28 October 2008

Yayasan Anda Akademik - 1987


En Shuib mendengar hasratku untuk meneruskan pengajian di bidang agama di IDIP pada satu pagi waktu kutemui dia. Memang dia mengagumi semangatku untuk meneruskan pelajaran. Namun dia mempunyai idea yang lebih baik untuk aku. Katanya, aku sudah memiliki asas sebagai muslim. Fardhu ain dan sebahagian bidang fardhu kifayah banyak yang telah kufahami dan amalkan. Malah aku selayaknya sudah boleh mengajar. Cuma aku tidak mempunyai sijil yang sah yang dapat diterima oleh agensi pekerjaan jika aku berhasrat untuk memohon kerja di bidang agama suatu hari nanti.

Aku akur kenyataan itu. Lalu dia memberitahu supaya aku tidak meneruskan belajar di IDIP kerana katanya pelajar di situ kebanyakannya belajar di peringkat asas. Katanya lagi aku sudahpun melalui peringkat itu. Dia mencadangkan aku memasuki sekolah swasta di Yayasan Anda Akademik yang terletak di Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur. Ujarnya, supaya aku mengambil STPM kerana aku pernah belajar di ITM jadi kemungkinan peluangku menduduki sekali lagi menara gading.

Aku bersemangat mendengar nasihat En. Shuib mengenai belajar di Yayasan Anda Akademik kerana di sana suasana pendidikannya Islamic oriented. Ini satu peluang yang tidak dapat kuelakkan lalu aku langsung setuju.

Pertengahan tahun 1988, aku mendaftarkan diri sebagai pelajar baru dan memasuki tingkatan 6 bawah. Maka bermulalah kisahku sebagai pelajar semula. Menyarung kembali seluar panjang berwarna hijau dan berbaju putih. Bezanya aku tidak seperti di tahun 1982 dulu. Kini aku muslim dan ke sekolah dengan memakai serban putih...!!!

         Ramai juga pelajar yang datang dari luar bandar ke sekolah ini. Rata-rata mereka yang datang bercerita tentang betapa gahnya nama Yayasan Anda Akademik kerana sekolah swasta ini melahirkan ramai ilmuan. Apa tidaknya, ia juga pejabat ABIM ketika itu yang dinaungi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

2 comments:

  1. Anonymous6:49 AM

    Salam. Mahu tanya, adakah pengarang mengenali insan bernama Ahmad bin Mohd? Merupakan alumni YAA juga tapi tidak pasti tahun keberapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasaalam.maaf saya tidak mengenali nama yang dinyatakan.jika ada kesempatan boleh masuk di dalam grup whatsapp exYAA.di sana ramai ex YAA dari tahun berbeza

      Delete

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Menulis.

Sudah lama tidak menulis. Rindu hendak menulis kadang-kadang datang. Namun sejak bertukar tempat kerja, masa menjadi halangan. Segalanya mer...