Sebulan
dua ini, terasa kenangan lalu kembali melintas di ruang hati. Entah khabar apa
yang mahu diulang kembali. Kotak mesej dalam facebook mula terisi dengan khabar
dari mereka yang pernah menjadi sebahagian perjalanan hidup. Amat indah
sesekali cerita lama masih lagi ingin dikongsi bersama. Kembali bernostalgia. Mengenang
zaman remaja dan kanak-kanak. Kawan-kawan sepermainan yang sempat jengah ke
alam siber lalu bertandang berkongsi berita suka dan duka. Melalui mereka ada
juga pesan dan cerita tragis tentang rakan-rakan yang sudah dulu meninggalkan
alam fana' ini. Moga-moga mereka juga tergolong dalam impian menuju rahmat
Ilahi.
Telah
juga aku ceritakan. Kepada mereka yang sudi bertanya, aku masih seperti dulu. Mungkin
sifat pendiamku sedikit mendinding mesra tapi kalian tidak pernah kupinggirkan.
Aku telah banyak belajar sejak mengenali kalian. Kalian menjadi ukuran kebaikan
yang aku ikut turut sehingga kini. Aku lemah. Banyak daif dari sempurna. Juga kepada
mereka bergelar kaum hawa, maaf bukan aku sombong dan tidak melayan kalian
sejak dulu. Sedari kecil aku memang tidak punya kawan sebaya bergelar
perempuan. Bagiku mereka insan lain yang
berjaya menundukkan maluku. Jadinya amat payah untuk menunjuk mesra. Satu-satunya
perempuan yang rapat denganku waktu kecil dulu..hanyalah ibu.
Tapi
itu cerita dulu. Sekarang telah banyak yang membentang, yang telah kukutip
menjadi kekuatan diri. Sifat segan dan malu sedikit demi sedikit dapat kukikiskan.
Mungkin ada sisa-sisa yang tertinggal. Maaf jika itu masih menjadi penghalang
kalian mengenal aku. Tegurlah. Aku tidak lagi seperti dulu.
Kawan
datang dan kawan pergi. Segala-galanya melukiskan irama yang indah sepanjang memori
ini. Kalian yang masih di hati adalah lukisan yang indah kekal abadi.Ketemu
lagi.
No comments:
Post a Comment
Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.