Kalau
hendak diceritakan sepanjang tinggal di Kampung Batu Papan, mungkin tiada
noktahnya.Suka duka, pahit manis segalanya mewarnai hidupku ketika itu. Aku
seakan lupa masa silamku. Keluarga di Negeri Sembilan kadang-kadang saja aku
kenangkan. Kroh telah tersimpan kemas dalam ingatan, namun suatu hari nanti aku
pasti kembali ke sana. Di sini kehidupanku amat baik dari sebelumnya. Aku dapat
menjaga Islamku dan aku bersyukur tentang itu. Kampung ini tenang dan damai
sekali. Air sungai sungguh sejuk maklumlah air yang mengalir di kaki bukit
bukau belakang kampung ini.Sungguh sejuk.Kaya dengan pelbagai spesies ikan air
tawar.
Memancing
pula sudah jadi kegemaranku sejak kanak-kanak dulu. Sungai di kampung ini pula
tidak akan menghampakan sesiapa bagi yang mahu menduganya.
Namun
tika malam aku bermuhasabah juga. Mengenang akan nasib pada masa akan datang. Aku
perlu lebih berjaya menjadi muslim. Berbakti pada keluarga dan agama. Aku perlu
berubah. Kata-kata ustaz yang mengajar dulu bahawa Allah tidak akan mengubah
nasib diri kita selagi kita tidak ubahnya sendiri.Benar!
Aku
mula memikirkan masa depan. Apa akan terjadi padaku suatu hari nanti. Beginikah
selamanya. Hidup di kampung.Tidak salah hidup di sini.Tapi naluriku bukan di
sini.Aku bukan ditakdirkan untuk menjadi perantau selamanya.Tiba masanya aku
pula memberi manfaat kepada manusia lain.......
...........aku wajib
berubah !
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.