Awal tahun 1991:
Saat apabila mengenangkan rakan pena ketika itu
membuat aku ingin benar bertemu dan bersemuka.Apalagi surat yang kuterima
berserta nombor telefon itu terselit rayuannya meminta pertolongan sekiranya
aku sudi.Sudah tentu aku akan membantunya jika termampu.Bagaimana perasaan aku
untuk pertama kalinya, bertemu dengan rakan pena yang hanya kukenali melalui
surat-suratnya lewat enam tahun yang lalu.Ketika itu aku tidak memiliki lagi
foto dirinya .Semuanya telah kukembalikan.Rindu juga ingin menatap potret
wajahnya 4 tahun yang lalu.Kadang-kadang terselit rasa itu.Wajah seakan
cemas.Tetapi apa yang lebih ingin ku tahu, di mana waktu itu M tinggal.Kuala
Lumpur kota besar , anak gadis desa tiba -tiba tercampak di kota ini.Tidakkah
seperti menghulur nyawa.Ibarat telur di hujung tanduk.
Aku seperti mendapat kekuatan untuk membantunya.Kadangkala
ayat di suratnya itu seperti mendesak.Aku tahu M pernah menceritakan
kesakitannya dulu.Tapi mungkinkah ia begitu parah.Sehingga sejauh ini untuk
mengubatinya.Semua itu mengajak aku segera berjumpa
dengannya.Tapi..apabila mengenangkan keadaan diriku yang serba serbinya di luar
kemampuan.Aku jadi serba salah.Kehidupanku ketika itu tidak meyakinkan.Bukan
dari pandangan mataku sendiri malah dari pandangan ibu bapa dan
adik-adikku.Syukur aku tidak menukar dunia dengan imanku.
Kepulanganku ke kampung semata-mata ingin mencurahkan baktiku
terhadap keluarga.Lama benar mereka kutinggalkan.Adik-adikku sudah besar namun
penghormatan mereka masih tidak berubah.Aku masih abang yang mereka
harapkan.Hampir seminggu langsai juga niat ingin menebas semak samun kebun
keluargaku.
Kini (ketika itu) surat daripada M pula menyusul.Ingin segera
bertemu.Banyak perkara ingin diberitahu.Sudah beberapa hari M di sekitar Keramat di Kuala Lumpur.Aku jadi terdesak.Rasa ingin melihat dan
menatap orangnya bagaimana.? Rasa ingin mendengar suaranya dan
berkata-kata.Selama ini hanya tulisan-tulisan yang tidak bernada.M pula tidak
pernah sekali menjelaskan perasaannya tentang diriku.Walaupun sesekali
kenakalanku menulis kepadanya.Katanya ..tak akan "bergewe".Noktah.
Untuk kembali ke Kuala Lumpur.Aku tidak punya alasan selain
bertemu M.Tapi apa yang membingungkan pada ketika itu.Aku tidak punya wang.Aku
masih menganggur.Hanya mengharap ihsan keluarga.Aku hanya menumpang dan tidak
lebih dari itu.Tidak mahu meminta-minta dari mereka.Dengan adik beradik yang
ramai dan masih bersekolah,aku tidak mahu menyusahkan ibu dan ayahku.Biarkan
kufikir sendiri.Jalannya tetap ada.InsyaAllah.
Malam itu aku berfikir jauh bagaimana untuk kembali ke Kuala
Lumpur.Ingin mengadu pada ibu untuk meminjamkan wang rasanya aku bukan jenis
yang meminta-minta.Apalagi ayahku bukan tempatnya untuk meminta.Cukuplah dia
telah "kehilanganku" untuk setahun dua dulu, yang pasti kini ingin
kutebus sebanyak-banyaknya.Ayah banyak berdiam bila mengetahui aku telah
menganut Islam sejak tahun 1985 lalu.Aku pasti,dia tidak terkejut.Firasat ayah
dan ibu selalunya tepat.Akhirnya...satu jalan saja yang membolehkan aku
mendapatkan wang untuk ke Kuala Lumpur.Dan seterusnya mungkin aku akan mencari
perkerjaan untuk menjamin hidup masa depanku.Ya aku akan mencari perkerjaan
tetap.Aku tidak boleh lagi berputus asa.Sebarang kerja juga tidak menjadi
persoalan asal saja aku dapat mengamal amalan dalam ajaran agamaku.
Kepada M aku utuskan surat meminta bantuan.Kuceritakan kepadanya
bahawa aku kini di kampung dan tidak punya apa-apa pekerjaan.Cuma membantu
keluarga menguruskan kebun getah yang lama ditinggalkan.Aku ceritakan kepadanya
kesulitan yang sedang aku hadapi.Surat itupun kuutus keesokan
harinya.Terpulanglah jika M menerimanya nanti.Aku tidak meletakkan sepenuh
harapan.
Selang beberapa hari sepucuk surat dari Kuala Lumpur
kuterima.Pastinya surat daripada M.Berkobar-kobar hati rasanya.Tersentak di
dalamnya disertakan Wang Pos RM30.00.M meminta aku segera berjumpa
dengannya.Ahhh...sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.Esoknya aku pun
memberitahu ibu bahawa aku akan kembali ke Kuala Lumpur untuk bertemu
"kawan".
Esoknya aku menaiki bas dari kampungku ke Simpang
Pertang,Jelebu,N.Sembilan dan turun di situ untuk menunaikan wang pos di
pejabat pos berdekatan.Sebaik selesai aku pun menanti bas ke Seremban.Tiba di
Seremban pada petangnya aku mencari pondok telefon dan mendail nombor telefon
yang diberi.Satu suara menyahut panggilanku dengan nada lembut dia menjawab
salamku.Bersahaja suara itu sambil perkenalkan dirinya Maz...Tiba -tiba suaraku
jadi sedikit getar dan tersekat.Kudengar M ketawa kecil di hujung
talian.Aduuuuuhhhhh...Aku maklumkannya aku akan naik bas dari Seremban ke Kuala
Lumpur petang itu dan akan bertemu dengannya esok pagi..(tak ingat hari).
Senja itu aku tiba di Kuala Lumpur dan terus ke Masjid
Ar-Rahman,Jalan Pantai Baru.Malam selepas isyak ingatan ini menggamit kembali
untuk mendail nombor si gadis.Aku cari pondok telefon berdekatan dengan rumah
sewaan rakanku di perumahan setinggan di belakang bangunan TM ,Jalan Pantai
Baru.M segera menjawab panggilan dan bermulalah episod perancangan untuk esok
harinya.Kukhabarkan kepada M ,bahawa aku akan membantunya untuk mencari pusat
perubatan alternatif bagi mengurangkan kesakitan yang
dihidapinya.Tidaklah serious tapi tak pernah hilang
katanya.Aku hanya ingat satu pusat perubatan al-Arqam di Desa Minang
,Gombak.Tapi sebelum untuk ke sana kuberitahu M agar mengajak temannya.Sebolehnya
aku tidak mahu berduaan dengan M...(seganla).M setuju dan sememangnya sepupunya
bersedia menemaninya.
Baru kutahu....sebenarnya M mempunyai ramai saudara mara di sekitar
Kg.Keramat.Kebanyakanya aktif berniaga ada kedai makan dan pakaian.Jadi
kerisauan yang sedikit menjengah hatiku terjawab.M sendiri tinggal bersama
sepupunya di premis perniagaan penjagaan rambut (wanita).Kata M kadangkala
dia membantu sepupunya menguruskan perniagaan.Dan M sendiri ada kemahiran
merapikan rambut di kedai tersebut..mmmmm.Perbualan sedikit mesra.Adakala
terhenti...bukan kerana kehabisan kata tapi tergamam rasa.Aku rasa aku akan
menyukai gadis ini.
Walau bagaimanapun ...esok (awal tahun 1991) adalah harinya.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.