu ini cinta pertamaku.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.